Part 3

971 27 0
                                    

Setelah loceng yang menandakan waktu balik sudah tiba, semua murid terus mengemaskan apa yang patut. Sandra juga begitu. Sesekali, dia melihat gadis di sebelahnya yang seperti 'bisu' itu.

     "Ahm..Emilia, right?" tanya Sandra tiba-tiba. Dia cuba untuk memulakan 'conversation' dengan Emilia.

     "Hm? Rasanya dah intro pagi tadi, takkan dah tak ingat kot?" bidas Emilia. Sandra kelu.

     "Ahm, ingatlah. Saje je tanya. Hehe, saya Cassandra, tapi boleh panggil Sandra je." kata Sandra sambil menghulurkan tangan untuk 'berjabat tangan'. Huluran Sandra tidak berbalas.

     "Tak tanya pon." bidas Emilia sekali lagi. Sandra sudah mengetap gigi. Sekarang, hanya tinggal dia, Emilia dan Ikha sahaja.

     "Yaa, saya tahu awak tak tanya. Saya hanya nak bagitau je." kata aku bersahaja.

     "K." kata Emilia yang ingin keluar dari kelas. Setelah Emilia keluar, Sandra mencebik geram.

     "Eeeii..Ikha, nampak tak tapak kasut aku ni?" tanya Sandra geram.

     "Nampak,nampak." balas Ikha sambil tersenyum kekok.

     "Aku harap tapak kasut aku ni akan melekat dekat pipi dia nanti." azam Sandra.

     "Hish, apa-apa jelah. Jom kita pergi." ajak Ikha. Aku hanya menurut.

🌸🌸🌸

     "Aish..why today is so hot, huh?" tanya Sandra kepada Ikha. Ikha pelik. Dia rasa sejuk je. Sekarang, mereka berdua sedang berada di dalam kereta Carol. Memang menjadi hobi Carol untuk menghantar dan mengambil Sandra dari sekolah jika dia tidak bekerja.

     "Hah? Panas? Aku rasa sejuk je. Air-cond ni tak cukup sejuk ke bagi kau?" tanya Ikha pelik.

     "Ikha! Not that! Yea, I feel cold enough now, but still hot when remembered about my conversation with that bitxh, Emilia!" kata aku geram.

     "What happened today girls?" tanya Carol. Sandra terus melihat ke arah kakaknya yang sedang tekun memandu.

     "Today, we've got a new student in our class. When the class ended, I tried to start a conversation with her, but..arghh! She's rude AF." kata Sandra. Dia melepaskan keluhannya. Carol tersenyum.

     "Hm? Maybe she had some problem, so she didn't want to talk with anyone." kata Carol. Sandra menghadam percakapan kakaknya dan akhirnya mengangguk. Ada betulnya juga.

     "Okay, we've arrived at your home, Ikha." kata Carol sambil tersenyum.

     "Oh, okay. Thanks, sis. See ya, Sandra." kata Ikha.

🌸🌸🌸

Setelah sampai di rumah mereka, Sandra terus menuju ke biliknya dan merebahkan badannya di atas katil empuknya. Setelah 15 minit membaringkan diri di atas katil, dia mengambil tualanya dan masuk ke dalam bilik air. Selepas mandi, dia memakai baju t-shirt berwarna hitam ber-caption 'love your life!' dan seluar jeans berwarna biru yang pendek.

     Rambutnya yang panjang diikat gaya 'ponytail'. Setelah itu, dia keluar dari biliknya untuk makan. Tiada sesiapa di meja makan. Ibunya sibuk menguruskan butiknya, ayahnya sibuk dengan perniagaannya manakala Carol berada di dalam bilik. Mungkin sedang sibuk membaca novel.

EmiDraWhere stories live. Discover now