06

42 5 1
                                    

Aku dan mama berdiri depan rumah Mak Cik Shila. Tak perlu nak berkenderaan bagai, rumah dekat sebelah jek pun. Sepuluh minit jalan kaki dah sampai. Aku pandang bekas kuih di tangan aku.

"Perlu ke nak bagi kuih nih?" aku pandang mama.

"Isy kamu nih... Perlulah! Nak datang rumah orang kena bagi buah tangan. Takkan nak datang dengan tangan kosong jek."

"Kata jek buah tangan. Tapi bagi karipap pusing juga." aku mengomel sendirian.

Pap! Aku menggosok bahu dengan perlahan. "Mama!"

Mama buat tak tahu jek. Dahlah pukul orang sesuka hati. Pastuh, maaf pun tak de. Isy! Taulah kelajuan tangan mama tuh melebihi had kelajuan kereta lumba.

"Assalamualaikum!" mama laung dari luar.

Aku pandang sekeliling. Hurm... Rasanya anak Mak Cik Shila balik nih. Yela, tiba-tiba ada dua buah kereta depan rumah. Confirm anak dia balik nih.

"Wa'alaikumsalam!" dengar suara garau menyambut salam mama aku.

Saat pintu dibuka dari dalam, seperti slow motion wajah aku berubah dari tersenyum manis kepada terkejut beruk bila pandang gerangan di depan mata. Mata aku membulat besar dan mulut aku ternganga luas. Perghh, aku punya hodoh sampaikan beruk pun lari bila nampak aku terkejut macam tuh. What the...

Nasib baik aku tak jatuhkan bekas kuih mama. Kalau tidak, mahu seminggu aku tadah telinga dengar bebelan mama. Boleh pecah gegendang telinga aku.

Pemilik suara itu nampaknya tak terkejut melihat aku di sini. Malah buat muka selamba.

"Aisy, mama ada dekat rumah?" soal mama.

Aku kalih pandang ke arah mama dengan terkejut. "Mama kenal dia?!"

Sekali lagi bahu aku dipukul.

"Cuba cakap tuh perlahan sikit. Mama kamu nih dekat sebelah jek tau." ujar mama dengan mata seperti ada api. Gue beneren takut dong!

"Mama tengah mandi, mak cik. Masuklah rumah dulu. Saya bagitahu mama sekejap." pelawa Aisy dengan lemah lembut.

Wahh... Pandai berbudi bahasa juga dia nih rupanya. Ingatkan tahu carut jek.

"Eh tak pelah Aisy. Mak cik tunggu dekat depan nih ha. Kan ada meja dengan kerusi tuh."

"Okay. Mak cik tunggu sekejap ye." Aisy melangkah masuk ke dalam rumah.

Mama toleh pandang ke arah aku. Dan aku angkat kening bertanya kepada mama. Nak apa?

"Kuih nih kenapa tak bagi dia?"

"Ouh haah lah! Lupa pula. Tak pe, nantikan Mak Cik Shila datang. El terus bagi je la." aku mengikuti langkah mama ke tempat yang ada meja dan kerusi tuh. Bersebelahan dengan kereta Audi! Kau mampu?

"Isy... Mana boleh macam tuh. Tak eloklah! El pergi masuk, pastuh bagi pada Aisy."

Mata aku terbuntang luas. "Ha?! Itu lagi tak elok ma! Nanti kang si Aisy tuh cakap El nih penceroboh."

"Taklah. Aisy kan dah kenal El. Dah pergi sana. Tak elok bagi makanan lambat-lambat. Pergi... Pergi..." mama menolak tubuh aku daripada berterusan duduk di situ.

Aku mencebik. Kenapa mesti aku? Haih... Kalau ada Teha nih, mesti aku heret dia sekali masuk dalam rumah nih. Dengan berat hati, aku melangkah juga ke dalam rumah Mak Cik Shila. Di pintu utama, aku jengahkan kepala sedikit.

"Assalamualaikum." dengan suara yang perlahan aku memberi salam.

Tak de sahutan. Nak masuk ke tak? Aku nih dah macam pencuri. Tapi, pencuri yang berpendidikan. Tak gitu?

Alah... Masuk then terus pergi dapur dan letak atas meja pastuh lari. Senang je. Tak payah duk memikir nak masuk ke tidak. Okay, you can do it!

Aku berjalan anak dengan laju. Dapur ada jek depan mata nih. Lima langkah je lagi. Tabah El!

"Woi. Kau buat apa tuh?"

Automatik aku berhenti. Aku tutup mata, aku ketap bibir. Perlahan-lahan aku pusing ke belakang. Sengihan aku berikan.

"Tak de buat apa. Cuma nak bagi kuih nih je." aku menayangkan bekas kuih.

"Jalan je lah macam biasa. Yang kau duk terbongkok-bongkok macam nenek kebayan dah kenapa?" Aisy menghampiri aku dan bekas kuih di ambil.

Aku memutarkan mata ke atas. Dengan dia nih, memang tak pernah tak rasa menyampah. Malas mahu tunggu lama-lama di situ, aku mula mengorak langkah.

"Kau dah bagitahu ke belum ?"

Langkah aku terbantut. Aku pusing pandang Aisy.

"Bagitahu apa?"

"Pasal tunang kau." jawab Aisy ringkas.

Aku diam sebelum aku mengeluh panjang. "Belum lagi."

"Apesal belum lagi? Kau jadikan benda nih lagi teruk tau tak kalau kau biarkan."

"Bukan saya tak nak bagitahu, saya..."

"Eh... Elaina! Baru sampai ke?" tegur Mak Cik Shila dari anak tangga.

Automatik aku dan Aisy pandang ke arah Mak Cik Shila. Senyuman manis aku ukirkan untuk dia.

"Baru sampai mak cik. Mama pun tunggu dekat depan rumah tuh." aku salam tangan Mak Cik Shila.

"Ouh ye ke. Maaflah lambat sikit, mak cik mandi tadi. Jomlah pergi depan. Aisy, buat air untuk El dengan mamanya tuh." arah Mak Cik Shila.

Aku ketawa kecil. "Pandai ke dia buat air mak cik?"

"Hoi, kau ingat aku tak tahu buat air ke? Aku pandai buat kek tau. Kau mampu?" Aisy mendabik dada.

Aku mencebik. "Ceh... Berlagak. Ingat saya percaya."

"Sudah. Jom pergi depan. Aisy jangan lupa!" sekali lagi Mak Cik Shila berpesan.

Aku dan Mak Cik Shila pergi ke depan jumpa mama. Mesti mama tertunggu-tunggu. Cian mama.

Saya Pilih Awak!Where stories live. Discover now