Part 26 (Epilogue)

793 33 7
                                    

     ||10 tahun kemudian||

     =Emilia's POV=

Betullah kata orang. Cinta pertama akan tetap berada di hati walaupun ia menyakitkan. Sekarang aku merupakan seorang doktor di London. Beberapa minggu yang lepas, aku mendapat tahu yang Sandra telahpun selamat melahirkan anak keduanya bersama Que, abang angkat aku.

     Anak pertama mereka adalah seorang perempuan bernama Fiona. Aku tak tahu itu merupakan singkatan dari nama aku ataupun apa ('Fiona'tasha). Anak kedua ini pula adalah seorang lelaki. Nama yang diberikan adalah Daniel.

     Wajah Fiona amat mirip dengan wajah ibunya. Sejuk hati aku melihat wajahnya yang berumur 3 tahun itu. Walaupun hanya 3 tahun, Fiona telahpun menjadi model pakaian kanak-kanak kerana wajahnya yang sangat comel itu.

     Macam mana dengan aku? Aku masih bujang walaupun sudah berumur 26 tahun. Entah kenapa aku masih tidak mahu memikirkan hal perkahwinan walaupun sudah berumur sebegini. Sejujurnya, aku masih tidak dapat melupakan cinta pertama aku.

    =flashback=

     "Hai! Apa nama awak?"

     "...Eva."

     "Oh. Nama saya Mimi. Selamat berkenalan!"

     =

     "Kenapa awak selalu main sorang-sorang?"

     "Sa..saya takde kawan."

     "Siapa kata? Saya boleh jadi kawan awak tau! Mulai sekarang, kita sahabat, okey?"

     "S..sahabat?"

     "Ye, sahabat!"

     =

     "Eva, besar betul rumah awak. Bestnya."

     "M..mana ada. Biasa je ni."

     "Awak patut bersyukur tau sebab awak masih ada ibu bapa awak. Bukan macam saya.."

     "E..eh. Awak masih ada saya!"

     "Awak janji takkan tinggalkan saya?"

     "J..janji!"

     =

     'Eh? Itu bukan ke kereta ayah Eva? Diorang nak ke mana tu? Eh, kenapa aku nak sibuk bagai? Tengok-tengok diorang nak ke kedai ke apa.'

     =

     Disebabkan perasaan yang bosan amat kerana Eva langsung tidak ke taman pada hari itu, aku membuat keputusan untuk pergi ke rumahnya.

     Sesampainya di rumah Eva, aku lihat rumah itu tidak berpenghuni. Aku pelik. Lamanya mereka ke kedai. Setelah 10 minit aku cuba melihat ke dalam rumah mereka, aku membuat keputusan untuk bertanya kepada Mak Cik Anis.

     "Mak Cik Anis, ada nampak Eva tak?" aku terus bertanya kepada Mak Cik Anis setelah dia keluar dari rumah untuk menjemur kain.

     "Eva? Oh..dia baru je pindah, Mimi. Mereka pindah sebab ayah Eva naik pangkat." dahi aku berkerut. Pindah?

     "Pindah? Bila diorang nak datang sini lagi, Mak Cik Anis?" tanya aku.

     "Hm, kalau dah namapun pindah. Diorang dah takkan datang sini. Diorang stay kat rumah baru diorang lah."

     Entah kenapa aku rasa sesuatu yang tak pernah aku rasa sebelum ni. Rasa sakit yang amat sangat. Hati aku seakan berkecai. Aku akan tetap menunggu kau, Eva. Kau sahabat aku. Kau dah janji takkan tinggalkan aku.

     =

     2 tahun. 2 tahun aku menunggu Eva. Namun hampa, bayangnya pun aku tidak nampak. Sejak itu, aku berubah menjadi seorang yang pendiam dan cold.

     Aku sedar, aku tak tengok Eva sebagai seorang sahabat. Aku tengok dia sebagai seorang yang paling istimewa dalam hidup aku. Tanpa dia, hidup aku seakan tak bermakna. Inilah yang aku rasa sekarang.

