Siling bilik tidur dipandang. Renungan yang dalam membuatkan fikirannya berada di alam lain. Fikiran yang membuahkan banyak persoalan.
Dia okay ke? Trauma ke? Badan dia ada lebam-lebam ke? Yang paling penting, mental dia okay ke?
Kepala dikusutkan. Telefon dipandang ke sebelah. Nak telefon lagi, takut dia kata aku busybody pula.
Aisy bangun. Eh jap, kenapa aku yang melebih risau ni. Dia sendiri kata yang dia okay. Kau tak payah nak overacting lah Aisy. Kepala digelengkan beberapa kali cuba menghapuskan bayangan Elaina sebentar tadi di stor.
Penumbuk digempalkan. Kalau aku jumpa si pelaku, memang siap aku kerjakan. Kau tengoklah nanti.
• • •
Selepas seminggu Elaina dan Rayyan putus tunang, bermacam-macam versi cerita Elaina dengar dari mulut orang kampung.
Elaina dah pecah dara lah. Elaina dah tak laku lah. Rayyan tinggalkan Elaina sebab Elaina kena rogol lah. Itu boleh diterima lagi, ada yang cakap Elaina ni akan jadi anak dara tua sebab tak ada siapa nak orang yang sudah ditebuk tupai.
Wah... Wah... Wah... Sesedap tiga rasa kau cakap aku macam tu. Aku akan buktikan yang aku takkan jadi anak dara tua. Wait and see!
Daripada memikirkan benda yang tak berguna, baik aku pergi panaskan enjin kereta. Besok dah nak balik rumah sewa.
Elaina berjalan ke beranda rumah. Kunci dikeluarkan dan menekan punat hijau di kunci kereta. Tet...
Pintu di pemandu dibuka. Elaina masuk ke dalam. Kunci dimasukkan dan mula untuk panaskan enjin.
Brrkreighhkkkk... Brrkreighhkkkk... Brrkreighhkkk...
Elaina panik. Asal tak boleh pula ni. Dah rosak ke? Adui, janganlah. Tengah hujung bulan ni. Cuba sekali lagi.
Hasilnya sama juga. Adui, macam mana nak balik ni. Kereta tak hidup. Elaina keluar dan buka enjin kereta. Fuh, berasap bhai. Terbatuk Elaina dekat situ.
Elaina pandang enjin kereta. Kepala digaru. Manalah aku tahu pasal kereta ni. Satu jadah apa pun aku tak tahu. Macam mana ni. Ha abang! Mesti abang tahu. Abang di ruang tamu ditarik sehingga ke tempat keretanya.
"Bang, cuba tengok kereta ni. Apa yang tak kena?" Elaina bercekak pinggang depan kereta.
Sempat abang Izul bagi jelingan super maut. Seram gitu. Abang Izul melihat enjin kereta, belek-belek sikit then cuba start. Tetap tak boleh juga.
"Tak boleh ni El, kau kena hantar kedai."
"Aduii... Agak-agak bila boleh siap?"
"Mengikut pengalaman abang selama dua tahun bekerja di bengkel kereta, abang rasa seminggu baru siap."
"Seminggu?!" jerit Elaina.
"Abang biar betul?" kata Elaina dengan nada sedih.
"Habistu macam mana El nak balik rumah sewa ni?" Elaina meraup wajah. Banyak betul dugaan dia lalui. Haihh...
"Kau balik besok kan?" soal abang Izul.
Elaina mengangguk. "Kenapa bang? Nak hantarkan El balik ke?"

ANDA SEDANG MEMBACA
Saya Pilih Awak!
Teen Fiction* P E R T A M A * Kehidupan Elaina Amanda sebelum ini memang sangat indah apabila hati sudah dimiliki dengan ikatan tali pertunangan tetapi apabila si dia melukai hatinya, dia sudah tekad yang dia takkan bercinta lagi. Hatinya sudah mati. Kehadiran...