Suasana pagi yang menyamankan membuatkan Elaina dengan segarnya bangun untuk memulakan harinya sebagai pelajar tahun akhir di UKM, melangkah ke dalam bilik air yang berada di dalam bilik tidurnya.
Kesegaran yang dirasai dapat membantu Elaina memulakan harinya dengan ceria. Siulan kecil dibibir mungilnya kedengaran indah seperti lirik lagu yang menjadi kegemarannya.
Let's kill this love!
Yeah,yeah,yeah,yeah,yeah
Rum,pum,pum,pum
Let' kill this love
Rum,pum,pum,pumNyanyian kecil dari bibirnya menandakan bahawa ketidaksabarannya untuk berjumpa dengan kawan-kawannya. Dan juga tunang kesayangannya.
Apabila sudah tiba di kampus, dia tersenyum gembira dengan kehadiran jejaka di hadapannya itu. Tangan sudah membalas lambaian jejaka itu dengan senyuman lebar.
"Lambat sampai. Bangun lambat lah tuh." teka Rayyan Firdaus a.k.a Mr Tunang.
Elaina memuncungkan bibir. "Alah... Bukannya lambat sangat pun. Saya tahu awak pun baru sampai, kan?"
Rayyan ketawa kecil. "Mana adalah! Saya kena biasakan diri bangun awal. Nantikan senang saya nak kejutkan awak bila kita dah berkahwin."
"Hey! Awak ingat saya budak kecil lagi ke? Saya pandai bangun sendiri okay." Elaina memeluk tubuh dengan cebikan di bibir.
"Alolo... Merajuk ke? Meh sini dengan papa." Rayyan mendepakan kedua belah tangan.
Elaina memukul bahu Rayyan dengan kuat. "Jangan macam-macam! Kita baru bertunang, belum berkahwin. Jangan nak mimpi saya akan peluk awak. Huh!"
Sekali lagi kata-kata Elaina membuatkan Rayyan ketawa. Dia sangat kenal dengan Elaina yang terlalu jaga batas pergaulan.
"Okay okay. Jom kita masuk kelas dulu. Nanti kita sambung gaduh. Dah lambat nih." Rayyan menilik jam tangannya sebelum pandangan jatuh pada gadis molek di hadapannya ini.
Elaina angguk kepala dan mereka berdua berjalan ke kelas dengan celoteh di mulut.
× × ×
"Elaina!!!", jerit seseorang yang boleh membuatkan Elaina mengalami pendarahan yang teruk ditelinga dek jeritan insan tersebut.
"Woi, kalau sehari kau tak menjerit tak boleh ke? Boleh pekak telinga aku." leter Elaina. Dia memandang sekeliling, takut penghuni cafe ini marah dengan kelakuan kawan baiknya itu.
"Heleh... Pekak konon. Pekak pekak pun ada orang nak kau juga." Izzah jeling.
"Banyak lah kau."
"Aku ade satu je." loyar buruk dengan Izzah berpisah tiada.
"Haiya... Apa pasal gaduh di sini?" tegur Iskandar.
"Dah sorang lagi jembalang tanah datang." Gurau Elaina.
"Kau dah kenapa cakap macam cina nih. Lupa daratan dah ke?" Izzah memukul bahu Iskandar.
Iskandar menjerit sakit sambil mengusap lembut bahunya. Lantas, pandangan jatuh pada Elaina di hadapannya.
"Rayyan mana?" tanya Iskandar.
Elaina menghirup air milo ais sebentar sebelum menjawab soalan Iskandar.
"Dia kata ada hal. Mungkin ada assignment kut."
Iskandar hanya angguk kepala. Izzah disebelahnya dipandang. Jari dicuit ke pinggang Izzah dengan sengihan manja.
"Awak... Jomlah kita dating lepas nih."
"Nak dating mana lagi? Sekarang nih kan kita tengah dating." balas Izzah malas. Tangan sibuk bermain dengan telefon bimbit.
"Alah... Nih bukan dating. Ada El, malulah saya kalau nak bermanja dengan awak." sedaya upaya Iskandar memujuk Izzah supaya keluar dengannya. Sudah berminggu tidak keluar bersama, hati nih teringin juga nak keluar tanpa ada gangguan.
Elaina yang melihat kegedikan Iskandar mula menggulingkan mata ke atas. Menyampah! Macam ulat bulu jantan jumpa ulat bulu betina! Menggeletis!
"Eiyy... Geli aku tengok korang berdua. Pergilah kahwin cepat-cepat. Tak de lah mata aku jadi buta dengan kegedikan korang nih."
"Dia ajak kahwin? Huh... Sampai aku bertanduk agaknya tunggu dia nih nak masuk meminang." pedas Izzah memerli.
"Saya tengah kumpul duitlah nih darling." ujar Iskandar.
"Tak payah nak darling sangatlah geli aku.", marah Izzah.
"Apa kata korang bertunang dulu. Nanti si Is nih boleh cari duit lebih sementara nak tunggu tarikh perkahwinan." cadang Elaina.
Izzah angkat kepala. Telefon bimbit diletakkan dalam begnya. Kemudian dia geleng kepala perlahan.
"Tak naklah. Aku tak nak bertunang. Kahwin jek terus senang. Jimat duit."
Iskandar angguk kepala perlahan. Setuju dengan kenyataan yang diberikan oleh gadis pujaan hatinya. Sebab itulah, dia bertungkus lumus menyimpan duit hanya untuk berkahwin dengan Izzah. Sudah 3 tahun bercinta, dan sudah pastinya dia teringin untuk melangkah ke alam perkahwinan.
Elaina senyum nipis. Dia hormat dengan pandangan Izzah. Bukan semua orang mampu untuk menyediakan majlis pertunangan. Lebih-lebih lagi mereka berdua dari keluarga yang sederhana. Sudah semestinya Izzah mahu majlisnya diingati sepanjang hayat memandangkan dia adalah anak sulung dari keluarganya.
"Dahlah jom masuk kelas, kang kene marah dengan Prof.Hashim." ujar Elaina.
Elaina dengan kawan-kawannya melangkah menuju ke dalam kelas mereka.

ANDA SEDANG MEMBACA
Saya Pilih Awak!
Teen Fiction* P E R T A M A * Kehidupan Elaina Amanda sebelum ini memang sangat indah apabila hati sudah dimiliki dengan ikatan tali pertunangan tetapi apabila si dia melukai hatinya, dia sudah tekad yang dia takkan bercinta lagi. Hatinya sudah mati. Kehadiran...