=Sandra's POV=
Hari Sabtu. Hari yang sangat membosankan bagi aku. Lagi-lagi bila tahu yang Carol terpaksa ke Australia. Kawan dia yang suruh. Mommy dan daddy macam biasa, busy memanjang. Aku di rumah hanya sendirian. Nampak lonely sangatlah. Haha. Sakit pinggang aku sudahpun hilang akibat jatuh katil tempoh hari.
Aku sedang berada di atas sofa di ruang tamu sambil menonton televisyen dan makan buah epal hijau. Itu je yang ada. Sarapan pagi sebenarnya sudah tersedia tapi aku terlalu malas mahu bergerak. Aku mengambil telefon aku dan mencari nama 'Emilia'. Akibat malas mahu menaip, aku terus menekan butang 'call'.
Emilia: hello?
Me: ahaha, saya yang call, awak yang greet first..ahahaha
Emilia: asal kau call aku?
Me: oh, takdelah. Hari ni kan cuti. Tak bosan ke? Btw, awak kat mana sekarang?
Emilia: kat rumahlah.
Me: kalau macam tu, datanglah kat rumah saya.
Emilia: aku tak tahu rumah kau kat mana, bodoh.
Me: oh, tak tahu. Kalau tak tahu, tanyalah bodoh :v
Emilia: eh kau ni..
Me: okay dah dah. Nanti saya send location. Datang je. Lagipun awak kan duduk sesorang. Apa salahnya kalau tinggal dengan saya. Saya pun duduk sesorang jugak.
Emilia: ish, aku malaslah. Tak paham bahasa melayu ke?
Me: datang atau...
Emilia: atau apa?
Me: saya bagitau semua orang yang awak kerja dekat Kafe Emerald. Bye.🌸🌸🌸
=Emilia's POV=
"Woi kau jangan...." tak sempat aku meneruskan kata-kata aku, bunyi 'tutt tutt' berbunyi. Aku menarik nafas panjang sebelum menghembusnya kasar. Kalau dia berada di hadapan aku, sudah lama dia diterajang oleh aku.
Aku bangun dari katil lalu pergi ke arah almari di bilik aku. Setelah siap memakai pakaian yang dipilih, aku mengambil beg tangan aku yang berwarna putih lalu mengambil kunci kereta aku. Aku turut membawa beg sekolah aku untuk menyiapkan kerja sekolah yang ada. Setelah siap mengunci semua pintu, tingkap dan lain-lain, aku keluar dari rumah.
"Kau nak ke mana ni?" aku terus memandang ke hadapan. Kelihatan seorang wanita berumuran 50-an dengan muka yang bengis.
"Nak keluar kejap, Mak Cik Julia. Jumpa kawan." kata aku dengan sopan. Malas aku nak melayan wanita ini. Nama sudah cantik, malangnya perangai tak berapa baik.
"Oh, jumpa kawan. Ha, aku datang sini nak ingatkan je. Esok kau jangan lupa pulak eh. Bayar sewa rumah. Jangan tak balik pulak. Kalau tak, siap kau. Aku akan cari kau sampai ke lubang cacing." kata Mak Cik Julia lalu pergi. Aku mengeluh. Duit sudah ada. Jadi aku tak risau sangat pasal tu.
Aku masuk ke dalam kereta Myvi milik aku. Well, ni hadiah dari Kak Su. Kak Su bukan kakak aku, dia penjaga Rumah Anak Yatim Melati. Aku keluar dari rumah anak yatim tu waktu berumur 13 tahun. Macam mana aku boleh drive kereta? FYI, aku belajar drive kereta waktu umur 10 tahun. So, aku dah arif dengan hal-hal kereta ni.
Setelah hampir 30 minit atau setengah jam memandu, barulah aku jumpa rumah Sandra. Besar? Memang besarlah! Siap ada taman bunga lagi kat halaman rumah.
"Adik nak jumpa siapa ya?" tanya seorang perempuan. Aku memandang perempuan itu.
"Awak kakak Sandra ke?" tanya aku. Raut mukanya kelihatan terkejut.
"Ah..ahm..adik nak jumpa Cik Sandra ke? Cik Sandra ada kat dalam. Masuklah. Saya bukan kakak dia, saya pembantu rumah je kat sini." kata perempuan itu. Aku terlopong. Wow, siap ada orang gaji.
"Oh...okay, terima kasih." kata aku lalu masuk ke dalam rumah tersebut. Aku terpegun apabila melihat perabot-perabot mewah di situ.
Dari permaidani ke candelier, pasu ke lukisan abstrak berbingkai emas, semuanya kelihatan mewah, eksklusif dan mahal. Aku tertelan air liur. Sandra ni memang dilayan macam puteri dalam kisah dongeng ke apa? Aku melihat seorang perempuan sedang mengelap tingkap.