     'Aku rindu kau. Tolong munculkan diri kau depan aku. Aku nak peluk kau. Aku janji takkan marah kau walaupun kau dah mungkir janji. Aku mohon..'

     =

     "Hai, Emilia. Mulai sekarang, Emilia boleh panggil aunty, mama." dahi aku berkerut. Aku terdiam seribu bahasa. Apa?

     "Emilia juga akan ada abang. Emilia jangan takut tau. You'll stay with us from now on." aku diam. Aku tak nak. Aku nak protes tapi aku tak boleh.

     Aku nak stay kat rumah anak yatim ni. Kalau Eva datang, aku boleh berjumpa dengan dia semula.

     =

     Menjadi seorang anak angkat kepada seorang dato' dan datin bukanlah perkara yang aku impikan. Yang aku impikan adalah berjumpa dengan Eva. Eva, kat mana kau sekarang? Aku betul-betul rindukan kau. Kau cinta pertama dan terakhir aku.

     =

     Sekarang aku berumur 13 tahun. Bersekolah di SMK Elit Victoria menemukan aku dengan Amyra. Setelah aku tahu Amyra ni bisexual, aku cubalah tackle dia ni. In the end aku break dengan dia just sebab aku tak boleh nak belikan dia beg jenama gucci.

     Seriously? Aku dah belikan dia macam-macam kot. Pakaian, kasut dan telefon. Semua aku dah beli. Aku menyesal sangat sebab dah couple dengan dia ni. Dasar mata duitan! Materialistik.

     =

     Makin lama, aku makin stres. Aku memang sayangkan Amyra. Tapi aku lebih sayangkan Eva. Disebabkan terlalu frust, aku minta mama untuk pindahkan aku ke Sekolah Menengah (PaL) St. Andrew untuk lupakan segala perih yang aku rasakan.

     =Flashback End=

     Di Sekolah Menengah (PaL) St. Andrew lah aku bertemu dengan Sandra, gadis diva dan happy-go-lucky person. Aku sungguh tak menyangka bahawa dia adalah Eva yang aku cari selama ni. Perangai dan sifat dia sudah amat berbeza dari dulu. Walau bagaimanapun, dia tetap Eva. Cinta pertama dan terakhir aku.

     Kerana dialah aku masih belum membuka hati aku untuk sesiapa. Qina? Tahun lepas, dia telahpun berkahwin dengan lelaki yang aku ingat Chinese tapi islam tu. Tak ingat? Sila rujuk bab 16, haha. Nama dia, Aden. Mereka secocoklah atas pelamin tu.

     Zulaikha? Well, dia ni memang kuat jealous dan manja. Kalau boleh aku nak je cekik dia ni. Aku tak tahu dia kat mana sekarang. Yang aku tahu, dia trigger gila 2 tahun lepas selepas tahu yang Ratna akan berkahwin dengan Ethan, lelaki pujaan hatinya.

     Aku tak tahu siapa jodoh aku dan kalau boleh, aku tak nak tahu. Perasaan aku masih lagi terhadap Sandra a.k.a. Eva. Aku cuba mengubahnya tapi aku tak mampu. Aku tahu perasaan itu salah kerana Sandra telahpun berkahwin. Dengan abang angkat aku pulak tu. Tapi nak buat macam mana, kan?

     Eva a.k.a. Sandra akan tetap menjadi cinta pertama dan terakhir aku. Hanya dia.

The End🌸

Jadi, tamatlah alkisah 'EmiDra'. Huhuhu, author malas dah nak sambung sebab tu author tamatkan terus. Bukan apa, takut..makin sambung, makin hambar 😢😂

Welp, akhir kata, harap semua enjoy baca EmiDra ni. K tahu, cerita ni hambar. So sorry. Since cerita ni, my first story so, please maafkan, huhu.

Thanks sebab sudi baca, wuv chu readers 😢❤

#957 words

EmiDraWhere stories live. Discover now