"Hoi El! Besok kau nak balik UKM naik apa? Naik kitorang jek lah. Kau pegi dengan kitorang, balik pun mesti dengan kitorang." suara speaker dari telefon bimbit menguasai ruang bilik tidur Elaina.
Screen telefon bimbit dipandang geram. Tahulah dia niat si Izzah tu suruh balik dengan dia sebab ada Aisy tu. Hey... Aku ada kereta sendiri okay.
"Tak naklah aku. Lagipun, kereta aku kan dah okay. So, aku boleh lah bawak balik ke UKM nanti. Senang sikit aku nak bergerak nanti nak kemana-mana. Tak de lah asyik nak mintak tolong kau jek. Malulah aku." Elaina baring atas katil. Kipas berpusing dipandang.
Kedengaran Izzah mendengus geram. "Alaa kau ni! Jomlah... Sanggup kau nak tengok aku merayu macam ni dekat kau, kan?"
Elaina menjeling tajam ke telefon bimbitnya. "Eiy... Kau ni kenapa ha? Apa salahnya kau bagi aku kebebasan sikit. Kau dont worrylah. Aku follow kau daripada belakang, okay?"
Izzah mengeluh perlahan. Kalau si Elaina dah kata A, memang jawapannya A lah. Memang susah nak dipujuk budak ni.
"Yelah... Yelah... Aku naik kau je lah El, kang kalau kau ngantuk dalam kereta, tak de teman pulak. Biar laki dengan laki, kita gegirls kena duduk satu kereta. Baru syok."
Elaina senyum. "Alright!"
• • •
"Mana si Azura ni? Bukan ke dalam group whatsapp aku dah bagitahu hari ni ada meeting. Mana dia?" Elaina bentak geram.
"Lembap lah dia ni. Kenapalah aku satu group dengan dia? Dahlah acah diva, pastu dia fikir dia sorang je ke yang cantik dalam kampus ni. Eh, hello... Ramai lagi lah yang lagi cantik dari dia." bebel Naufal.
"Kau jangan Nopal. Nanti kang dia jadi jodoh kau, baru tahu. Aku dengan El mampu ketawa dari jauh jek." Izzah ketawa kecil.
Naufal pandang tajam. "Kau jangan cakap yang bukan-bukan eh. Aku tumbuk Iskandar nanti."
Elaina dan Iwan ketawa serentak.
"Kenapa tiba-tiba nak libatkan Iskandar? Ahahahhahaha." Iwan ketawa bebas.
"Kau tumbuklah dia kalau kau nak tempah maut dari aku." ugut Izzah.
"Atoto... Chooo chuuweett!" usik Elaina.
Habis merah muka Izzah. Ni... Kalau Iskandar tahu, mahu setahun aku tak keluar rumah. Malu weyy.
Notification dari telefon Iwan berbunyi membuatkan dia berpaling dari kawannya. Selepas baca, dia terus geleng kepala.
"Guys, kau tengok dalam group si Azura tu chat apa."
Lantas, semua check chat yang dihantar oleh Azura.
"Hoi! Dia ingat dia tu permaisuri ke? Suka hati jek dia suruh kita jemput dia dekat depan?! Banyak cekadak dia." bentak Izzah.
"Apa masalah dia eh ni? Mental ke apa? Konon, kata tak tahu jalan cafe ni. Padehal, haritu aku nampak dia lepak dekat sini dengan member laki dia tau. Acik dia tak tahu." marah Naufal.
"Sudah... Sudah. Sekarang ni, aku nak settlekan kita punya assignment ni cepat-cepat. Sebab, minggu depan dah nak present. Kalau dia tak ada, macam mana kita nak proceed tajuk yang seterusnya. Kita punya ni baru 50% siap tau." kata Elaina.
"Habistu, siapa nak pergi jemput dia ni? Aku tak nak." Iwan sudah angkat tangan mengalah.
"Aku tak nak."
"Aku tak nak." Elaina dan Izzah berkata serentak.
Semua terdiam. Iwan pandang Elaina, Elaina pandang Izzah dan semuanya pandang Naufal. Naufal sudah naik kening.
