"Korang berdua ni tak ada class ke?" aku pandang Aisy di sebelah dan juga ke belakang di mana Iskandar berada. Macam mana kitorang boleh duduk sebelah? Meh, aku nak ceritakan.
Tadi, masa diorang sampai, aku dan Izzah memang dah siap awal. Lepastu, on the way gerak ke kereta Aisy tu, si Izzah tolak aku masuk kereta tempat duduk depan. Berkeras aku tak nak. Tapi melihatkan Iskandar dah duduk belakang siap-siap, si Izzah pun kelam kabut penuhkan ruang belakang. Aku pun macam... What the fuck?! Urghh... Terpaksalah aku duduk sebelah Aisy.
Memang rasa geram gila! Aku tahu, diorang sengaja nak aku duduk sebelah si Aisy ni. Kau memang nak kena Izzah. Kau tunggu!
"Sebab tak delah aku ikut. Otak mana otak?" balas Iskandar.
Aku pandang ke belakang dengan pandangan maut. "Kau memang minta kaki ni Is."
Iskandar ketawa bebas. "Jangan garang sangat, nanti tak ada siapa yang nak."
Aku mencebik. "Ceh... Ingat aku tak laku ke."
"Haah, memang laku pun sampai ada orang nak bawa lari dia pergi Siam." sindir Aisy.
Aku menjeling. Tak habis lagi nak perli aku? Huh, malas nak layan.
Akhirnya, sampai juga ke rumah kediaman mak ngah. Dari luar sudah ku lihat, banyak sekali kereta-kereta yang bermegah. Banjiran manusia ada di segenap ruang sedang menikmati juadahnya. Ada juga yang mengambil gambar sesamanya. Tampak sungguh bahagia di majlis yang begitu hiba bagiku.
Aku keluar dari kereta. Keluhan kasar, terasa seperti berat sekali. Sebab, aku kena kuatkan diri menghadap manusia yang pernah bahagiakan aku. Dari jauh aku menilai, majlis pertunangan sepupuku jauh lebih meriah dari majlis tunangku sebelum ini. Persis majli kahwin pun ada. Tak apa, lagipun mak ngah adalah orang yang berada.
Aisy menilik air muka Elaina dari jauh. Sudah ku duga, pasti dia akan rasa sedih juga walaupun dia cuba sembunyikannya dengan baik sekali. Aku melangkah ke arahnya. Bahunya, aku cuit.
"Hoi, jomlah. Yang kau tercegat dekat sini kenapa?"
Elaina tersedar. Terus dia mengukirkan senyuman palsu.
Kaki mereka melangkah keluar dari kawasan parking kereta. Saat kaki Elaina jejak di kawasan majlis itu, ramai yang bermain mata dengannya selepas itu berbisik sesama sendiri.
"Wey, berani dia datang sini tengok majlis ex tunang."
"Tak malu ke?"
"Sajalah tu nak show off yang dia tu kuat."
"Tengok tu, baru putus dah ada jantan lain."
Segala bisikan demi bisikan, Elaina dapat dengar dengan jelas. Sesekali, dia pendam saja lidah orang kampung yang begitu tajam sekali. Izzah juga yang turut sama dengar hanya mampu memberi kata-kata semangat.
"Sabar El. Sabar." ujar Izzah dengan lembut.
Apa yang Elaina boleh lakukan? Dia hanya boleh ukirkan senyuman kosong. Tak ada makna.
Iskandar yang berada di situ juga terasa sebak melihat kawannya macam itu.
Sesampai saja kaki memijak tangga yang terakhir di rumah mak ngah, pelamin yang tersegam indah muncul di depan mata. Apa yang terlintas dalam kepala adalah, wow sungguh cantik. Rezeki Ainul dan Rayyan.
Suasana yang riuh rendah bertukar sunyi sepi apabila Elaina memberi salam sambil mengukirkan senyuman. Nampak isi rumah itu dalam keadaan yang terkejut. Terutama sekali Rayyan dan Ainul.
Elaina melangkah ke arah mak ngah, dapat ditangkap air muka mak ngah yang dalam rasa serba salah. Tangan dihulur untuk bersalam.
Kaki pula melangkah ke arah Rayyan dan Ainul. Senyuman palsu diukirkan. "Congrats Ainul."
Mata beralih pada Rayyan. Masih sama senyuman diukirkan. "Congrats Rayyan."
Tiba-tiba Aisy mencelah.
"Hai, ingat aku lagi tak?"
Elaina pusing belakang apabila dengar suara Aisy muncul. Kerut dahi makin banyak. Apa yang dia cuba buat? Siap pakai cermin mata ala-ala nerd pula.
"Kau siapa?" soal Rayyan dengan pelik.
