"Ada ke patut Prof Syam suruh aku hantar semua kertas nih atas meja dia? Aku bukan kuli kau tau." bebel Elaina sendirian. Dengan gagah dia mengangkat kertas yang setinggi paras lehernya.
"Aku sorang pula tuh. Orang lain nak tolong tak boleh. Saja nak buli akulah tuh!" terkedek-kedek aku melangkah ke bilik Prof Syam.
Tiba-tiba bahu aku dirempuh kuat. Membuatkan segala kertas yang aku bawa tadi habis jatuh berterbangan. Mulut aku ternganga sekejap.
"Damn it!"
Suara garau itu menerpa ke gegendang telinga aku. Segera aku berpusing ke belakang. Seperti yang dijangka, aku melihat gerangan yang melanggar aku itu sedang membersihkan baju yang sedikit pun tiada kotor.
"Hello, sedara. Bahasa tuh baik-baik sikit." aku menegur.
Nampak lelaki itu memandang rendah terhadap aku. Mentang-mentanglah kau lagi tinggi dari aku, kau fikir aku takut?
"Excuse me, sedara?" dia memandang pelik ke arah aku.
Aku ketawa kecil. Sah memang kau alien. Perkataan sedara pun kau tak tahu.
"Sedih betul hidup sedara." aku berkata perlahan.
"What?" bertambah kekeliruan di mukanya.
Aku ternampak sehelai kertas milik Prof Syam terbang jauh dari aku membuatkan aku terjerit.
"Arghhh! Jangan pergi!" aku berlari dapatkan kertas itu.
Nasib baik sempat, kalau tidak mahu kena tadah telinga dengar bebelan Prof Syam. Lelaki itu masih berdiri di tempat tadi. Aku datang mendekati.
"Sedara, tolong saya kutip kertas nih. Sedara juga yang langgar saya. So, sedara kena bertanggungjawab."
Lelaki itu ketawa bebas membuatkan aku terdiam. Lesung pipit terbentuk cantik dikedua belah pipinya menampakkan dia seorang yang sangat kacak. Dengan alis kening yang cukup tebal, bulu mata pun tidak kurangnya. Giginya berbaris cantik ketika dia ketawa. Aku bagaikan dipukau, segera aku sedarkan diri. Elaina, kau dah ada tunang. Kau kena sedar!
"Wait! Kau suruh aku yang kutip semua benda nih? Aku tak buat kerja kotorlah."
Dengar saja jawapan si dia, membuatkan segala tentang penilaian aku pada dia hilang dengan serta merta. Attitude is first!
"Wauu, sungguh cantik bahasa sedara. Saya tak kira! Awak kena tolong saya! Kalau tidak, saya bagitahu Prof Syam."
Sekali lagi dia ketawa kecil. "Do i care?"
Aku mendengus geram. Ishh... Budak nih memang nak kena!
"Go to hell!" aku menjerit sebelum aku menunduk kutip semua kertas yang ada atas lantai.
Aku dengar derapan kaki di belakang. Dah agak, mesti dia tinggalkan aku dekat sini. Aku akan ingat muka kau sampai bila-bila!
Sampai saja di bilik Prof Syam, aku memberi salam dan membuka pintu. Tak sempat aku melangkah, dah dengar suara dia macam singa. Bernanah telinga aku.
"Apesal lambat sangat?! Tahu tak saya nak guna kertas tuh, nih semua kertas penting tahu tak!" Prof Syam menghentak meja dengan kuat.
Aku tersentak kecil. Disebalik kertas itu, aku membuat muka tak puas hati. Selepas itu, aku meletakkan kertas itu di atas mejanya.
"Maafkan saya prof. Ada kemalangan sikit tadi."
"Maaf jek keje awak! Berkurun saya tunggu kertas nih tahu tak!"
Aku ketawa sinis. "Kalau nak cepat, lebih baik bawa sendiri."
"Apa awak kata?" Prof Syam memandang aku dengan tajam. Segera aku geleng kepala dengan muka yang innocent.
"Eh tak de apa. Prof, saya gerak dulu. Dah lambat nih. Saya nak balik. Assalamualaikum." aku menunduk badan sedikit tanda hormat. Sempat aku tilik reaksi muka Prof, nampak dia masih marah tapi kau tengok muka aku nih... Ada aku kesah?
Tombol pintu aku tolak dan tutup dengan perlahan. Dekat depan pintu itulah aku menyumpah seranah sepuas hati.
"Bullshit! Hell is your home! Sakai!" puas hati aku. Orang kata tak baik kutuk orang yang mengajar kita, nanti ilmu tak berkat. Arghh, apa susah? Nanti hari raya aku minta maaf lah banyak-banyak.
Lalu, aku pergi dengan perasaan sebal. Banyak sungguh benda jadi hari nih. Haihh... Penat! Penat fizikal dan mental!
× × ×
Aku duduk di ruang tamu bersama kerepek pisang di tangan. Remote tv aku capai dan buka siaran yang menarik perhatian aku. Yaa! 100 days my prince! My favourite drama!
Sofa terasa tenggelama disebelah. Aku menoleh. Hurmm... Izzahlah siapa lagi. Kami berdua sewa rumah, sebab masing-masing tak nak tidur dalam dorm. Hahahaha...
"El, besok teman aku dating jom."
"Malaslah. Lagipun, mesti Si Is tuh nak dating dengan kau jek. Aku tak nak kacau daun." aku jawab dengan mata tak lepas memandang tv.
Izzah berdecit perlahan sebelum dia merangkul lengan aku. "Alah... Please. Sekali nih jek. Tolonglah..."
Aku mengeluh. "Tak bolehlah. Besok aku kena jumpa Rayyan."
"Besok kau tak payah jumpa Rayyan. Teman aku. Lagipun aku dah whatsapp dia awal-awal suruh lepaskan kau besok dengan aku. Dan dia setuju."
Aku pandang Izzah dengan terkejut. "Seriuslah?"
Izzah angguk dengan laju. Serentak itu, telefon aku berbunyi menandakan ada orang yang telefon. Nampak saja nama Mr.Tunang di skrin telefon, terus aku pandang Izzah.
"Ha tuh dia dah telefon, kalau kau tak percaya kau tanyalah dia." Izzah memuncungkan mulut ke arah telefon aku.
Bukan aku tak percaya, cuma si Rayyan nih memang susah nak cancel date dengan aku. Sebab tuh lah aku sedikit terkejut.
Setelah berbual dengan Rayyan dan mendapat kepastian dia, barulah aku mengadap Izzah.
"So, how?"
Aku menjeling. "Yelah yelah. Nak pergi pukul berapa besok?"
"Yeayy!! Pukul 2 petang. Ons tak ons?" kata Izzah dengan teruja.
"On."
![](https://img.wattpad.com/cover/191184270-288-k353261.jpg)
YOU ARE READING
Saya Pilih Awak!
Fiksi Remaja* P E R T A M A * Kehidupan Elaina Amanda sebelum ini memang sangat indah apabila hati sudah dimiliki dengan ikatan tali pertunangan tetapi apabila si dia melukai hatinya, dia sudah tekad yang dia takkan bercinta lagi. Hatinya sudah mati. Kehadiran...