=Emilia's POV=
Aku memilih untuk menaiki teksi sahaja. Setelah sampai di sekolah, aku turun dan membayar tambang. Sedang aku berjalan ke arah pintu pagar sekolah yang telahpun terbuka, seorang pelajar lelaki melanggar aku dengan agak kuat.
"Woi, berjalan tu guna mata ke guna lutut? Kalau kau buta-" tak sempat aku menghabiskan ayat aku, lelaki itu sudah mencelah.
"Maaf. Saya ada hal mustahak yang nak diselesaikan. Saya pergi dulu. Assalamualaikum." lelaki itu terus pergi dan hilang dari pandangan.
"Oh, islam rupanya. Muka macam chinese. Chinese masuk islam kot. Apa-apa jelah." aku terus masuk ke perkarangan sekolah dan mencari Sandra.
"Emiiiiiliaa. Aku dekat sinilah! Oi, pandang sini! Bukan situ, SINI!" aku terus memandang Sandra yang berada di atap sekolah. Macam mana dia boleh ada kat situ? Aku mati-mati ingat dia duduk atas pokok rambutan dah. Wait, baru ingat yang kat sini takde pokok rambutan kat sini.
"Apa yang kau buat kat situ?!" tanya aku dengan nada yang tinggi sebab takut Sandra tak dengar. Sandra tidak membalasnya. Dia terus berdesup berlari entah ke mana. Tak sampai 5 minit kemudian, aku sudah nampak kelibat Sandra yang tercungap-cungap berlari ke arah aku.
"Ha, sekarang explain dekat aku..banyak benda aku nak tanya ni." ujar aku sambil memeluk tubuh.
"Ha yelah, yelah. Jom..nanti terlepas pulak nak tengok the first round." kata Sandra.
"The first round apa?" tanya aku pelik.
"Ada lahh, jom kita pergi gelanggang bola jaring first." kata Sandra lalu terus menarik tangan aku yang masih tak faham apa-apa. Sesampainya di gelanggang bola jaring, Sandra terjenguk-jenguk seperti sedang mencari seseorang.
"Kau tunggu sini kejap. Kalau lenguh sangat, duduk jelah kat mana-mana asalkan berdekatan ngan kawasan ni. Aku nak pergi cari Ikha jap. Tunggu eh." kata Sandra lalu berdesup hilang entah ke mana.
"Aduh..dia ni kan. Dahlah cuaca panas, perangai dia ni pulak buat aku panas. Tapi kenapa aku nak panas..just sebab dia tinggalkan aku dekat sini dan cari orang lain? Wait..asal ayat aku ni cliche sangat?" aku berkata-kata seorang diri sambil mencari tempat duduk yang kosong.
Banyak gerai-gerai menjual makanan dan minuman di sekeliling gelanggang bola jaring ini tapi aku terlalu malas untuk bergerak. Aku hanya memerhatikan para pemain bola jaring membuat pertandingan persahabatan dengan sekolah lain. Mata bagi sekolah aku ialah 5 manakala sekolah yang lain ialah 3. Masa yang masih ada hanya 3 minit. Tiba-tiba aku ternampak Sandra dan kawan baiknya, Ikha sedang berjalan melenggang ke arah aku. Nak je aku kasi penyepak sorang satu sebab tinggalkan aku dekat sini sorang-sorang.
"Haa, sorry. Tadi susah sangat nak cari Si Pendek ni. Rupa-rupanya tengah 'ngap' ayam gunting." kata Sandra yang kelihatan kesal.
"Dah kau tak cari dekat kawasan ayam gunting tu, mana lah nak jumpa aku. Kau cari aku dekat kawasan nasi ayam je. Kau ingat aku nak ke makan nasi ayam waktu-waktu macam ni?!" tanya Ikha yang juga kelihatan kesal.
"Eh kau ni kan..pendek!"
"Eh..ewah ewah, dah kau tu galah!"
"Amboiii.."
"Amboi amboi.."
"Okay stop stop..!!" aku terus memberhentikan dua ekor monyet ni daripada buat 'rap battle' secara tak langsung kat sini. Orang-orang di sekeliling hanya memerhatikan sahaja gelagat kami. Malu pulak rasanya.
"Dia yang start dulu. Salahkan dia." ujar Sandra.
"Eh banyak cantik.." kata Ikha.
"Siapa kata aku hodoh?!" balas Sandra. Aku dah naik pening dengan perangai dua orang perempuan di hadapan aku ni.
"Wei stop stop lah gaduh..perlawanan aku dah habis pun korang nak gaduh jugak kan? Aku lawan keluarkan peluh, korang lawan bazirkan air liur. Dah,dah." ujar seorang perempuan atau tak silap aku dialah kapten team bola jaring sekolah.
"Okay fine aku stop."
"Ye yelah, aku pun."
"Ha, btw aku Ratna." kata perempuan itu sambil menghulurkan tangan.
"Emilia." aku turut menghulurkan tangan untuk berjabat tangan dengannya. Orangnya tinggi, berkulit sedikit gelap dan berambut panjang tapi diikat.
"Ha cepatlah tukar baju, Rat..kita lepak mamak." kata Ikha.
'Tak silap aku..kat sini xde kedai mamak..' desis hati aku.
"Sejak bila kau main mamak-mamak ni Ikha? Aku rasa kau tak pernah pun lepak mamak sebelum ni." ujar Sandra.
"Saje jelah. Kita lepak kat kafe lah." balas Ikha tersengih-sengih.
"Emilia, nak join tak lepak ni?" tanya Sandra.
"Aku okay je." balas aku.
"Okay. Jom kita pergi tunggu Rat yang pi tukar baju tu dalam kereta aku." kata Sandra. Ikha mengangguk setuju. Aku hanya mengikut mereka berdua.
Sesampainya di sana, kami semua menaiki kereta Sandra. Sandra di tempat pemandu, aku di sebelahnya dan Ikha di belakang. Itulah posisi kami dalam kereta. Air-cond yang dipasang sungguh sejuk dan nyaman. Nasib aku pakai baju yang berlengan panjang.
"Sorry, tadi coach bagi taklimat sikit sebab tu lewat sikit ni." ujar Ratna sebaik sahaja masuk ke dalam kereta.
"It's okay. Btw, nak lepak kat Emerald ke?" tanya Sandra.
"Ha'ah." balas Ikha.
"Boleh jugak." kata Ratna.
"Aku okay je." ujar aku.
"Okay, kalau camtu kita pergi Emerald." kata Sandra lalu men-drive keretanya.
Tbc🌸
Okay guys, sorry sebab dah lama tak update. Sebab author stay kat asrama. Biasalah, rumah jauh dari sekolah an. Duduk kat asrama memang author menderita, makan tak kenyang, mandi tak basah dan tidur pun tak lena. Asyik teringat wattpad je. Akhirnya sekarang boleh sambung cerita ni.
YOU ARE READING
EmiDra
RomanceWarning! This is Girl×Girl story.. Siapa tak suka, sila berambus uwu Sandra Evaline x Emilia Fionatasha ~silakan vote dan komen📣~ #this is not a lesbian story, it's just 'bromance' for girls version. ^^ #diselitkan juga babak-babak 'romantik' antar...