"Alaa... Takkan kau tak ingat, kita ada jumpa dekat kedai emas dua bulan lepas."
Rayyan terkejut. Aisy beralih pandang Ainul di sebelahnya.
"Haa! Dengan perempuan ni lah. Wahh, akhirnya korang bertunang juga kan!"
Elaina diam. Malas mahu masuk campur, biarlah Aisy yang buka segala kebenarannya.
"Isy, biar betul. Bukan ke dua bulan lepas Rayyan masih bertunang dengan Elaina."
"Kes curanglah ni."
"Eiy lelaki tak guna betul lah si Rayyan ni."
Satu demi satu bisikan mula muncul. Rayyan pandang sekeliling, pandangan para pengunjung mula memberi kesan pada dirinya. Dia malu! Ainul pula menundukkan kepala saat mata bertentang dengan Elaina.
"Ka... Kau tak ada bukti!" kata Rayyan lantang.
Aisy ketawa kecil. "Aku tak ada bukti? Nak aku bagi bukti ke?"
Lalu, Aisy mengeluarkan sekeping gambar yang sudah siap dicuci. Kemudian, dia melemparkan ke arah Rayyan. Gambar dirinya bersama Ainul di kedai runcit. Peluh mula menitis, tahulah dia yang dirinya telah tertangkap.
"Angah!"
Elaina terkejut lantas toleh ke belakang. Dua kali ganda terkejut apabila mamanya sudah datang dengan wajah bengisnya.
"Ma." Elaina segera dapatkan mamanya. Lengan mamanya dipeluk erat.
"Ma, jangan buat hal dekat sini ma." ujar Elaina perlahan.
"El, ke tepi." arah mama dengan tegas. Tapi Elaina masih berkeras tidak mahu lepaskan tangan mamanya.
"Mama kata ke tepi!"
Bahu Elaina terangkat. Perlahan-lahan, dia melepaskan lengan mamanya.
Mama menuju ke arah mak ngah dengan marah. Dia sudah bercekak pinggang.
"Ngah, aku nak tanya sikit dekat kau. Kau tahu ke yang si Ainul ni ada hubungan dengan Rayyan?" tegas.
Mak ngah terdiam. Dia mula menundukkan muka. Mama ketawa sinis.
"Ouh... Rupanya kau dah tahu dulu. Patutlah masa aku ajak kau teman cari baju pengantin kau tak nak. Rupanya... Kau nak dapat bakal menantu yang sama!" terbuntang luas biji mata mama.
"Maafkan saya kak long. Bukan saya tak nak bagitahu, tapi... Ainul tu kan anak saya jadi saya patut rahsiakan hal ni." ujar mak ngah perlahan. Mata sudah bergenangkan air mata.
Mama pandang mak ngah macam nak telan. "Rahsiakan?! Kau sepatutnya jaga anak kau baik-baik, supaya tak rampas tunang anak aku! Aku rasa mesti kau tak bertegas dengan anak kau, sebab tu la jadi perampas!"
"Mama. Sudahlah tu. Ramai orang tengok ni, tak malu ke?" ujar Elaina perlahan di tepi mamanya.
"Malu? Sepatutnya perempuan ni yang malu. Tak sedar diri, dah lah rampas tunang sepupu sendiri. Ada hati nak tabur kegembiraan dia atas pelamin ni." ujar mama sindir.
Ramai yang menginjakkan kepala untuk melihat adegan panas ni. Aisy pun dalam diam, mengukirkan senyuman puas hati.
Elaina pandang Izzah meminta pertolongan. Seakan faham dengan isyarat diberikan, Izzah memeluk lengan mama dengan lembut.
"Mak cik, sudahlah tu. Lagipun, diorang dah bertunang. Tak boleh nak undur masa lagi mak cik. Jom kita balik, dah lewat ni." dengan lembut tarik tangan mama ke belakang. Elaina pun buat benda yang sama.
Aisy sempat ukirkan senyuman sinis sebelum mengikut jejak langkah Elaina.
Iskandar menghampiri Rayyan. "Terima kasih bro sebab lepaskan orang yang paling baik aku pernah jumpa. Hope you guys still in relationship after this."
Lalu, dia melangkah pergi meninggalkan Rayyan dan keluarga Ainul dalam kebisuan.
![](https://img.wattpad.com/cover/191184270-288-k353261.jpg)
YOU ARE READING
Saya Pilih Awak!
Ficção Adolescente* P E R T A M A * Kehidupan Elaina Amanda sebelum ini memang sangat indah apabila hati sudah dimiliki dengan ikatan tali pertunangan tetapi apabila si dia melukai hatinya, dia sudah tekad yang dia takkan bercinta lagi. Hatinya sudah mati. Kehadiran...