Semasa aku dan mama melangkah keluar dari pagar rumah Mak Cik Shila, aku dengar nama aku dipanggil dari belakang. Aku berpusing dan nampak Aisy sedang menuju ke arah aku dengan Intan di pangkuannya.
Aku berhenti. Dan lihat mama. "Mama balik dulu eh. El, nak jumpa dengan Aisy jap."
Mama aku angguk dan terus melangkah keluar daripada rumah Mak Cik Shila.
"Nak apa?"
"Telefon kau." Aisy menghulurkan tangan.
"Eh nak buat apa pula?" aku sorokkan telefon aku ke dalam tudung.
Aisy berdecit. "Bagi jelah! Jangan banyak cakap."
Aku menggulingkan mata ke atas. Kau siapa patut aku dengar arahan kau. Tapi tangan aku tetap juga jalan bagi telefon pada Aisy.
"Kau pegang Intan ni jap."
Aku mengambil Intan dari dukungan Aisy. Urmm... Geram sangat. Comel. Nasib baik si Intan ni tak takut orang.
"Umur awak berapa ni? Comel sangatlah. Geram akak tau!" aku memicit pipi gebu Intan dan Intan ketawa. Mungkin geli agaknya.
"Baru dua tahun." Aisy menjawab.
Aku menjeling. "Aik, orang tanya Intan tapi pak chu nya pula yang jawab."
"Suka hati akulah."
Aku cuba mengintai apa yang dibuat oleh Aisy. Tapi dia menjauhkan diri. Ape bendalah dia buat tu.
"Cepatlah sikit. Lengan saya dah lenguh ni."
"Baru suruh dukung budak, dah lenguh. Apalah kau ni. Tak boleh jadi babysitter."
"Isy... Awak tengoklah badan Intan ni macam mana. Boleh patah tangan saya kalau lama-lama macam ni." aku merungut.
"Yelah yelah. Nah. Dah siap dah pun. Intan bak sini." Aisy menghulurkan tangan dan ambil Intan dari aku. Fuh... Barulah rasa lengan ni bernafas.
"Awak buat apa ha?" aku belek phone aku. Macam tak ada beza pun.
"Aku ambil nombor kau."
Mata aku membulat. "Ha?! Kenapa awak tak tanya saya dulu?"
"Buat apa? Bukannya kau bagi pun kalau aku minta."
"Isy... Sekurang-kurangnya bagi la tahu masa nak ambil nombor tu." aku memuncungkan bibir.
"Ha muncungkan lah mulut kau lagi. Dah macam itik jantan aku tengok. Tengok tu Intan, macam quek quek kan?" Aisy menunjuk ke arah aku.
"A'ahlah pak chu. Acam quek quek." Intan ketawa kecil.
Aku turut tersenyum. Isy... Nasib baiklah ada Intan ni, kalau tak da lama si Aisy ni kena pelangkung dengan aku.
"Comellah dia ni. Geram!" aku picit pipinya sekali lagi.
"Ha, nak ambil gambar dengan dia lah." aku tekan kamera phone dan aku guna mode selfie. Telefon bimbit aku dihalakan tinggi ke udara.
"Eh eh... Apa kau buat ni? Aku tak nak ada dalam galeri kau."
"Alaa... Sekali je. Kalau awak tak nak, awak boleh sorok muka dari belakang Intan. Biar saya dengan Intan je yang ada dalam gambar."
"Isy... Yelah yelah. Cepat!"
Aku tersenyum lantas menghalakan telefon ke atas dengan tinggi sekali lagi. Dan klik... Klik... Klik... Cun!
Aku check gambar yang diambil. Nice! Cantik. Pandai budak ni senyum. Aku tengok pula Aisy. Ceh, kata tak nak ada dalam galeri aku. Tapi dia pula yang melebih senyum.

ANDA SEDANG MEMBACA
Saya Pilih Awak!
Genç Kurgu* P E R T A M A * Kehidupan Elaina Amanda sebelum ini memang sangat indah apabila hati sudah dimiliki dengan ikatan tali pertunangan tetapi apabila si dia melukai hatinya, dia sudah tekad yang dia takkan bercinta lagi. Hatinya sudah mati. Kehadiran...