Part 1

2.2K 48 0
                                    

Kelihatan seorang gadis berusia 16 tahun masih terbaring di atas katil. Jarum jam sudah menunjukkan pukul 11.15 pagi. Sungguh tidak sopan plus tidak boleh dijadikan menantu. Jam penggera sudahpun di atas lantai, berkecai. Kenapa? Sudah dihumban sendiri oleh tuannya.

     "Erghh.." gadis itu terus meregangkan tangannya selepas hampir 12 jam tidur. Gadis itu ingin tidur semula tetapi terus membatalkan niatnya kerana teringat akan janji yang harus ditepati. Gadis itu terus menuju ke bilik air yg sudah tersedia di dalam biliknya sambil membawa tuala yang berwarna ungu.

     Gadis itu terus melihat ke arah cermin di dalam bilik air dan terus berkata,"Haih, kau ni manusia ke zombi wahai Cassandra Evaline?" apabila melihat wajah sendiri di hadapan cermin. Rambutnya kusut-masai kalah orang gila yang duduk di tepi jalan.

     Ya, gadis ini bernama Cassandra Evaline atau nama panggilannya, Sandra. Gadis yang popular dan elegan serta cantik di sekolah tetapi kalah zombi dan orang gila kalau di rumah. Setelah siap memakai gaun pendek berwarna hitam serta memakai make up seperti lipstick dan eye shadow dan sedikit bedak, dia terus mencapai telefon dan beg tangannya.

     Setelah dia keluar dari biliknya, dia memandang sekilas jam tangannya. Jam sudah menunjukkan pukul 11.55 pagi. Dia terus bergegas ke ruang tamu untuk keluar melalui pintu masuk utama rumahnya. Beberapa orang pembantu rumah memberi ucapan "selamat pagi" kepada Sandra.

     Sandra hanya mengangguk dan tersenyum nipis. Sekarang, Sandra bukan lagi seperti orang gila yang bertempiaran, malah kelihatan seperti bidadari yang baru jatuh dari langit! (Ilustrasi gaun pendek Sandra ialah gambar diatas📣)

     Sandra segera menuju ke arah kereta BMW berwarna putih milik kakaknya, Caroline Lyxander atau nama panggilannya, Carol. Kakaknya tiada di rumah, jadi dia menggunakan kesempatan ini untuk menggunakan kereta BMW itu untuk memudahkan perjalanannya untuk ke kafe milik kawannya dan pulang semula ke rumahnya.

🌸🌸🌸

Setelah sampai di kafe milik kawannya, dia memarkir keretanya di parking lot yang disediakan dan terus masuk ke dalam kafe tersebut. Tidak sampai seminit, dia telah menjadi pusat tumpuan hampir 101% orang di dalam dan di luar kafe tersebut kerana keanggunannya itu.

     "Hai Sandra. Amboi, bukan main cantik kau hari ni. Nak jumpa pakwe ke?" usik Ratna, rakan semenjak kecil Sandra setelah duduk di hadapannya.

     "Mana ada. Malaslah aku nak bercinta sekarang. Cinta monyet!" Sandra mencebik.

     "Alah, takkan kau tak berkenan dekat sesiapa di sekolah kita? Ethan pun kau tak minat ke?" tanya Ratna berbaur usikan.

     "Hm, Ethan? Ketua pengawas yang terkenal plus handsome tu ke?" tanya Sandra berpura-pura tidak kenal akan Ethan.

     "Yelah! Ethan mana lagi? Dahlah handsome, baik, sweet-talker, gentleman, kaya..arghh! Memang tip top lah." Ratna kelihatan seperti dilamun cinta. Sandra tergelak.

     "Kau kata lah kat Ethan yang kau suka dia, tengok dia accept ke tidak. Kalau dia reject, jumpa aku. Biar aku kasi habis lebam muka dia." kata Sandra berbaur usikan.