"Woo... Woo... Korang jangan cakap korang nak suruh aku pergi jemput dia?"
"Memang kaulah!" serentak mereka bertiga jawab.
"Wey!! Kenapa aku?!! Aku tak nak!!!!!!!" jerir Naufal kuat.
Elaina pandang kiri kanan. Takut customer cafe ni lari pulak dengar si Naufal jerit macam langsuir.
"Shuttt... Diamlah wey. Tak malu ke ramai orang tengok ni." bisik Elaina. Lantas, Iwan dan Izzah pandang kiri kanan.
"Kenapa aku?" soal Naufal dalam nada berbisik.
"Sebab kau sorang jek yang bawa kereta. Takkan nak suruh Iwan pulak, dia kan bawa motor. Aku nak elakkan fitnah." balas Izzah.
Naufal jeling. "Habistu, kau tak pakai kereta ke?"
"Kereta kitorang parking jauh. Kereta kau je dekat." balas Elaina pulak.
Naufal menghela nafas geram. "Korang ni... Ada jek benda nak jawab eh."
"Of course! Alah, tak pe lah Nopal. Bukan selalu, kali ni jek. Lagipun, ni kan kita last meeting ramai-ramai. Sebelum ni, kita discuss dalam online jek. Ni lah masanya kita nak discuss bab yang penting. Thats whylah, kita perlukan dia sebagai ahli kumpulan kita. Boleh eh Nopal?" pujuk Elaina.
Naufal menghela nafas berat. "Yelah... Yelah... Aku pergi. Puas hati korang, kan? Nasib baik, Elaina yang pujuk. Kalau kau yang pujuk, memang aku terus balik." kata Naufal sambil tunjuk ke arah Izzah.
Izzah menjegil tajam. "Dah... Kau blah lah sekarang. Princess kau tengah tunggu tu."
Sebelum pergi, sempat Naufal meluku kepala Izzah. Membuatkan Izzah menjerit kecil sebelum bangun dan marah pada Naufal yang sudah jauh ketinggalan.
"Kenapalah aku kena pergi jemput dia? Badluck betullah aku ni." bebel Naufal sambil menghentak pintu kereta.
Enjin dihidupkan, handbrake diturunkan lantas minyak ditekan dengan perlahan.
Kepala sudah meninjau bahagian kawasan yang diberitahu Azura tadi.
"Mana dia ni? Kata dekat taman belakang. Tapi, bayang pun tak nampak."
"Tak boleh jadi ni." Naufal mengeluarkan telefon bimbit lantas menelefon Azura dengan perasaan geram.
Apabila diangkat, terus dijerkah si Azura tu. "Woi, kau mana?!"
"Aku dekat taman permainan lah." jawab Azura.
Terus Naufal end call dan mencari bayang Azura. Okay, sudah jumpa. Hon ditekan berkali-kali memanggil Azura. Biar dia berjalan sikit, tak de nya aku nak bentang carpet merah untuk dia.
Nampak Azura memanggil dia ke sana. "Ewahhh... Banyak cekadak dia suruh aku pergi sana."
Naufal hon sekali lagi. Sampailah, si Azura tu berjalan ke arahnya. Hey... Naufal tak pernah kalah okay.
Pintu dibuka, Azura merendahkan badan dan masuk ke dalam kereta.
Salam tak de, terus dijerkah Naufal. "Hoi, kau pehal tak nak pergi sana? Aku dah panggil kau, kan?"
"Aku bukan maid kau." selamba Naufal menjawab.
Azura mendengus geram. "Huh... Tak boleh diharap."
Azura menyilangkan tangan dengan muka berlagak sementara Naufal memandu ke arah cafe tadi. Malas nak lama-lama dalam kereta, kang ada yang jadi mayat hidup nanti.

ANDA SEDANG MEMBACA
Saya Pilih Awak!
Genç Kurgu* P E R T A M A * Kehidupan Elaina Amanda sebelum ini memang sangat indah apabila hati sudah dimiliki dengan ikatan tali pertunangan tetapi apabila si dia melukai hatinya, dia sudah tekad yang dia takkan bercinta lagi. Hatinya sudah mati. Kehadiran...