Elaina mengalihkan pandangan ke luar tingkap. Hatinya masih geram, perlu ke gunakan kekerasan supaya dia naik kereta Aisy? Nasib baiklah dia ni anak jiran mama aku, kalau tak... Dah lama aku terajang budak ni.
"Haishhh..."
"Amboi, mengeluh nampak. Bukannya guna kereta kau pun." perli Aisy.
Tengok tu. Ada je benda nak sakitkan hati aku. Malas nak layan.
Aisy jeling ke sebelah. Matanya meninjau ke arah pergelangan tangan Elaina. Semasa kejadian tangan dia nampak bekas bengkak.
"Nampak tangan kau dah surut bengkaknya. Kau bagi minyak gamat setiap hari ke?" kata Aisy tanpa melihat Elaina. Mata ditumpukan ke jalan raya.
Elaina pegang pergelangan tangannya. "Errr... Haah, saya letak minyak gamat setiap hari. Heheee..." senyum kambing tak tinggal.
Aisy diam.
"Awak, boleh hantar saya dekat tepi rumah?" Elaina pandang Aisy. Boleh tahan handsome juga Aisy ni. Pekena lagi dengan cermin mata hitam. Perghhh...
Rambut tersikat rapi. Tak terlalu skema, tak terlalu over. Kening lebat ala-ala arab. Bibir merah merekah, sebab dia memang tak hisap rokok. Kulit pun sawo matang, so aku boleh katakan dia kacak. Pakej sekali dengan ketinggian dia. Memang padanlah sebab Mak Cik Shila pun cantik. Mesti dia ikut genetik maknya.
Elaina geleng kepala berulang kali. Hisshhh... Apa kau ni Elaina?! Kau baru putus tunang. Kata dah tawar hati, tapi tengok laki handsome sikit dah luntur iman. Apooo?
"Tahulah aku handsome. Tak payah nak tengok sampai macam tu sekali lah." ujar Aisy dengan confident. Yakin betul.
Elaina mencebik. Dia ni ada saka ke apa? Tahu je orang puji dia walaupun dalam hati. Aku syak dia ni bomoh siam menyamar jadi warganegara Malaysia lah...
"Cuba saya tanya tu awak jawab." Elaina jeling tajam.
"Apesal aku tak boleh hantar kau depan rumah?"
Dah nama pun Aisy, mestilah jawab soalan dengan soalan.
"Sebab saya tak nak timbulkan fitnah."
"Alah... Lagipun kau duduk rumah sewa dengan Izzah, kan? Takkan dia tak kenal aku kut." Aisy belok ke kiri iaitu di RnR.
"Memanglah. Tapi, kan tak elok bila jiran nampak."
Aisy matikan enjin kereta dan terus pandang Elaina di sebelah. "Aku hantar kau dekat depan rumah juga. Kalau jiran kau tanya, cakap aku ni tunang kau. Apa susah? Ni... Aku nak keluar jap, kau nak apa-apa tak? Air? Makanan?"
Elaina memutarkan mata ke atas. Keras kepala betul. "Eiy, saya tak nak menipu lah. Tak elok tau tak."
"Haishhh... Senang cerita kau tak payah jawab kalau diorang tanya. Sekarang ni, kau nak apa? Aku nak pergi toilet ni." Aisy meraup wajahnya.
"Air mineral dan roti jagung satu." Elaina menunjukkan jari telunjuk satu pada Aisy dengan senyuman.
Lepas je dengar permintaan Elaina, dia terus buka pintu dan keluar. Sementara itu, Elaina bermain telefon. Tiba-tiba, telefonnya berdering ada panggilan masuk. Mama. Ikon hijau digesek.
"Ha hello ma."
"Dah sampai mana ni?"
Elaina buka seatbelt. Dan dia duduk bersila. Cermin kereta diturunkan. Aircond ditutup.
"Sampai RnR Ayer Keroh."
"Aik... Buat apa dekat situ? Aisy pergi toilet ke?"
Elaina kerut dahi. "Jap. Macam mana mama tahu yang Elaina dengan Aisy sekerang ni?"
"Aduh kamu ni. Mama lah yang suruh Aisy tumpangkan kamu. Kalau tunggu bas, sampai petang tak sampai-sampai nanti."
Elaina tepuk dahi. Patutlah. Rupanya ada orang request. Kalau tak, aku rasa dia tak nak tumpangkan aku.
"Kenapa mama suruh dia?!"
