40

114 2 0
                                    

"Kak Fia ambil course apa masa dekat universiti dulu?" tanya Zira sambil memandang Fia.

"Course tourism," balas Fia sambil tersenyum.

"Ouh, boleh jadi tour guide la eh lepas ni," kata Zira.

"Tak jugak Zira, banyak je lagi peluang kerja yang lain," kata Fia.

Zira mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Nanti masuk u, Zira nak ambil course apa?" tanya Fia pula.

"Zira ingat nak ambil course account or bussiness sebab masa kat sekolah dulu Zira ambil aliran akaun. Tapi itu lah, Zira tunggu je la keputusan macam mana," kata Zira yang melupakan seorang lepasan SPM itu.

"In shaa Allah ada rezeki ada lah tu. Kak Fia doakan Zira dapat course yang Zira nak," kata Fia lalu mengusap kepala gadis itu.

"In shaa Allah amin..," balas Zira sambil tersenyum.

"Amboi borak apa tu?" tanya Daniel yang muncul tiba-tiba di ruang tamu itu.

Fia dan Zira pun terus memandang lelaki itu. Daniel terus mengambil tempat di hadapan mereka.

"Ada lah..," kata Zira sambil memandang Fia.

Fia hanya memberikan senyuman kepada Zira.

"Sayang..," panggil Daniel.

Fia terus memandang Daniel.

"Jom ikut abang sekejap," kata Daniel.

"Nak pergi mana?" tanya Fia.

"Ada lah. Jom sayang," ajak Daniel lalu bangun dari kerusi itu.

Fia pun turut bangun berdiri.

"Zira, abang keluar sekejap. Nanti abang datang sini balik," kata Daniel sambil memandang Zira.

"Okay. Jangan balik lambat, nanti mama cari abang pulak," kata Zira.

"Okay," balas Daniel lalu beredar dari situ dan menuju ke pintu rumah.

Fia terus mengambil beg tangannya lalu mengikut langkah Daniel. Mereka berdua masuk ke dalam kereta dan tidak lama kemudian, kereta itu pun meninggalkan perkarangan rumah itu.

-----------------------------------------------------------------

"Assalamualaikum ayah..," kata Daniel memberi salam.

"Ayah, Daniel datang ni..," kata Daniel lagi.

Daniel pun membuka kasutnya dan duduk bersila di atas tikar di tepi kubur itu. Fia pun mengikuti segala perbuatan Daniel dan duduk di sebelah suaminya itu.

"Ayah, hari ni Daniel datang dengan isteri Daniel, menantu ayah. Nama dia Afiya," kata Daniel perlahan sambil memegang batu nisan yang terukir nama Darius Hazrie di hadapannya.

"Assalamualaikum ayah. Ni Fia, isteri Daniel," kata Fia.

"Jom kita sedekahkan Al-Fatihah untuk ayah," kata Daniel lalu memandang Fia di sebelahnya.

Fia pun mengangguk-anggukkan kepalanya. Seketika kemudian, mereka berdua pun membaca surah Al-Fatihah itu dengan perlahan.

"Ayah.. Daniel rindu sangat dekat ayah..," kata Daniel yang sudah mula sebak itu.

Daniel membersihkan kubur ayahnya itu dan membuang daun-daun kering di situ. Fia turut membantu Daniel membersihkan kubur ayahnya.

"Ayah, walaupun Daniel dah kahwin, tapi Daniel takkan lupa janji Daniel untuk jaga mama dengan Zira," kata Daniel lagi.

2000 Jam CintaWhere stories live. Discover now