12

39 3 0
                                    

"Ma! Pa! Kak El! Kak El!" Teha termengah-mengah panggil mama dan papanya. Semua orang yang ada di situ pandang ke arah Teha. Nasib baik orang tak ramai sangat, sebab dah larut malam. Tinggal saudara mara Elaina dengan keluarga Aisy je. Rayyan pun ada sekali ye.

Serentak mama dan papa melihat Teha dengan kerutan di dahi. "Kenapa ni dik?!" suara mama mula panik.

"Kak El! Kak El!" Teha menunjuk ke arah stor belakang dengan wajah cemas.

Lantas, Aisy terus ke bilik stor dengan laju. Semua berlari ke stor. Buka saja pintu stor, nampak Elaina menangis teresak-esak bersama abang Izul. Muka abang Izul waktu tu sangat tegang. Aisy pandang pula baju Elaina. Baju Elaina terkoyak pada bahagian bahu tapi dilindungi oleh jaket abang Izul, tudung serabai dan kain terkoyak separuh. Muka lebam, takkan lah?

Mama terus meluru ke arah Elaina. Wajah Elaina dibelek perlahan. "Kenapa ni El?" air mata mama mula bergenang.

Hanya satu saja di kepala otak semua orang. Rogol. Tapi betul ke?

Elaina terus peluk mama dengan kuat. Air mata turun bak air terjun. Papa pandang abang Izul. Nampak abang Izul seperti mengeluh. Dan dia angguk kepala. Fahamlah semua orang bahawa Elaina dirogol. Semua menekup mulut. Macam tak percaya!

"Siapa?! Siapa yang buat El macam ni?! Bagitahu papa sekarang!" suara papa mula naik satu oktaf. Siapa yang tak marah bila maruah anaknya diambil.

Mak ngah mendekati Elaina, begitu juga dengan Ainul. Cuba untuk menenangkan Elaina. Mak Cik Shila berada di tepi mama.

"Akak cakap, lelaki tu pakai topeng. Tak nampak muka." Teha tolong jawab.

Papa meraup wajahnya. Dugaan apa yang kau beri ni Ya Allah.

"Kalau macam tu, report polis." Aisy beri cadangan.

"Jangan!" Elaina bertegas.

Semua diam.

"Tolong jangan. Saya tak nak dia cari saya lagi bila dia tahu saya report polis. Tolonglah. Saya merayu." ujar Elaina dengan suara yang serak.

"Habistu takkan kau nak diam juga?!" Aisy berang.

"Tolonglah Aisy. Please!" Elaina merayu. Rintih hati semua orang bila Elaina merayu macam tu sekali.

Aisy diam. Tegang sungguh wajahnya.

"Keadaan makin teruk. Kita kena percepatkan perkahwinan Elaina dengan Rayyan." ujar mama.

Rayyan sedikit tersentak. Sempat dia jeling wajah Ainul di belakang Elaina. Dia seperti serba salah.

"Si Rayyan ni nak ke?" abang Izul bertanya seolah-olah menyindir.

Semua mata tertumpu ke arah Rayyan. Lagi tak senang duduk di buatnya. Macam cacing kepanasan.

Sekali lagi dia pandang wajah Ainul. Kali ni dia sudah nekad.

"Maafkan saya Elaina. Saya tak nak teruskan perkahwinan kita."

Dengar saja keputusan Rayyan, abang Izul terus meluru ke arah Rayyan. Baju Rayyan direntap kasar.

"Hoi, kau tak nak adik aku sebab dia da kena rogol ke? Kau kata kau cintakan dia!" mata abang Izul terjegil besar.

"Siapa yang nak bila sudah ditebuk tupai?"

Semua terkejut. Tak sangka Rayyan akan cakap macam tu. Elaina ketawa dalam hati. Aku da agak.

"Kau memang tak guna!" abang Izul menggepalkan penumbuk tapi di halang oleh Aisy.

"Kau balik." dingin suara Aisy menghalau Rayyan pergi dari sini.

Rayyan pandang Elaina sekilas sebelum melangkah keluar dari stor tu. Pandangan Elaina ketika itu kosong. Tak ada perasaan.