     "Eh! Aku pulak. Aku sponsor dekat kau. Bukan dekat aku. Takkan kau tak suka dia kot?" Ratna membuat muka comel. Aku segera membuat rolling-eyes. Tidak sempat aku membalas, ada seorang lelaki meletakkan hot chocolate special dan lemon tea di atas meja dengan berhati-hati.

     "Thank you." aku memberikan sekuntum senyuman semanis lolipop kepadanya. Lelaki itu hanya mengangguk dan pergi dari situ.

     "Well, cepatlah! Takkan kau tak suka Ethan kot?" tanya Ratna yang jelas menggesa Sandra untuk menjawab soalannya.

     "Ethan eh? Well, aku suka dia as a friend je. Tak lebih tak kurang. Dia selalu bantu aku angkat barang." jawab aku bersahaja.

     "Hm? Angkat barang? Bukan angkat kau?" Ratna memberikan senyuman yang agak sinis.

     "Kepala hotak kau? Aku ni bukannya anak patung yang ringan tu. Walaupun kau tengok aku macam ni, aku tetap berat. Semalam aku timbang, berat badan aku naik 2kg tau!" balas aku.

    "Alah, setakat 2kg pun kau dah macam berat badan kau naik 20kg. Relax ah, 2kg je kot." Ratna menghirup lemon tea  yang dipesan olehnya.

     "Hm, tapi still naik. Kalau dah naik, susah nak turun!" aku mencebik. Nilah masalah perempuan. Naik berat badan. Pergh, macam mimpi ngeri.

     Setelah berbual kosong campur gosip bersama Ratna, Sandra terpaksa pulang. Sudah pukul 2.00 petang. Setelah membayar minuman kami (well, Sandra yang belanja), Sandra terus menuju ke arah kereta BMW kakaknya.

🌸🌸🌸

Setelah sampai di rumahnya, Sandra segera duduk di atas sofa di ruang tamu. Dia mengeluarkan telefon dan membuka group chat di What'sup.

Ikha cute🐾
Weii, ada dengar tak pasal budak baru yang akan masuk sekolah kita minggu depan? Aku dengar cantik orangnya.

Ratna bff😪
Betul ke? Sandra! Kau akan ada pesainglah untuk menakluki hati Putera Ethan, cewahh😏

Me😈
Haih, kan aku dah kata..aku tak suka Ethanlah! Biarla budak baru tu pikat Ethan. Aku tak kisahlah.😜

Ikha cute🐾
Haha, well..baik kau jaga Ethan kau tu Sandra😇

Me😈
Kan aku dah kata, aku tak suka Ethanlah!🙉

Ratna bff😪
Haha, just nak ingatkan jelah. Kalau budak baru tu cantik macam yang diorang kata, mesti dia akan gantikan tempat kau sebagai 'the famous girl' kat sekolah kita.

Ikha cute🐾
OMG. Gila ah.. Hati-hati Sandra. Nampaknya, kau kena jadi lebih menarik lepas ni supaya budak baru tu tak gantikan tempat kau!😮😤

Me😈
Okay Ikha..okay Ratna. Aku takkan sesekali biarkan budak baru tu jadi pengganti tempat aku. N.E.V.E.R!😣

Sandra segera meletakkan telefom aku di atas meja. Sambil menonton tv, Sandra terfikir..siapalah perempuan yang dikatakan 'cantik' sangat tu? Hm, secantik manapun perempuan itu, Sandra tidak akan memberi dia menjadi penggantinya.

Tbc🌸

Okay guys, so this is my second story after 'Biar Apa Pun.. Kau Jua Di Hati'. Cerita ni lain sakit dari cerita tu. Well, okay lah setakat ni sahaja dulu. Okay guys, please vote~~~ tak memaksa just mintak sikit. Sedekah kan dapat pahala😂 comments are allowed!📣

#955 words

EmiDraWhere stories live. Discover now