"Eh, siapa tuh?" aku menunjuk ke arah seorang lelaki yang duduk di sebelah mama Aisy.
Aisy meninjau. "Ouh, tuh abang aku."
Ouh, abang dia rupanya. Tapi dari belakang macam aku kenal.
"Tak adalah mak cik."
Langkah aku terhenti. Tuh suara dia kan? Apesal telinga ni macam dah biasa dengar. Tapi dekat mana?
Aisy pun berhenti. Dahi berkerut apabila si Elaina tiba-tiba jadi patung tengah jalan.
"Woi... Kau pehal berhenti ni?" Aisy menolak bahu Elaina.
Elaina geleng kepala perlahan lalu dia sambungkan perjalanan yang tergendala tadi. Tolonglah jangan dia...
Sampai saja di tempat mama, si dia memusingkan muka dan pa paaaammmm! Aku rasa macam nak cekik diri sendiri. Pensyarah aku sendiri woi! Prof Syam?!!
Aku di mana? Kenapa aku seakan berada di planet lain? Kalau betul, alhamdulillah sebab aku tak sanggup berdepan dengan pensyarah paling pangkah besar dalam kamus aku!
Aku pandang Aisy dengan muka seakan mahu menangis. Kenapa mesti dia jadi abang kau? Kenapa?! Why?! Kalau aku cerita pasal aku maki abang dia hari tu, habislah aku. Aku kena tempah batu nisan sendiri. Dan kenapa kau yang patut jadi jiran aku?! Apa dalam dunia ni tak ada jiran lain ke sampai nak berjiran dengan aku. Aduhai!!!
Aisy pandang Elaina di sebelah. Dah kenapa minah ni, asyik diam je. Dia seakan berada di dunia lain. Aku petik jari depan dia beberapa kali. Tak sedar. Sah, dah gila.
"Mak cik, rasanya mak cik dah boleh daftar Elaina ke hospital bahagia." ujar Aisy selamba.
"Aisy Rafiqi..." kata Mak Cik Shila berbaur amaran. Mata dijegilkan ke arah aku. Ada aku kesah?
Aku tersedar bila Aisy berkata begitu. Terus aku memukul lengannya. "Woi... Saya masih waras lagi okay."
Suka hati je cakap aku ni dah gila. Aku masih sihat wala'fiat tau.
"Dah tu kenapa kau termenung macam orang gila?" soal Aisy.
Aku tak jawab. Malah aku tundukkan kepala bila bertentangan dengan Prof Syam.
"Dia terkejutlah tu jumpa saya dekat sini. Betul tak Elaina Amanda?" ujar Prof Syam.
Ha sudah... Bila Prof dah mula panggil nama penuh aku tu, adalah tu nak diceritakan pada mama. Mampus aku kalau dia ceritakan pasal aku selalu lewat hantar assignment dia. Dah la mama garang. Almaklumlah, bekas cikgu disiplin di sekolah. Gila tak garang.
"Eh... Kamu kenal dengan anak mak cik ni?" soal mama.
"Kenal sangat mak cik. Dia student saya dekat UKM." jawab Prof Syam.
Tangan aku dah berpeluh. Kepala otak asyik muncul perkataan mampus jek. Mampuslah kau Elaina. Habislah kau. Korek lubang kubur sendirilah Elaina.
"Amboi... Tak cakap dengan mama pun kan." mama pandang aku.
Adui mama nih. Agak-agaklah El nak cerita pasal prof ni dekat mama. Tak ada kaitan pun ma. Aku tak menjawab malah mendiamkan. Tiba-tiba rasa macam wanita melayu terakhir pula.
"Ouh patutlah dia jadi macam ni. Janganlah asyik tenung dia jek bang. Dah macam ayam berak kapur aku tengok dia ni." Aisy menyilangkan tangan sambil memandang Elaina di sebelahnya.
Aku jeling Aisy. Sabar Elaina. Sabar. Baru aku perasan, first time jumpa Aisy pun masa aku on the way nak pergi bilik prof. Aduiiii... Kenapa aku lambat perasan ni? Perangai diorang pun sama. Suka menyakitkan hati aku. Aku nak balik...
"Bang, mana Intan?"
"Intan ada ha dalam rumah tu, nak susu katanya." jawab Prof Syam.
Aisy angguk kecil. Dia mengambil tempat di sebelah prof. Aku pula menikus di tepi mama. Aku amik telefon, dan taip sesuatu lalu aku berikan pada mama.
'Ma, jom balik. El rasa tak selesalah.'
Mama baca kemudian dia kerling seketika pada aku. Handphone bertukar tangan. Mama pula menaip sesuatu.
