20

54 4 0
                                    

Setibanya di rumah mama, Elaina mula melenting.

"Apa mama ni? Kenapa buat macam tu dekat majlis orang?"

"Ouh... Sekarang ni mama pula dipersalahkan. Mama buat macam tu sebab El tahu tak."

Elaina garu kepala. "El tak suruh pun mama buat macam tu."

En Faizul iaitu papa Elaina muncul dengan suara garaunya.

"Kenapa ni?"

Elaina berpaling. Jari telunjuk segera ke arah mama. "Tengok tu pa, mama buat hal. Dia pergi serang rumah mak ngah."

Papa duduk di sofa, remote tv diambil. "Biarlah, papa yang suruh mama buat macam tu." dengan wajah selamba papa bercakap.

Elaina sudah ternganga. "Ha?!"

Papa kalih pandang. "Habistu, El nak suruh papa pergi serang? Kalau papa yang pergi, rasanya lagi teruk majlis diorang."

Elaina ketap bibir. Kenapa jadi macam ni? Bersusah payah aku jaga nama mama dan papa, akhirnya diorang buat hal juga.

Teha dan abang Izul menghampiri mama dan papa. Mereka duduk bersebelahan. Cuma Elaina saja berdiri menghadap mereka.

"Alaa kak, relaxlah. Yang akak nak gelabah semacam kenapa?" kata Teha sambil mengunyah kuaci.

"Kalau diorang putus sebab kita macam mana? Tu dah salah satu sebab akak cuba tak nak serang diorang." Elaina mundar mandir.

"Biarlah dia putus. Baru padan muka. Puas hati abang." ujar abang Izul.

Elaina pandang abang Izul macam nak cekik.

"Betul tu." Teha.

"Betul tu." papa.

"Betul tu." mama.

Elaina pejam mata seketika dan tarik nafas panjang. Kenapalah aku ada family macam ni.

"Tak baiklah bang. Abang tak tahu sakitnya macam mana bila putus tunang. El tak nak orang lain rasa sakit tu."

Abang Izul toleh. "Ouh... Habistu, El rasa boleh pula? Dah lah El, kitorang ni susah payah nak pertahankan El. Bongkarkan kebenaran. Tapi El? Tak hargai usaha kitorang. Kitorang ni tak tahan lah nak dengar mulut orang kampung yang mengata El macam-macam. El tak ada dekat kampung ni, memang lah El tak rasa. Pedihnya hati ni bila dengar orang kampung kutuk yang adik sendiri sanggup jual diri sebab nak putus dengan Rayyan? El rasa, abang Izul boleh tahan ke?"

Elaina diam. Ya, memang betul aku tak ada dalam situasi diorang. Tapi aku rasa aku yang lebih menderita.

"Okaylah macam ni. El minta maaf sebab salah sangka dengan papa, mama, abang Izul dengan Teha. Lepasni, El takkan melenting lagi. El masuk bilik dulu. Nak solat."

Elaina terus angkat kaki ke biliknya. Marahkah aku? Merajukkah aku? Entahlah. Aku pun tak tahu macam mana nak describe this feeling.

• • •

Lepas kejadian salah faham Elaina dan keluarganya, dia seperti ingin menjauhkan diri dari ahli keluarganya. Bila mahu berkumpul makan, senyap saja. Kalau tidak, mulutnya je bercakap. Mama rasa tidak senang hati.

"Bang, El merajuk dengan kita lagi ke? Dah berapa hari ni tak bercakap dengan kita. Bila tanya sepatah, jawab pun sepatah." ujar mama risau.

Papa yang sedang membaca surat khabar diletakkan atas meja selepas itu memandang mama di sebelah. Satu keluhan dilepaskan.

"Haihh... Awak jangan risaulah. El tu sekejap jek merajuknya. Macam awak tak kenal dia. Besok dia okaylah tu."

"Tak bang. Saya kenal dia macam mana. Saya tak sedap hatilah dia buat kita macam ni."

"Habistu, awak nak buat apa?"

Mama pandang papa. "Saya pergi bilik dia sekejap. Tahulah saya nak pujuk dia nanti."

Mama bangun dan terus menuju ke bilik El. Pintu diketuk beberapa kali sebelum dengar empunya bilik bersuara. Kaki melangkah masuk dengan senyuman terukir.

"El?" lembut suara mama.

"Hurmm ma. Ada apa datang bilik El? Ada apa-apa ke?" kening El bercantum. Pelik melihat mamanya masuk ke bilik.

Mama melabuhkan punggung atas katil anaknya dengan gelengan kepala. Mata dialih ke arah El.

"Tak de apa. Saja nak tengok anak mama."

Terdengar suara kecil Elaina ketawa. "Ada apa ni ma? Mesti ada something nak bagitahu El kan?"

Mama mengeluh. "El... El marah dengan mama dan papa ke pasal kami serang rumah mak ngah haritu?"

Elaina terdiam seketika. Lantas, kepala digelengkan dengan senyuman.

"Tak delah ma. Cuma... El rasa hal tu tak payah kut diperbesarkan. Biarlah keluarga kita saja yang tahu. Tapi... Mama dan papa, abang Zul, Teha semua rancang nak malukan mak ngah. Bukannya El tak suka mama bela El. Tapi ma... Kan elok kalau kita jaga aib mak ngah dengan anak dia tu."

Mama terdiam dan tunduk. "Maafkan mama sayang."

Segera Elaina mendekati mama dan memeluk bahu mamanya erat. "Sudahlah ma. El pun sebenarnya tak nak buat mama susah hati dengan tindakan El mendiamkan diri. Tapi... Itu je lah caranya untuk bagi mama sedar yang El sebenarnya tak suka cara mama tegur mak ngah macam tu. Lain kali ma, mama cuba tegur dengan cara baik okay. Lebih baik dengan cara tertutup. Tak de secara terbuka macam haritu. Okay?"

"Maafkan mama." serak suara mama. Tiba-tiba rasa bersalah mula muncul dalam hati. Aku ni kenapa? Sepatutnya aku kena tunjuk sikap yang baik untuk anak-anak aku. Tegur segala kesalahannya. Tapi ni tak. Terbalik pulak. Anak aku pulak yang tegur kesalahan aku. Aku malu.

Elaina menggosok badan mama dengan lembut. "Shhh... Its okay ma. Cuma, mama janji mama jangan buat macam tu lagi. Kalau ada masalah, bincang elok-elok. Okay?" kata Elaina dengan senyuman.

Mama kalih pandang dan tersenyum. Beruntung aku dapat anak sebaiknya.



Saya Pilih Awak!Where stories live. Discover now