=Emilia's POV=
"Mimi." aku lantas membuka mata aku. Mimi? Hanya seorang sahaja yang memanggil aku dengan nama itu. Eva. Tapi, macam mana Sandra..
"Macam mana kau.."
"Hurm. Panjang ceritanya. Pukul 3 nanti datang rumah aku, aku nak bagitau semuanya dari A sampai Z. Okey?" aku hanya mampu mengangguk.
"Btw, kenapa muka kau merah tadi? =w=" aku terus menumbuk lengannya. Dia mengaduh sakit lalu ketawa sakan. Haish.
🌸🌸🌸
Aku pergi ke rumah Sandra dengan mengenakan seluar jeans dan baju t-shirt berkapsyen 'love life' berlengan pendek dengan jaket hitam. Simple. Sewaktu aku sampai di rumahnya, Sandra memakai gaun pendek berwarna biru muda dengan sanggul kemas di kepalanya. Memang cantik. Tapi cantik-cantik ni nak ke mana sebenarnya?
"Laa, dah sampai ke, cepatnya. Jom tengok tv dulu." ajak Sandra lalu terus duduk di atas sofa berhadapan tv di rumahnya itu.
"Hurm, so..straight to the point cepat, macam mana kau boleh tahu nama 'Mimi' tu?" tanya aku curiga, setelah melabuhkan punggung di sebelah Sandra.
"Kalau aku kata, aku.. Eva, kau percaya tak?" lidah aku kelu seketika. "Kenapa? Kau tak percaya? Okey, first of all..aku nak minta maaf. Sebab pindah tak bagitahu kau dulu. Aku tak sempat. Lagipun waktu tu kan kita kecik lagi. So, my dad main heret je aku masuk dalam kereta tu sebab nak cepat. Waktu tengah jalan tu, aku nampak kau dekat rumah anak yatim tu. Tapi, aku tak boleh nak buat apa-apa since cermin kereta gelap."
Oh. Aku ingat pasal tu. Aku memang nampak kereta ayah Sandra. Aku ingatkan mereka nak pergi kedai ke apa, bila pergi rumah Sandra, rumah tu kosong. Bila tanya mak cik jiran sebelah, mak cik jiran sebelah kata diorang pindah.
"Oh...hm." aku memandang Sandra. Dia turut memandang aku. Keadaan berubah awkward buat beberapa minit. "Wait a minute."
"Apa?"
"Macam mana kau tahu aku Mimi sementara wajah aku dah banyak berubah? Personaliti aku pun dah jauh berbeza dari dulu."
"Ohh..yang itu, biarlah menjadi rahsia hati." kata Sandra lalu menguntum senyuman yang susah ditafsir.
"Hurm, okay. Tapi sekarang kita teruskan jelah panggilan Emilia-Sandra. Kekok pulak nak panggil kau Eva macam dulu." ujar aku. Dia hanya mengangguk. "Aku ada beberapa soalan sebenarnya."
"Tanya jelah." kata Sandra. Matanya tertancap pada skrin televisyen yang sedang memaparkan cerita Korea.
"Macam mana 'Sandra' boleh jadi 'Eva' sebenarnya?"
"Apa nama panjang aku?"
"Cassandra?"
"Yang belakang?"
"Hurm, tak ingat."
"Evaline. That's why aku suruh kau panggil aku 'Eva' dulu." aku mengangguk faham.
"Kau pulak? Macam mana 'Emilia' boleh jadi 'Mimi'?" tanya Sandra sambil memandang aku. Oh, tengah iklan rupanya.
"Hm. Sebenarnya aku nak suruh kau panggil aku 'Emi'. Tapi tak berapa sedang pulak bunyinya. Jadi aku suruh kau panggil aku 'Mimi'. Double 'Mi' la, senang kata." Sandra mengangguk.
"Hm, boleh aku tanya satu lagi soalan?" tanya aku.
"Ya, boleh Cik Emilia." aku menggulingkan anak mata aku. Tak sempat aku buka mulut, ada satu suara yang mencelah.
"Kak Sandra!"
Tbc🌸
# 487 words
YOU ARE READING
EmiDra
RomanceWarning! This is Girl×Girl story.. Siapa tak suka, sila berambus uwu Sandra Evaline x Emilia Fionatasha ~silakan vote dan komen📣~ #this is not a lesbian story, it's just 'bromance' for girls version. ^^ #diselitkan juga babak-babak 'romantik' antar...