"Elaina, sekarang nih tengah cuti sem ke?" soal Mak Cik Shila.
Aku angguk kepala. "Haah, mak cik. Sebulan saya cuti."
Aku menghirup air sirap bandung yang dibuat oleh Aisy. Hurm... Not bad. Aku jeling Aisy disisi mamanya. Huh, dia angkat kening dengan bangganya. Kau ingat, kau punya air sirap bandung tuh sehebat air tangan aku ke? Silap besar bro. Lu tak pernah rasa air gua lagi, kan?
"Ouh, kalau macam tuh bawalah Aisy jalan-jalan kampung. Dia pun baru balik nih. Almaklumlah, asyik duduk bandar jek. Sampai kampung sendiri pun tersesat. Rumah mamanya sendiri pula tuh." perli Mak Cik Shila.
Aku ketawa kecil.
"Mana ada sesat ma. Cuma terlajak rumah jek. Tuh pun nak membebel." Aisy merungut.
"Sudahlah tuh Ila. Suka sangat kau bebel Aisy. Dia dahlah baru balik sini. Kesian dia." ujar mama aku.
Aku toleh mama dengan pandangan terkejut. Amboi mama... Kalau anak orang bukan main lagi dikesiankan. Anak sendiri tak nak dikesiankan. Isy... Ada yang hilang title mama pula kang lepas nih.
"El, ajak Aisy pergi jalan kampung sekarang. Mama nak berborak dengan Mak Cik Shila nih kejap." mama pandang aku.
"El ma?" aku tunjuk diri sendiri.
"Isy... Pergi je lah. Jangan banyak songeh!" mama menjegilkan mata ke arah aku. Aku mencebik. Asyik aku je yang kena. Cis!
Aku bangun dan pandang Aisy. "Jomlah. Tunggu apa lagi?"
Aku nampak mulut mama terkumat kamit marahkan aku. Mata pula bagi amaran. Kesah apa aku.
Aisy bangun dan mengekori aku dari belakang. Apabila sudah jauh sikit dari rumah Mak Cik Shila, aku berpusing mengadap Aisy.
"Kenapa awak balik?" aku bercekak pinggang.
"Eh... Suka hati akulah nak balik ke tak. Tuh rumah mama aku."
Aku memutarkan mata ke atas. "Kenapa selama nih saya tak pernah nampak awak pun dekat kampung."
Aisy berjalan dan aku mengikutinya di sebelah.
"Aku balik bila aku rajin je. Lagipun, aku balik sebab mama." jawab Aisy tanpa melihat ke arah aku.
Aku kerut dahi. Macam lain je bunyinya.
"Aik... Takkan sebab mama awak je? Ayah awak tak nak jumpa ke?"
"Tuh bukan ayah aku."
Makin berkerut aku dengar jawapan Aisy.
"Haa? Saya tak faham."
Aisy mengeluh kecil sebelum pandang aku dan dia berhenti berjalan. Aku pun berhenti.
"Tuh ayah tiri aku. Mama aku kahwin lain."
"Ayah kandung awak?"
"Ayah kandung aku dekat KL. Aku selalu balik sana."
"Ouhh..." aku angguk kepala beberapa kali dengan perlahan.
Senyap antara kami. Aku mula rasa tak selesa. Bila dia senyap, aku senyap memang rasa janggal gila. Yela, aku dengan dia bukannya berkawan pun.
"Err... Jomlah pergi jalan-jalan. Panaslah dekat sini."
Aisy angguk kecil dan mula berjalan keliling kampung. Cuma nak bagitahu, kampung aku ada sawah. So, dia punya excited tuh mengalahkan budak-budak. Nampak burung, dikejar. Kalau nampak lintah atau pacat, dibalingnya ke arah aku. Aku pun apa lagi, larilah. Gila ke apa, aku dah lah geli dengan lintah.
"Aku hauslah, dekat sini ada kedai tak?" soal Aisy.
Aku pandang sekeliling. "Hurm... Tak silap saya, hujung sana ada kedai runcit."
Jari telunjuk aku menghala ke arah hujung sawah. Itu pun jalan balik ke rumah, so dah alang-alang terus balik saja.
"Jomlah." Aisy berjalan ke hadapan.
Selama 10 minit berjalan, akhirnya tempat yang dituju sudah sampai.
Kami berdua masuk ke dalam kedai runcit dan mengambil dua botol air mineral. Selepas bayar, aku terus teguk air, perghhh nikmat sia.
Tengah syok teguk air, aku perasan dari ekor mata ada seseorang yang sedang bergelak ketawa di hujung sudut kedai itu. Kelakuan aku terhenti.
Rayyan dengan Ainul tengah bergurau senda di atas motor. Kali nih, aku tak rasa apa-apa. Hati aku dah tawar. Malah rasa menyampah lebih menguasai dari rasa cemburu.
Klikk... Aku pandang sebelah. "Eh... Kenapa awak ambil gambar diorang?"
"Saja. Sebagai kenangan. Mana tahu, gambar nih berguna satu hari nanti." ujar Aisy selamba.
"Tapi, kenapa dia ada dekat sini?" sambung Aisy dengan kerutan di dahi.
"Sebab rumah saya ada kenduri besok. Saya rasa mesti mama yang jemput dia." aku memandang tajam ke arah mereka berdua. Syok betul, sampai aku tenung dia pun tak perasan.
"Dahlah. Jom balik. Sakit pula mata nih tengok beruk dua ekor tuh." aku berjalan melepasi Aisy yang masih merenung ke arah merpati sejoli tuh. Aku? Nak tenung lama-lama boleh, tapi tunggu diorang jadi jenazah. Aku nak tenung sampai subuh pun aku sanggup.

ANDA SEDANG MEMBACA
Saya Pilih Awak!
Teen Fiction* P E R T A M A * Kehidupan Elaina Amanda sebelum ini memang sangat indah apabila hati sudah dimiliki dengan ikatan tali pertunangan tetapi apabila si dia melukai hatinya, dia sudah tekad yang dia takkan bercinta lagi. Hatinya sudah mati. Kehadiran...