Part 6

787 29 0
                                    

=Sandra's POV=

Setelah selesai makan malam, aku terus menaiki tangga untuk ke bilik aku. Setelah sampai di tingkat atas, aku tiba-tiba disapa oleh Carol.

     "Hm? Kenapa nampak macam nak cepat je?" tanya Carol. Aku mengeluh sambil tersenyum kekok.

     "Takdelah. Cuma penat sikit. Tulah nak terus masuk bilik. Rehat sikit." kata aku sambil tersengih.

     "Oh, okey lah kalau macam tu. Lagipun, esok cuti kan? Ha, boleh la teman akak pergi shopping." ajak Carol. Alamak, matilanak!

     "Ehh? Esok cuti? Oh..betullah. Ahm, tapi dah janji dengan Ikha dan Ratna nak pergi Kafe Emerald." kata aku.

     "Kafe Emerald? Oh! Kafe yang baru buka tu? Ohh..okey lah kalau macam tu. Selamat malam." kata Carol lalu masuk ke dalam biliknya. Aku menghembus nafas. Fuh!

     Setelah itu, aku terus masuk ke dalam bilik aku. Aku mengambil telefon aku yang telah siap dicas. Wow, 100%. Aku tersengih. Nampaknya, tak tidur aku malam ni asyik main telefon je.

     "Hm..macam ada sesuatu yang aku lupa. Apa eh? Ahm..damn, apa yang aku tak ingat ni. Eh! Ha'ahlah..aku tak mesej Emilia lagi! Nasib ingat." kata aku. Aku terus berbaring di atas katil sambil mencari nama Emilia.

Sandra
Hii :)

Emilia
Hm, asal mesej aku?

Sandra
Eh?? Macam mana tahu yang ni saya..hebatnya '0'

Emilia
Gambar profil kau tu..asal mesej aku? Dah takde benda lain nak buat ke? -.-

Sandra
Erm, sebenarnya..saya nak ubah fikiran saya tentang nak pergi dekat cinema tu..

     "Eh?? Asal dia bluetick? Dia silap faham ke? Aduhh.." kata aku seorang diri.

Sandra
It's not like..saya nak cancel lah..cuma, biarlah saya yang ambil awak..lagipun, awak kan baru kat sini. So, maybe awak tak tahu kat mana cinema tu kan?

Emilia
Oh, k..hm, stop messaging me. I wanna sleep. Bye.

     "Hm? Okey.." kata aku seorang diri sekali lagi sambil membuat 'rolling-eyes'.

     Setelah itu, aku terus membuka Youtube. Aku hanya memuat naik video aku bermain gitar dan men-cover lagu je. Tapi, aku tak tunjuk muka aku. Malas nak tengok orang kritik. Sekarang ni, ramai orang yang penuh dengan 'jealousy'. Tiba-tiba aku rasa mengantuk. Aku melihat bateri telefon aku. Baru 99%. Damn. Aku bangun lalu meletakkan telefon aku di atas meja solek dan terus menutup lampu dan air-cond. Sejuk. Selepas itu, aku membaringkan tubuh aku dan menarik selimut. Aku terus melelapkan mata aku.

🌸🌸🌸

Aku membuka mata aku dan mencapai jam penggera yang baru dibeli oleh Carol. Aku melihat jam penggera tersebut. Pukul 8.51 pagi? Awal lagi rupanya. Aku terus bangun dari katil dengan muka mamai. Aku berjalan ke arah tuala aku dan mengambilnya lalu terus masuk ke dalam bilik air.

     Setelah siap memberus gigi dan mandi, aku keluar dari bilik air dengan bertuala. Aku membuka almari baju aku yang agak besar. Setelah 10 minit, aku memilih untuk memakai pakaian seperti di dalam gambar di atas.

     Selepas itu, aku hanya memakai bedak dan lipstick. Aku terus mengambil beg tangan aku yang bewarna putih lalu memasukkan beberapa barangan seperti telefon, tisu, dompet dan lain-lain.

     Aku terus menuruni tangga untuk makan sarapan pagi. Perut aku sudah berkeroncong sejak di dalam bilik air lagi. Setelah menyapa manusia-manusia yang terdapat di situ, aku terus duduk dan menikmati roti bakar + keju buatan Mommy. Ramai orang tidak tahu yang sebenarnya makanan kesukaan aku ialah keju dan mayonaise. Memang pelik bin benar kan? Haha.

     Aku terus meminta izin daddy untuk keluar. Seperti biasa, daddy akan membenarkan aku keluar. Bukan macam mommy yang akan bertanyakan macam-macam.

     "Ha, Sandra nak keluar kan? Hari ni akak kan nak pergi shopping, so akak akan guna Hilux je. So, Sandra boleh guna kereta BMW akak. Tapi, jangan cemarkan sudah." kata Carol. Aku tersenyum riang lalu memeluk Carol.

     "Thanks, akak! I love youu soo muuch." kata aku lalu mencium pipinya yang gebu.

     "No problem, untuk adik akak, semua boleh. Love you too. Hati-hati." kata Carol. Omg, Carol memang ibu kedua aku. Bukan sahaja baik, cantik pulak tu!

     "Hehe! Okay akak. Sandra gerak dululah. Bye~" kata aku sambil melambai kearahnya. Carol hanya tersenyum melihat karenah aku.

Tbc🌸

Okay, like always..vote and comments are always allowed by author~ uwu

#686 words

EmiDraWhere stories live. Discover now