Part 13

689 23 0
                                    

=Emilia's POV=

Aku memandu menuju ke rumah aku dengan pelbagai soalan di dalam minda. Cepat-cepat aku menepis rasa ragu-ragu terhadap Sandra. Mungkin hanya pelanduk dua serupa? Aku mengeluh. Setelah sampai di rumah sewa aku, aku keluar dari kereta. Alangkah terkejutnya aku apabila melihat pintu pagar sudahpun terbuka. Pencuri masuk ke? Macam mana?

     Aku berjalan masuk ke rumah dengan berhati-hati. Aku turut mengambil sebatang penyapu yang tersandar di dinding. 'Pencuri' itu sedang berada di bilik aku. Dari belakang, nampaknya itu seorang perempuan.

     "Woi!" jerit aku. Perempuan itu terus berpaling."Tasya? Apa kau buat kat dalam bilik aku ni? Wait..macam mana kau masuk? Kau guna kunci pendua eh?" tanya aku sangsi.

     "Arr..arr..ahm..a..aku..aku saje je..ahaha, nak check..ahm.." kata Tasya, anak Mak Cik Julia tergagap-gagap.

     "Eh, baik kau blah sekarang sebelum aku hayun batang penyapu ni dekat kepala kau. Dah lah masuk tak mintak izin." ujar aku sambil mencebik. Dia terus keluar dari bilik aku dengan pantas. Aku menggeleng-geleng. Tiba-tiba aku terperasan sesuatu.

     "Wait..mana duit sewa rumah?" aku terus mencari di atas meja dan di dalam laci. Tiada."Aku rasa aku letak atas meja je. Ni mesti Tasya..oh God." aku terus duduk di atas katil aku sambil meletakkan beg aku di atas meja manakala beg sekolah di tepi katil.

     "Mampus..apa aku nak kata dekat Mak Cik Julia ni? Nak kata anak dia curi? Mati hidup balik dia takkan percaya..kecualilah aku ada bukti. Haish." bebel aku seorang diri. Selepas hampir 15 minit aku memikirkan tentang hal itu, aku terlelap.

=SKIP=

Aku terbangun dari tidur. Keadaan agak gelap. Aku terus bangun dan membuka suis lampu. Aku menggeliat sedikit lalu memandang jam dinding. Pukul 2.15 pagi?

     "Hm..kalau aku tidur balik, confirm aku bangun pukul 7-8 pagi. Tak payah tidurlah. Pukul 5 aku mandi. So, still ada masa untuk rest-kan badan sebelum pergi ke sekolah." bebel aku seorang diri. Tiba-tiba aku teringatkan sesuatu. "Waitt..duit sewa rumah? Aduh..nasib aku ingat lagi tentang tu. Nak pinjam dengan siapa eh? Hm.." aku terus duduk di atas katil sambil memikirkan hal itu. Dulu, aku biasanya pinjam dengan Amyra. Sekarang aku dah tak ada sesiapa yang dekat dengan aku.

     "Sandra? Tapi..dia nak ke pinjamkan duit RM300 dekat aku? Banyak kot. Tak tak tak..aku tak nak susahkan dia. Nanti orang kata aku ambil kesempatan pulak." bebel aku seorang diri lagi. Beberapa jam sudah berlalu. Aku terus mengambil tuala dan menuju ke arah bilik air.

=SKIP=

Setelah selesai memakai pakaian sekolah, aku terus mengambil beg sekolah dan memikulnya. Aku keluar dari rumah dan terus membuka pintu pagar dan menguncinya semula.

     Setelah 15 minit berjalan kaki, barulah aku sampai di sekolah. Aku terus menuju ke arah kelas aku. Sesampai sahaja aku di sana, aku melihat jam tangan aku. Pukul 6.23? Not bad. Rekod terbaru ni.

     "Eh? Awal sampai." kata seseorang. Aku terus menoleh. Sandra sedang memegang sebatang penyapu. Oh, dia bertugas hari ni. Patutlah datang awal.

     "Oh, saja je. Malas nak buang masa kat rumah." kata aku sambil meletakkan beg sekolah di atas kerusi. Sandra mengangguk lalu menyambung kerjanya.

     "Awak dah tahu kan yang hari ni result exam keluar?" tanya Sandra yang sedang menyapu.

     "Ha? Oh..tahu, nasib kau ingatkan. Kalau tak, memang lupalah jawabnya." kata aku.

     "Hehe!" kata Sandra sambil tersengih. Setelah Sandra siap menyapu, barulah beberapa orang pelajar mula masuk ke dalam kelas.

     Setelah perhimpunan tamat, aku rasa berdebar pula. Aku dan beberapa orang pelajar yang lain terus masuk ke dalam kelas untuk mendapatkan result exam kami semua.

     "Okey, semua dah ada kat sini? Baiklah. Sekarang cikgu akan umumkan result exam kamu semua secara 'random'." kata Cikgu Farisya. Semua murid nampak teruja untuk menerima result exam masing-masing...kecuali Sandra. Dia nampak biasa sambil bermain-main dengan penselnya.

     "Nurin Damia!" panggil Cikgu Farisya. Damia terus berdiri lalu berjalan ke hadapan kelas untuk menerima result exam-nya. Dia kembali dengan senyuman di bibir.

     "Dapat nombor berapa?" tanya seatmate Damia.

     "Nombor 5!" kata Damia sambil tersenyum gembira.

     "Cassandra Evaline!" panggil Cikgu Farisya. Sandra terus berdiri lalu berjalan ke hadapan kelas dengan langkah longlai untuk menerima result exam-nya.

     "Syabas!" kata Cikgu Farisya. Hm? Dia dapat nombor berapa?

     "Kau dapat nombor berapa?" tanya aku setelah dia kembali duduk di tempatnya.

     "Nombor 1." kata Sandra sambil mencebik.

     "Wow, tahniah. Asal kau tak nampak happy pun?" tanya aku pelik.

     "Aish..aku tahu aku mesti akan seri ataupun nombor dua dalam kedudukan sebenar." kata Sandra sambil mengeluh. Seri?

     Setelah semua murid mendapat result exam masing-masing, Cikgu Farisya bersuara.

     "Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua. Untuk exam kali ni, 100% lulus!" kata Cikgu Farisya. Terus bergema kelas dengan bunyi tepukan dan sorakan. Well, aku dapat nombor 2. Boleh la.

=SKIP=

Loceng yang menandakan waktu rehat sudah berbunyi. Aku dan Sandra terus keluar dari kelas untuk ke dewan bagi melihat keputusan exam di papan kenyataan. Benar kata Sandra. Dia seri dengan seorang pelajar yang bernama 'Ethan'. Mereka berdua mendapat nombor 1.

     "Humph! Nasib handsome." ujar Sandra sambil mencebik.

     "Ha? Handsome? Kau suka dia eh?" usik aku.

     "Nope! Tapi ada orang kata dia suka aku~~" kata Sandra.

     "Kau ni...peliklah. Kadang-kadang guna 'saya-awak'. Pastu guna 'aku-kau'..senang-senang guna 'aku-kau' jelah!" kata aku. Dia tersengih sengih.

    "Okay okay, jom pergi kantin~" ujarnya sambil menarik tangan aku. Tiba-tiba muncul seorang lelaki.

Tbc🌸

Bukannya xnk update, tapi xde idea lol. Jadi diminta bersabarla ye~ kalau ade sape-sape mempunyai 'idea' untuk bab seterusnya, boleh PM author terus. Don't worry, I won't bite you.

#923 words

EmiDraWhere stories live. Discover now