"Ahm..tumpang tanya kak.. Sandra kat mana sekarang ni eh?" tanya aku.
"Oh.. Cik Sandra rasanya sedang berehat di bilik..adik naiklah tangga, bilik ketiga dari kanan tu bilik dia." kata perempuan itu sambil tersenyum ke arah aku.
"Oh..terima kasih kak." kata aku. Aku terus menaiki tangga untuk ke tingkat dua. Seriously, tangga pun cantik. Aduh, kalau aku ditakdirkan lahir dalam keluarga kaya macam ni, memang bertuahlah aku. Tak payah kerja, tak payah fikir tentang bil air, bil elektrik dan sebagainya. Aku mengetuk pintu bilik Sandra.
"Siapa tu? Kak Tina ke? Sorry-lah kak, saya tengah busy ni. Boleh tak-"
"Ni bukan Kak tina, ni aku. Cepatlah bukak pintu. Ke kau nak aku pergi balik?" tanya aku. Tiba-tiba pintu terus dibuka.
"Oh, awak rupanya." kata Sandra. Dia terus memandang ke kanan dan kiri. Tiba-tiba dia menarik lengan aku untuk masuk ke dalam. Aku mahu marah, tapi bilik dia buat aku terpukau. Warna biru laut. Meja study ada tepat di tepi rak buku. Buku penuh tersusun rapi di rak buku tersebut. Mesti mahal. Desis hati aku.
"Duduklah dulu atas katil saya. Saya nak keluar jap." kata Sandra lalu keluar. Aku memandang katilnya. Layak ke aku duduk di situ? Aku duduk di sisi katil. Empuk. Ni ke tempat dia tidur setiap hari? Best-nyaaa. Aku menepuk-nepuk cadar yang berwarna biru itu. Cantik sangat! Aku meletakkan beg sekolah aku di tepi katil.
"Okaaaaay, ni untuk awak." kata Sandra yang tiba-tiba masuk ke dalam biliknya. Jus oren?
"Ah..terima kasih." kata aku janggal sambil menerima jus oren yang di bawa olehnya. Tiba-tiba aku teringatkan sesuatu.
"Wait..macam mana kau tahu yang aku kerja kat Kafe Emerald?" tanya aku direct. Malas nak berdalih. Sandra kelihatan seperti ketawa kecil.
"Saya tipu je." katanya tanpa sebarang emosi. Ha? Tipu? Wait..aku kena tipu?!
"Apa?!" aku terus bangun.
"So, sekarang baru saya tahu siapa yang take order saya dan rakan-rakan kat Kafe Emerald hari tu. Awak kan?" tanya Sandra.
"Heh..dah terang lagi bersuluh kau dah tahu, asal kau tanya lagi?" tanya aku. Aku terus meneguk jus oren yang ada di tangan aku.
"Hahaha..nak confirm-kan je." kata Sandra. Aku hanya 'meng-hmm-kan' sahaja. Tiba-tiba pintu bilik diketuk.
"Ya? Siapa tu?" tanya Sandra sambil melihat ke arah pintu tanpa membuat apa-apa.
"Ni Kak Tina. Akak nak bagitau yang sepupu Cik Sandra datang." kata suara itu. Ha? Sepupu?
"Ha? Sepupu?" tanya Sandra. Wait, fikiran kitorang sama ke?
"Ya. Cik Arianne dan Cik Emilda datang." kata suara itu. Okay, nama-nama tu langsung tak familiar. Aduh, menyesal aku datang. Aku malas nak berjumpa dengan orang baru.
"Oh..budak dua ekor tu. Okay-lah, bagi je diorang naik atas. Malas lah nak layan diorang tu." kata Sandra selamba lalu menghempaskan diri di atas katil. Kalau katil ni kayu, mungkin patah dah kot.
"Kau kata tak nak layan sepupu-sepupu kau tu, tapi kau still let diorang masuk bilik kau?" tanya aku tak puas hati.
"Ha? Ala, it's okay-lah. Tak payah layan diorang tu. Anggap macam anak beruk terlepas je." kata Sandra selamba lagi.
Tiba-tiba dia menarik tangan aku, aku yang still 'blur' tak sempat nak tahan lalu terjatuh di atas katil. Position sekarang, Sandra sedang menghempap aku. Waktu itu juga pintu dikuak.
Tbc🌸
Okaaay, so enjoy~ got no words to say duh- hope ya'll like it lah. UwU
#1172 words
YOU ARE READING
EmiDra
RomanceWarning! This is Girl×Girl story.. Siapa tak suka, sila berambus uwu Sandra Evaline x Emilia Fionatasha ~silakan vote dan komen📣~ #this is not a lesbian story, it's just 'bromance' for girls version. ^^ #diselitkan juga babak-babak 'romantik' antar...