Part 2

1.1K 37 0
                                    

     =Sandra's POV=

     "Hm.." aku bangun dan duduk di atas katil. Aku menggosok mata aku perlahan. Tangan aku ingin mencapai jam penggera yang terletak di atas meja di sisi katil tapi yang peliknya jam penggera itu tiada di situ.

     "Aik? Mana jam penggera aku ni? Wait..bukan ke aku..." aku terus berlari ke luar bilik setelah teringat insiden 'jam penggera berkecai' akibat aku sendiri. Aku melihat jam yang berada di dinding itu dengan mata terkebil-kebil.

     "Pukul 6.50 pagi? Oh..awal lagi rupa-- APA?!" alamak, nampaknya aku akan terlewat untuk ke sekolah pada hari ini. Dahlah hari ni hari Ahad. Matilah aku.

🌸🌸🌸

Setelah siap mandi dan menyolek muka, aku terus berlari ke meja makan. Kelihatan Carol, daddy dan mommy di situ. Makanan seperti sosej, salad dan roti bakar terhidang di atas meja.

     "Good morning mommy. Good morning daddy and good morning Carol!" aku segera duduk di tepi Carol dan terus makan roti bakar sebagai sarapan. Apabila aku menoleh ke arah jam yang di beli dari Perancis oleh daddy, mata aku terbeliak. Sudah pukul 7.13 pagi! Betul-betul mati aku hari ni.

     "Good morning too, Sandra. Hari ni biar akak yang hantar Sandra ke sekolah. Lagipun hari ni akak cuti." kata Carol.

     "Okay, sis." Carol hanya tersenyum ke arah aku apabila mendengar jawapan aku yang sangat ringkas serta padat. Carol sudah terbiasa dengan sikap aku yang ikut emosi.

🌸🌸🌸

Hari ni seperti biasa, aku akan ke sekolah dengan muka yang berseri-seri. Pelajar-pelajar perempuan sudah berbisik-bisik sesama sendiri tetapi tidak dipedulikan langsung oleh aku. (Nasib aku sampai awal kat sekolah sebelum pintu pagar ditutup😂)

     Tapi, yang aku pedulikan sekarang adalah pelajar perempuan baru yang dikatakan cantik oleh para pelajar Sekolah Menengah (PaL) St Andrew. Dari jauh, sudah kelihatan Zulaikha atau nama panggilannya, Ikha sedang melambai-lambai ke arah aku seperti budak kecil.

     Aku berjalan ke arahnya dengan senyuman yang tidak lekang di bibir. Sudah hobi aku senyum memanjang setiap pagi. Haha.

     "Good morning, Sandra." Ikha menyapa aku sambil tersenyum. Okay, aku perkenalkan Ikha dulu, orangnya tidak terlalu pendek tetapi lebih pendek dari aku. Kurus dan memiliki kulit yang putih. Cantik? Bolehlah tapi aku describe her as cute!

     "Good morning, Ikhaa." balas aku. Aku memandang sekeliling. Mencari Ratna. Ikha yang melihat gelagat aku sudah tahu apa yang ada di fikiran aku.

     "Ratna ada latihan bola jaring, so dia tak ada kat sini. Diakan olahragawati sekolah kita. Lagipun pertandingan bola jaring peringkat Negeri akan diadakan tak lama lagi." kata Ikha. Aku hanya meng'oh'kan sahaja.

     "Hm, dah pukul 7.30 pagi ni. Jom pergi dewan. Hari ni ada perhimpunan kan? So, let's go. " ajak Zulaikha. Aku hanya mengangguk. Sepanjang perjalanan ke dewan, kami hanya diam. Tiada topik yang menarik untuk dibualkan.

     Dari kejauhan kelihatan beberapa orang pelajar mengerumuni seseorang. Aku berlagak biasa. Zulaikha pula sudah terjenguk-jenguk.

     "Alaa..asal diorang tu tinggi sangat? Aku tak nampak 'anak rusa' mana diorang kerumun tu." kata Zulaikha dengan wajah masam. Aku terkekeh ketawa.

EmiDraWhere stories live. Discover now