Part 24

521 20 0
                                    

     =Sandra's POV=

     "Kak Sandra!" aku terus berpaling ke belakang. Hm, budak perempuan ni macam aku pernah nampak je. Tapi, siapa ya? Aku lupa.

     Tiba-tiba kelihatan mommy dan daddy sedang berbual dengan orang yang seumur dengan mereka. Aku malas mahu masuk campur. Budak perempuan yang memanggil aku tadi terus menuju ke arah aku.

     "Kak Sandra, ingat saya tak?" tanya budak perempuan itu. Aku terdiam seketika sebelum menjawap.

     "Awak siapa ye? Saya lupa lah." ujar aku sambil tersengih.

     "Saya Qina. Takkan akak dah lupa kot? Kita berjumpa kat sekolah waktu lepas rehat hari ni." ujar Qina. Aku berusaha untuk mengingat siapakah gerangan yang bernama Qina ini sebelum aku memetik jari.

     "Oh! Qina. Maaflah, lupa. Sebab kita berbual sekejap je. Qina form berapa ek?" tanya aku, sedikit janggal.

     "Tahun ni Qina form 2." aku mengangguk.

     "Apa yang Qina buat kat sini?" tanya aku direct. Seorang lelaki yang mungkin seumur dengan aku tiba-tiba muncul di depan pintu utama rumah aku. Siapakah dia? Aku pun tak tahu.

     "Nak berkenalan dengan keluarga akaklah." ujar Qina dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya.

     Barulah aku tahu mengapa mommy menyuruh aku memakai gaun ini. Mommy turut menyanggul rambut aku dengan kemas dan cantik. Aku yang pada mulanya tak tahu apa-apa. Sekarang barulah aku tahu mengapa, haish. Tapi, kenapa aku? Patutnya Carol yang kahwin dulu!

     "Ha, Sandra. Datang sini jap, sayang." aku terus memandang mommy yang memanggil aku. Aku mengeluh perlahan.

     "Emilia, kejap eh. Aku tak tahu pulak my mom adakan 'sesi perkenalan' hari ni." aku pun berlalu ke arah mommy aku.

     "Ye mommy?" tanya aku.

     "Haa, kenalkan, ni Datin Soffea dengan Dato' Zachariel. Kamu boleh panggil diorang Aunty Soffea dan Uncle Zach. Ini anak saya, Cassandra Evaline." selepas itu, dengan terpaksanya aku menyalam tangan mereka dan tersenyum manis. Kalau tak buat macam tu, nanti dikatakan sombong pulak.

     "Oh, nilah Sandra ye. Dalam gambar nampak cantik, tak sangka kat luar makin cantik dan anggun." ujar Aunty Soffea. Uncle Zach hanya mengangguk.

     "Ye, betul tu. Sama macam awak masa muda-muda dulu." kata Uncle Zach. Aunty Soffea memukul manja lengan suaminya lalu ketawa kecil.

     "Ada-ada jelah awak ni."

     "Ha, jemputlah duduk kat sofa dulu." ujar mommy. Aku tersentak lalu terus menuju ke arah Emilia.

     "Emiliaaaa, hm. Diorang nak duduk kat sini lah. Bukannya nak halau tap-" tak sempat aku menghabiskan ayat aku, dia sudah memotong percakapan aku.

     "It's okay lah. Aku pun dah nak balik ni. Aku balik dulu tau. Jumpa kat sekolah esok, bye!" aku melambai ke arahnya yang keluar dari rumah aku. Dia turut membalas lambaian aku sebelum pergi.

     Selepas semua yang berada di situ duduk di sofa, Aunty Soffea lantas bersuara. Oh, lupa bagitau. Aku duduk di sebelah mommy dan daddy berada di atas sofa 'persendirian'.

     "Ha, Sandra. Kenalkan, ni Que. Anak Aunty. Que, ni Sandra." aku hanya mengangguk dan tersenyum sahaja. Dia turut begitu. Tapi tiada senyuman terbit di bibirnya. Dia hanya mengangguk.

     "Btw, Sandra. Tak sangka pula kamu berkawan dengan anak angkat aunty, si Emilia tu." kata Aunty Soffea.

     "Apa?"

Tbc🌸

#502 words

EmiDraWhere stories live. Discover now