10

32 4 0
                                    

Aku kembali duduk di sofa dengan keluhan yang panjang.

"Amboi... Panjangnya mengeluh. Ada problem ke?" Abang Izul menegur. Mata masih setia menonton Maha Raja Lawak Mega. Dah beribu ulangan tetap nak tengok juga. Aku pun tak paham.

"Bang, boleh tolong El tak?" aku pandang Abang Izul dengan sedih.

"Tolong apa tu kak?" Teha pulak yang tolong jawabkan. Tapi sekarang tak ada masa untuk bertekak. Masa untuk selesaikan masalah.

Aku pandang kiri kanan. Lalu aku dekatkan muka ke arah Abang Izul. "Bang, mama dan papa mana?" suara yang paling perlahan aku keluarkan.

"Ada dekat dapur tu ha. Papa teringin nak makan nasi goreng mama. Kenapa?"

"Ha, kenapa kak?"

"Sini. Korang, El ada benda nak story ni. Melibatkan maruah keluarga kita." aku mula berintonasi serius.

Teha dan Abang Izul berpandangan sebelum sama-sama naikkan kening sebagai isyarat bertanya kepada aku.

Aku keluarkan telefon dan tekan pada gambar yang diberi oleh Aisy tadi. "Nah, cuba abang tengok. Siapa budak dua ekor ni."

"Tu bukan Rayyan dengan Ainul ke?" soal Teha.

Abang Izul pandang aku. Aku tahu dari segi mata dia mesti banyak soalan yang dia nak tanya.

Aku angguk kecil. "Haah, korang nak tahu apa hubungan diorang?"

"Jangan cakap diorang couple." Abang Izul meneka.

"Exactly!"

"Apa?!" Abang Izul dan Teha bercakap dengan serentak.

Aku angguk kepala berulang kali.

"Dan diorang dah plan nak berkahwin hujung tahun ni. Siap dah beli cincin. Habistuh, El macam mana ni bang. El tak nak bermadu." meleret suara aku. Lengan abang aku goyang sekuat yang mungkin.

"Kenapa baru bagitahu sekarang? Kenapa tak panggil mama dengan papa sekali. Teha, panggil mama dengan papa sekarang." arah Abang Izul. Tapi cepat aku cegah.

"Jangan bang. El, tak nak diorang resah. Majlis lagi berapa bulan je ni." aku pegang tangan Teha dengan kuat agar dia tak panggil mama dan papa ke sini.

"Habistu, takkan akak nak diam jek? Baik akak putuskan pertunangan ni. Teha tak nak ada abang ipar perangai macam ni."

"Akak tak nak bagitahu sebab akak takut jejaskan hubungan kita sekeluarga dengan mak ngah. Kau pun tahukan kita rapat dengan keluarga mak ngah."

Aku pandang abang dan aku pandang Teha silih ganti. Meminta pendapat dengan mereka berdua. Harap-harap adalah jalan penyelesaian yang baik.

Abang Izul bangun dengan wajah yang menyeringai marah. Kedua belah tangan sudah genggam kuat tanda geram.

"Memang nak kena dia ni." garang suara abang. Aku mula cuak. Arh, sudah. Kalau baran abang dah sampai, almaklumlah aku kena beli rumah baru.

"Eh eh... Abang nak buat apa pula tu?" aku tanya dengan cuak. Aku pun turut bangun. Teha pun berdiri di sebelah aku. Memang dia tak berani bersuara bila baran abang sudah sampai.

"Abang nak belasah dia lah. Berani dia buat adik abang macam ni!" suara abang mula meninggi.

"Jangan bang. Tak semestinya dengan belasah dia masalah ni akan selesai. Kita kena tunjuk cara kita bang. Jangan kalah dengan dia. El tak nak, di mata semua orang El yang salah bila El putuskan pertunangan ni nanti."

Semua orang terdiam. Masing-masing mahu mencari akal untuk selesaikan masalah ni.

"Kau tak nak kau yang putuskan pertunangan ni kan?" soal Abang Izul.

Aku angguk. "Haah, El tak nak putuskan tunang ni sebab El nak dia yang putuskan pertunangan ni."

Abang Izul dah senyum meleret. Adalah tu plan genius abang.

"Apa kata kita buat plan supaya dia sendiri yang putuskan pertunangan kau."

Aku dan Teha berpandangan. "Macam mana?" serentak kami berdua tanya.

Dan abang Izul senyum misteri dulu.

• • •

Rumah aku semakin lama semakin dibanjiri oleh manusia. Yelah, rumah aku kan buat kenduri kesyukuran. Untuk apa? Sudah semestinya untuk si Teha yang dapat masuk Universiti Kebangsaan Malaysia! Yeayy, sama dengan aku. Bolehlah aku buli dia setiap hari.

"Assalamualaikum." satu suara yang aku kenal menyapa dari belakang.

"Wa'alaikumsalam. Eh, mak ngah baru sampai ke?" aku hulurkan tangan untuk bersalaman sementara mata aku mencari kelibat si Ainul.

"Haah. Mak ngah baru je sampai. Mana mama kamu?"

"Ouh, mama ada dekat dapur tu. Mak ngah pergilah jenguk mama."

Mak ngah angguk kecil sebelum melangkah ke dapur. Aku buat kerja aku yang tergendala tadi. Misi aku untuk mencari pinggan pakai buang. Mana ni, dari tadi aku cari tak jumpa.

Arghh... Malas aku nak cari lama-lama. Baik aku suruh si Teha cari. Ni kan majlis kenduri untuk dia. Biar dia buat kerja. Jangan nak jadi mem besar dekat sini. Aku melangkah ke depan. Nampak Teha dengan abang Izul tengah berbual. Aku menghampiri.

Dari belakang aku pukul kepala Teha. "Woi, sedapnya kau sambil lewa dekat sini. Aku yang membanting tulang dari tadi bukannya kau nak tolong."

"Akak!" Teha menjeling. Aku jelirkan lidah. Kau ingat aku takut.

"El, kau tengok tu. Bukan main mesra lagi." abang Izul memuncungkan bibir ke arah Rayyan dan juga Ainul yang sedang berbual. Dari mata orang lain, mereka berdua seakan kawan rapat tapi tidak kami bertiga. Rasa menyampah, meluat plus nak muntah hadir dalam diri kami adik beradik.

"Amboi, tunang sendiri tak nak tegur dulu. Kekasih hati pula ditegurnya dulu. So sweet. El, nak pergi tegur dia jap."

Wajah dingin tadi bertukar dengan wajah semanis madu. Kita kena tunjukkan wajah yang manis dulu sebelum bertukar jadi wajah penjenayah. Aku melangkah dengan senyuman di bibir yang sudah semestinya tidak ikhlas.

"Eh, Rayyan. Bila sampai? Tak telefon saya pun." suara excited aku keluarkan. Excited la sangat (tangan dibahu, mata ke atas).

Nampak muka diorang berdua berubah. Takut? Cuak? Aku pun tak nak ambil tahu. Aku pandang Ainul pula di sebelah Rayyan.

"Eh, Ainul. Kau pun ada dekat sini? Aku ingatkan kau tak ikut mama kau." aku berlakon seperti biasa walaupun dalam hati dah sumpah seranah si Ainul ni.

Dia senyum manis. "Isy kau ni... Takkan la aku tak datang, sepupu aku sendiri yang buat kenduri kan?"

Aku ketawa palsu. Takkan tak datang konon, kau datang pun sebab si beruk ni ada dekat sini.

Saya Pilih Awak!Where stories live. Discover now