18

34 4 0
                                    

"Ni ke bakal suami kau El?" soal Mirul memandang Aisy atas bawah dengan senyuman sinis.

"Haah. Ni bakal suami aku." aku berdiri di sebelah Aisy dan automatik aku merangkul lengan Aisy. Nasib baik Aisy pakai baju lengan panjang hari ini.

Aku dongak sedikit pandang muka Aisy. Masih tegang seperti tadi. Memang marah betul dia ni.

"So, can you get out from her life? She will be my wife soon." kedengaran tegas dalam bicaranya.

Wajah Mirul berubah ketat. "Dia belum jadi wife kau bro. Jangan berlagak sangat."

"Memanglah belum. Tapi dia bakal isteri aku. Aku boleh buat laporan polis atas tuduhan kau cuba membuat gangguan terhadap dia." matanya tajam mencerlung ke arah Mirul.

Mirul terdiam. Dia ketap bibir geram sebelum dia pergi meninggalkan Elaina dan Aisy di belakang.

Lantas, aku menurunkan tangan dan tunduk ke bawah apabila Aisy mula merenung aku lama. Kemudian, aku terdengar Aisy mengeluh panjang. Aku dongak pandang ke arahnya.

"Kenapa kau datang sini sorang-sorang?" tegas.

Aku sudah kecut perut. "Sa..saja ambil angin."

Aisy mengusutkan rambutnya. "Kenapa sorang? Kenapa tak berteman? Kau nampakkan apa yang jadi tadi. Kalau aku datang lambat tadi, kau fikirlah apa jadi pada kau."

Kepala aku semakin menunduk. "Maaf." perlahan.

"Kenapa kau nak minta maaf dekat aku? Patutnya kau minta maaf pada diri kau sendiri. Sebab apa? Sebab kau tak jaga keselamatan kau."

Aku diam. Sedih pula kena marah dengan Aisy ni.

Aisy pandang Elaina. Dia meraup wajahnya bila nampak Elaina mendiamkan diri.

"Kau tahu tak, aku risau gila dengar suara kau macam tu. Boleh tak, kau berhenti buat aku sakit jantung macam ni."

Aku diam. Haihh... Apalah nasib kena bebel dengan lelaki. Penat arh gini. Eh, jap. Apa maksud dia, berhenti buat dia sakit jantung? Aku dongak pandang Aisy dan mata aku bertembung dengannya. Tak tahu kenapa, jantung aku berdegup kencang. Apa ni? Perasaan apa ni? Takkan aku takut dengan dia? Tak mungkin.

"Akak!"

Segera aku pandang ke arah suara Teha. Dia berlari ke tempat akaknya dengan tercungap-cungap.

"Ha, ye. Teha, kau nak apa datang sini?"

"Saja. Datang nak tengok akak." ujar Teha sambil matanya memandang Aisy di sebelah Elaina.

"Eh... Abang Aisy pun ada?"

Aisy senyum nipis. "Saja teman akak dekat sini. Takut kena culik je nanti. Susah pula kang." pedas perlian Aisy diberikan.

Aku diam membisu. Sebab aku tahu tu memang salah aku. Kalau bukan salah aku, memang aku lawan habis-habisan.

"Ha kak. Teha lupa nak bagitahu yang abang Rayyan dah nak bertunang." Teha mengeluarkan sebuah kad lalu diberikan pada aku.

Aku tak terkejut. Dan tak memberontak. Biarlah dia dengan pilihan hidupnya. Lambat-laun, mereka akan berkahwin juga. Buat apa aku nak susah hati, bila tahu dia bukan jodoh aku.

Kad yang dihulurkan aku ambil kemudian baca nama yang tertera di kad itu dengan lama. Hurmm... Design yang sama masa aku pilih dengan Rayyan untuk majlis pernikahan kami yang tak jadi tu. Tiba-tiba rasa sedih pula.

Aisy lihat Elaina dalam diam. Dia tahu bahawa Elaina mesti rasa sedih dengan berita ni tapi dia kuatkan hati dia juga. Kenapa perempuan ni sangat tabah?

Segera aku angkat kepala dan ukirkan senyuman tipis. "Ouh majlisnya besok. Ahahahhaha, sama tarikh untuk pernikahan akak kan Teha?"

Semua diam.

Aku pandang mereka berdua silih ganti. "Hey, kenapa diam je ni. Kan Rayyan dah nak tunang ni, patutnya kita kena happy untuk dia."

Teha masih diam. Dia sedih melihat akaknya begini. Haih...

"Habistu kak, akak nak datang juga ke besok?"

"Hurm... Datanglah kut. Tengoklah dulu kalau akak tak ada class." dalam hati memang tak nak pergi pun.

"Okay."

* * *

"Zah, kau tahu tak... Rayyan dah nak bertunang dengan Ainul besok." aku duduk di sebelah Izzah dengan kerepek pisang di tangan.

"Apa?!" Izzah berpaling kepala dengan wajah terkejut. Matanya terbuntang luas. Dia punya jeritan itu membuatkan bahu aku terangkat akibat terkejut.

"Isy... Kau ni. Terkejut aku tahu tak." satu kerepek pisang disuakan ke mulut aku. Perghhh, sedap sia!

Izzah betulkan kedudukannya. "Aku lagi terkejut tahu tak dengan statement kau."

Aku pandang sebentar wajah Izzah sebelum aku kembali fokus pada rancangan tv yang memang tak menarik perhatian aku.

"Habistu, kau pergi majlis diorang ke tak?" soal Izzah.

Aku hanya angkat kedua bahu aku.

"Pergi je lah El. Biar dia tahu kau kuat. Biar semua orang tahu yang kau tak lemah. Aku ada untuk teman kau dekat sana. Lagipun, besok kita mana ada class."

Aku diam. Betul juga apa yang dia cakap tu. Takkan nak biarkan diorang fikir aku lemah. No! Itu bukan aku. Aku kuat!

"Hurm... Yelah aku pergi. Dengan syarat, kau sentiasa ada dengan aku tau."

Izzah berdecit. "Ish kau ni. Pernah ke nampak aku tinggalkan kau?"

Aku ketawa kecil. "Okay. Okay."

Telefon aku berdering kuat di atas meja. Aku kerling nama yang muncul. Mr.Penasihat. Cepat-cepat aku ambil dan angkat telefon.

"Hello."

"Hello, ha El. Kau balik kampung besok kan? Naik aku je lah."

Terus aku letak balang kerepek pisang atas meja. Dengan Izzah sekali tersentak dek terkejut.

"Ha?! Kenapa pula? Saya balik dengan Izzahlah."

"Kau bawalah Izzah tu sekali naik dengan aku. Yang kau gelabah sangat ni dah kenapa?"

Izzah mencuit aku dan membuat isyarat dengan menanyakan aku, apa dah jadi? Segera aku tukar kepada loudspeaker.

"Bukan saya gelabah. Cuma, saya tak nak timbulkan fitnah. Kalau Izzah ikut sekali, saya okay."

"Kau jangan risaulah. Iskandar pun ikut sekali."

Terus aku pandang Izzah dan Izzah terus membuat simbol okay dengan anggukan kepala yang laju.

"Okaylah kalau macam tu. Nak pergi pukul berapa?"

"Besok pagi. Pukul 9."

"Okay."


Saya Pilih Awak!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang