"Mana pakwe kau nih, Zah? Dah lebih lima minit nih." Elaina merungut.
"Sabarlah jap. Dia tengah on the way tuh."
"Lebih sepuluh minit, aku blah."
Izzah meliarkan pandangan ke semua tempat hinggalah matanya tertacap pada susuk yang dia sangat kenali. Lalu, dia melambai dengan sengihan lebar.
"Sini!" laung Izzah dari jauh.
Elaina yang sedikit tersentak lantas menoleh ke belakang. Nampak Iskandar bersama dengan seorang lagi kawannya. Bahu Izzah dicuit perlahan.
"Dia bawa siapa tuh?"
Izzah jongket bahu. "Entah. Dia tak cakap pun nak bawa kawan."
Malas nak ambil tahu, Elaina kembali duduk seperti biasa. Telefon bimbit ditangan masih menarik perhatiannya. Mesej dari Mr.Tunang tak pernah membosankan.
Satu mesej dari Rayyan yang mengatakan dia busy sedikit membuatkan Elaina akur dan tidak mahu kacau buah hatinya itu.
"Sorry beb, aku lambat sikit." dengar saja suara Iskandar, Elaina angkat muka.
Mahu jatuh rahang melihat gerangan yang sedang duduk di hadapannya itu. Mata membulat, mulut ternganga. Spontan Elaina bangun dan jari menunjuk ke arah lelaki yang sedang merenungnya tajam.
"Alien?!" jerit Elaina kuat.
Izzah dan Iskandar sedikit terkejut. Segera Izzah menarik tangan Elaina menyuruhnya dia duduk.
"Kau apehal nih? Mana ada alien." Izzah berkata dengan nada berbisik.
Elaina tidak menjawab. Dia hanya merenung lelaki dihadapannya ini. Lelaki yang sama melanggarnya semalam.
"Hai, sedari." suara garau lelaki itu mula muncul. Dia tersenyum sinis memandang Elaina di depannya.
Elaina ketap bibir. Sah! Memang dia! Lalu, pandangan jatuh pada Iskandar. Iskandar bagaikan tahu dengan pandangan Elaina, dia segera memperkenalkan kawannya itu.
"Ha... Lupa nak bagitahu. Nih Aisy Rafiqi. Kawan aku merangkap housemate aku."
"Kenapa kau bawa dia?" soalan tak berlapik terus dituju ke Iskandar.
Terasa peha Elaina dipukul dengan kuat. Terus Elaina menoleh ke sebelah.
"Kau nih. Jangan cakap macam tuh. Nanti kawan Is rasa tak selesa." sekali lagi Izzah berbisik.
Elaina mencebik. Tak selesa tahi dia. Kau tengoklah tuh, dia punya selesa tuh sampai boleh baring atas meja restoran nih.
"Hurm... Lepasnih kita nak pergi mana?" soal Izzah.
"Pergi tengok wayang jom." cadang Iskandar. Dia melihat ke arah Izzah dan Elaina meminta pendapat.
"Jom!"
"Aku tak kesah." Elaina memeluk tubuh.
"Aku pun." dengar saja suara Aisy membuatkan Elaina menggulingkan mata ke atas. Sibuk jek nak ikut aku.
"Dah, jom gerak." Iskandar bangun dan semua menurut langkah Iskandar.
Izzah berjalan di sebelah Iskandar. Nampak dia bergelak ketawa dengan jejakanya. Dalam diam Elaina senyum. Ye lah, siapa yang tak happy bila tengok bestfriend sendiri gembirakan.
"Hai sedari. Lonely ke?"
Serta merta Elaina menggulingkan mata ke atas.
"Sibuklah."
YOU ARE READING
Saya Pilih Awak!
Подростковая литература* P E R T A M A * Kehidupan Elaina Amanda sebelum ini memang sangat indah apabila hati sudah dimiliki dengan ikatan tali pertunangan tetapi apabila si dia melukai hatinya, dia sudah tekad yang dia takkan bercinta lagi. Hatinya sudah mati. Kehadiran...