'(emoji pistol)'
Aku kerut dahi. Aku pandang mama dengan pelik. Sejak bila mama berani nak tembak anak sendiri ni? Ni mesti Teha punya kerja. Ajar mama yang bukan-bukan.
Aku pandang mama dan buat muka sedih. 'Cepatlah ma.' aku gerakkan mulut sambil goyangkan lengan mama berulang kali.
Mama palau aku beb. Sedih hati titew. Hurm... Tak apa, ada ubi ada batas, ada hari aku balas.
"Pak Chu!"
Aku dengar suara budak perempuan dari arah pintu rumah Mak Cik Shila. Aku kalih pandang. Wahh... Comelnya budak tu. Pipi dah lah gebu. Putih pula tu. Isy, geramnya!
Dia berlari ke arah Aisy. Aisy dukung budak itu dengan senyuman lebar. For the first time, aku nampak dia senyum ikhlas macam tu. Nampak handsome? Ye, aku akui tu. Aku terpana tengok dia. Actually, aku suka lelaki yang sukakan budak kecil. Sebab aku pun sukakan budak kecil. Tapi main point is sebab aku tahu, lelaki yang sukakan budak kecil ni seorang yang penyayang. Dan ciri tu ada pada Aisy. Dan tiada pada Rayyan. Itu yang aku rasa kesal. Kenapalah aku pilih dia?
"Siapa tu?" mama bertanya dan tangannya gatal picit pipi gebu budak perempuan tu. Aku pun nak juga!
"Ni lah Intan mak cik. Anak buah saya yang paling comel nih!" kata Aisy sambil menggeletik badan Intan.
Aku membuntangkan mata. "Prof dah kahwin?!" sekali lagi aku dapat berita yang mengejutkan. Aku tak sangka betul yang prof dah kahwin. Selama ni aku ingat prof single mingle lagi. Izzah... Kita kena kencing hidup-hidup.
"Iyelah. Mesti awak ingat saya single lagikan?" Prof menembak. Dan tembakan dia tepat mengena otak aku. Mati!
Aku sengih dahulu sebelum angguk perlahan-lahan. Dan aku nampak seorang wanita cantik yang aku agak sama usia dengan prof langkah mendekati Intan dengan tuala kecil di tangannya. Nih mesti isteri prof.
"Ha... Awak tengok tu, kan saya dah cakap saya ni nampak muda lagi macam 20 tahun." Prof Syam pandang ke arah wanita tadi.
Wanita itu mencebik. "Jangan nak perasan sangat. Tu cuma nasib jek. Umur nak masuk 30 tahun, ada hati cakap umur macam 20 tahun. Kaki nak?"
Aku ketawa kecil. Sporting habis isteri prof ni.
"Ha, ni siapa? Tak nak kenalkan dengan akak ke Aisy?" dia menyenggil bahu Aisy dengan senyuman nakal. Aisy pandang Elaina seketika sebelum membelai Intan kembali.
"Ni Elaina. Kawan Aisy dekat universiti. Ha El, ni Kak Hazel. Akak ipar aku." jawab Aisy ringkas.
Aku terus bangun dan salam dengan Kak Hazel dengan senyuman. Hurm, no wonder la nama dia Hazel. Rupanya, mata dia warna Hazel. Sangat cantik. Untung prof.
"Cantik mata akak." aku cuba menegur.
Kak Hazel ketawa seloroh. "Hoho... Dah berjuta akak dengar pujian tu. By the way, thanks. Elaina lagi cantik. Kan Aisy?"
Eh Kak Hazel ni, dah kenapa? Nak jodohkan aku dengan Aisy ke?
"Kamu ni Haz, budak ni dah bertunanglah. Tak lama lagi dah nak berkahwin." Mak Cik Shila memintas.
"Ouh ye ke. Sorrylah akak tak tahu. Melepaslah kau Aisy." sempat tu nak usik Aisy.
Aku lagi diamkan diri. Lagi-lagi bab kahwin dah muncul. Aku tak ada hati dah nak kahwin bagai ni. Terpaksalah aku senyum kambing dulu depan dia. Nak tutup hati yang gelisah ni.
"Haah, nanti jemputlah datang majlis anak mak cik ni."
Aku pandang mama. Jangan ma, majlis tak jadi nak buat pun. Haih... Aku dah buntu macam mana nak bagitahu family aku.
YOU ARE READING
Saya Pilih Awak!
Novela Juvenil* P E R T A M A * Kehidupan Elaina Amanda sebelum ini memang sangat indah apabila hati sudah dimiliki dengan ikatan tali pertunangan tetapi apabila si dia melukai hatinya, dia sudah tekad yang dia takkan bercinta lagi. Hatinya sudah mati. Kehadiran...