"Biarlah. Lagipun dia satu jalan dengan kamu. Takkan tak boleh nak tumpangkan kut. Setahu mama, dia tak merungut pun mama minta dia tumpangkan kamu. Yang kamu merungut lebih ni kenapa?"
Dah mula sesi bebel. Aku tutup mata sebentar dan tarik nafas panjang. Tenang Elaina Amanda. Tenang...
"Bukan apa ma. El tak suka nak susahkan orang. Kita tak tahu hati dia ikhlas ke tak tolong kita ma. Mulut je kata ya, hati? Dia sorang je yang tahu."
"Kamu jangan risaulah El. Mama kenal anak Mak Cik Shila. Semua anak dia baik-baik."
Aku geleng kepala perlahan. Nampak macam mama dah berkenan dengan si Aisy ni. Aku tak nak. Bagi Teha je lah ma. Aku kalih pandang ke luar. Aisy menuju ke sini. Urusan dia sudah selesai.
"Okaylah ma. El dah nak gerak ni. Nanti dah sampai rumah sewa, El tepon ma. Bye, Assalamualaikum." aku terus putuskan panggilan. Seatbelt ditarik semula.
Aisy masuk kereta dan satu plastik berwarna merah dihulurkan kepada aku.
"Awak... Sorry tau sebab mama saya menyusahkan awak pula suruh hantar saya sampai rumah sewa."
Aisy pakai seatbelt. Handbrake diturunkan, dan pedal minyak ditekan. Kata-kata Elaina dibiarkan sepi. Elaina kena palau.
"Nanti saya bagi duit minyak eh."
"Eh kau dah kenapa? Tak payahlah nak bagi duit minyak bagai. Aku ni bukan bawa grab."
"Habistu? Saya tak bolehlah rasa terhutang budi ni." Elaina pandang Aisy dengan raut wajah sedih.
"Kalau macam tu, kau simpan dulu terhutang budi kau ni. Nanti sampai masa aku minta tolong dengan kau, kau akan tolong aku. Boleh?" Aisy pandang ke sebelah sebentar sebelum matanya kembali ke jalan raya.
"Okay. No problem." kata Elaina dengan senyuman.
• • •
"Awak... Terima kasih tau sebab hantar saya."
"Hmmm." balas Aisy pendek.
Elaina senyum sebelum pintu kereta dibuka dan menuju ke bonet kereta. Begitu juga dengan Aisy. Beg miliknya di ambil dan di letakkan di atas tembok depan rumah sewanya. Aisy hanya memerhatikan tingkah laku Elaina.
Izzah dari dalam rumah lagi sudah tersengih. Lalu, dia berkeputusan untuk keluar rumah sambut tetamu terhormat. Lah... Sangat. Mata ke atas, tangan di bahu. Errrr...
"Hai Aisy." tegur Izzah ramah.
Aisy senyum. Elaina pula beri jelingan maut. Ada yang kena smackdown dengan aku ni kang. Nampak sangat mata si Izzah ni. Tahulah sesi memerli akan ada kejap lagi.
"Okaylah Aisy. Terima kasih sekali lagi sebab hantar saya." ujar Elaina dengan senyuman.
Aisy senyum kecil.
"Kirim salam dengan Iskandar tau." Izzah melambai tangan.
Aisy angguk kepala dan masuk ke dalam kereta. Tak lama kemudian, keretanya meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah Elaina dan Izzah tu.
Izzah menyanggul Elaina di sebelah. "Macam mana naik satu kereta dengan Aisy? Eh bukan Aisylah. Bakal imam kau tu."
Elaina cubit lengan Izzah dengan kuat. "Eiyy... Kau ni tak habis-habis tau. Malas aku nak layan kau. Lebih baik kau tolong aku angkat beg ni. Banyak barang mama aku kirimkan untuk kau."
Izzah menyeringai sakit. Dalam masa yang sama dia ketawa bebas. "Sukalah tu."
Elaina geleng kepala dan tinggalkan Izzah di belakang. Malas aku nak layan kau.
YOU ARE READING
Saya Pilih Awak!
Teen Fiction* P E R T A M A * Kehidupan Elaina Amanda sebelum ini memang sangat indah apabila hati sudah dimiliki dengan ikatan tali pertunangan tetapi apabila si dia melukai hatinya, dia sudah tekad yang dia takkan bercinta lagi. Hatinya sudah mati. Kehadiran...