"Maaf semua, boleh semua balik ke rumah? Terima kasih banyak-banyak yang datang ke rumah saya ni tolong saya buat kenduri." ujar papa.

Semua senyum kelat sebelum keluar dari stor dan balik ke rumah. Termasuk Aisy dan mak ngah. Apabila semua sudah balik, Elaina dipapah masuk ke dalam rumah.

Papa mundar mandir dalam rumah. Macam mana nak selesaikan hal ni. Hal berat ni. Tak pernah terjadi dalam sejarah keluarga dia.

Elaina pandang Teha, Teha pandang abang Izul dan abang Izul pandang Elaina. Masing-masing senyum misteri.

"We did it!" serentak adik beradik itu berkata.

Papa dan mama pandang pelik ke arah mereka bertiga.

"Elaina, kamu nampak macam da okay?" mama pandang Elaina atas dan bawah.

Elaina ketawa kecil. "Mestilah ma. Tak ada siapa yang rogol El." selamba mak datuk dia je cakap macam tu.

"Ha?!"

"Apa yang da jadi sebenarnya ni?" soal papa.

"Macam ni pa..." abang Izul mula bercerita.

Semalam~

"Apa plan abang?" soal Teha.

"Okay, listen. Abang ada satu plan yang akan membuatkan Rayyan sendiri akan putuskan pertunangan kau." ujar abang Izul. Elaina, abang Izul dan Teha mula duduk dalam bulatan.

"Alright, what is your plan?" soal Elaina ingin tahu.

"Apa kata kita buat Elaina macam kena rogol." abang Izul mengangkat-angkat kening.

"Isy abang ni. Tak naklah El. Bahayalah."

"Ape kau ni kak. Berlakon jelah. Berlakon je kan bang?" Teha pandang abang Izul dengan curious.

Abang Izul angguk kepala. "Kau gila ke apa nak buat real. Kita berlakon je. Nak tengok reaksi Rayyan macam mana. Kalau dia putuskan pertunangan kau sebab kau kena rogol, kita berjaya."

"Okay, thats a great idea. But how? Besokkan mesti ramai orang yang datang. Kita nak buat dekat mana?" soal Elaina.

"Ha, apa kata kita buat dalam stor. Stor kitakan dekat belakang. So bila nak prepare, orang ramai takkan perasan. Amacam?" Teha pandang abang Izul dan Elaina.

"Genius!" abang Izul mengusap kepala Teha membuatkan Teha kembang semangkuk.

"Kalau orang kena rogol mesti ada kesan lebam dekat muka, kan? Habistu macam mana ni?" kata Elaina dengan risau. Takut plan mereka tak jadi.

Teha memukul bahu Elaina dengan perlahan. "Relaxlah kak. Akukan pandai mekap. Aku akan mekap lebam tu dulu sebelum berpura-pura menjerit dan panggil mama dengan papa."

Masing-masing anggukkan kepala dan kemudian senyum.

"Okay, jom kita lakukan. I hope this plan will be succes!" Elaina meletakkan tangan kanan ke hadapan dan tangan Teha berada di atasnya dan tangan abang Izul pula berada di atas sekali. Dengan sekali hayunan, tangan mereka di angkat ke udara. Good luck!

"Macam tulah ceritanya."

"Isy, El ni cuba jangan buat papa sakit jantung. Nak kena budak ni!" papa bercekang pinggang depan Elaina.

Elaina sengih kambing.

"Tak pelah bang. At least, anak kita selamat. Tak ada apa-apa. Cuma mereka bertiga ni nakal sangat." mama mencubit peha Teha. Elaina ketawa kecil, padan muka kau Teha.

Teha merengus sakit. Tak pasal-pasal aku juga yang kena.

"Jadi, betullah Rayyan tu ada perempuan lain?" soal papa serius.

Elaina angguk dan dia mengeluarkan telefon bimbit lalu gambar yang Aisy bagi semalam ditunjuk pada mama dan papa.

"Tak guna! Berani dia buat anak Hisyam macam ni. Kau tunggu." ujar papa dengan marah.

"Dengan Ainul?" mama menutup mulut tidak percaya.

Saya Pilih Awak!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang