"Yaaaa... We gonna start a new sem! This is a final sem! How excited i am!" Izzah menjerit keriangan di cafe universiti.
"Yes. A new sem. And i'm lost one people around me. Hurm..." ujar Elaina perlahan.
Izzah pandang Elaina di sebelah. Tangan diletakkan atas bahunya perlahan.
"Relax dude. You lost your people but a new people have come in your life." Izzah mengangkat kening berkali-kali.
Elaina kerut dahi. "Siapa?"
"Aisy Rafiqi." Izzah tersengih.
"Kau tak ada orang lain ke?" Elaina memutarkan mata ke atas.
"Tak ada. Aku rasa dia sorang je yang layak untuk kau."
"Kau ingat senang ke aku nak lupakan dia? Sekarang ni aku kena sesuaikan diri tanpa dia. Takut aku tak boleh hadap je sebab universiti ni banyak kenangan dengan dia." Elaina senyum kelat.
Izzah peluk bahu Elaina dengan senyuman. "Hey, jangan sedih-sedih. Kita patut happy sebab sekarang ni kita dah sampai sem yang terakhir. Kau kata kau nak lupakan dia. Kau kata kau nak tunjukkan dekat dia yang kau kuat. You have to prove it El."
Elaina senyum. "Thanks. Youre my bestfriend forever Izzah!"
• • •
"Hi everyone. How's your holiday? Is it good? Saya tak nak cakap banyak. This is your last assignment. So i hope you guys can do it very well, okay?" ujar Prof Syam.
Slide yang disediakan di tayang pada studentnya. "Alright. This time you guys perlu buat presentation about this subject. Saya tak kisah sama ada you guys nak ada relationship about your course or not because saya akan bagi awak semua tajuk bebas. But... You guys just summarize ten journals into four thousand words writing. Simple."
Ramai yang mula merungut. Aku telan liur. Empat ribu summarize dia nak? Simple kepala otak dia. Dah lah subject Research and Statistic ni pecah kepala otak. Memang aku anti subject ni. Susah!
Prof Syam meliarkan pandangan ke semua studentnya. Dan matanya terhenti pada Elaina. "Elaina."
Semua mata tertumpu pada aku. Jantung aku macam berhenti degup. Apa pasal pula prof sebut nama aku ni? Jangan suruh aku jadi kuli dia lagi sudah lah. Pleaselah sem ni bagi aku rehat sikit.
"Sem ni saya nak awak jadi repsentative saya. Senang sikit dengan awak sebab awak dah ada pengalaman dengan saya."
Otak aku rasa macam tercabut. Errghhhhh... Why me?! Terpaksa aku buat senyuman manis.
"Okay prof."
Prof Syam angguk kepala perlahan dan dia menutup laptopnya. "Okay. Saya bagi awak semua tempoh satu bulan. Tapi jangan suka sangat sebab setiap minggu saya akan buat test." ujarnya sambil tangan mengemas barang miliknya.
Dia berdiri dan menayangkan dua helai kertas. "Kertas ni ada nama awak semua mengikut kumpulan masing-masing. Kali ni saya yang tetapkan ahli kumpulan, jadi tak ada istilah ikut kawan okay."
"So good luck." Prof Syam mengukirkan senyuman sebelum dia melangkah keluar dari dewan kuliah.
"Wey gila lah prof Syam tu. Empat ribu patah perkataan summarize dia nak? Dia ingat otak kita ni otak machine?" rungut Izzah dengan muka kelatnya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Saya Pilih Awak!
Подростковая литература* P E R T A M A * Kehidupan Elaina Amanda sebelum ini memang sangat indah apabila hati sudah dimiliki dengan ikatan tali pertunangan tetapi apabila si dia melukai hatinya, dia sudah tekad yang dia takkan bercinta lagi. Hatinya sudah mati. Kehadiran...