Part 15

674 22 0
                                    

=Emilia's POV=

Aku sedang duduk bersila di atas sofa sambil scroll aplikasi Facebook. Aku tetiba rasa macam nak 'stalk' account satu ni. Nama dia 'Ahki Chan'.

"I'll deactivate this account soon and delete this app. Facebook is a nice place to know people around the world. Thanks for being my friend here. I really do appreciate our friendship, but I think it's over now. It's nice to meet you guys."

     Aku diam dan terus scroll ke bawah. Mungkin aku akan dapat tahu kenapa dia nak 'deactivate' dia punya account tu.

"Homework, homework, and homework. Too many homeworks today. :'("

     Aku terdiam. 'Ahki Chan' post benda ni hari Selasa. Hari Selasa tu jugak Cikgu Ayu kasi homework tu macam cuti sebulan. Padahal cuti 2 hari je. 'Ahki Chan' ni siapa sebenarnya? 'Chan' kalau terbalikkan jadi 'Nahc'. Macam nama orang Vietnam lah pulak. Dan kalau 'Ahki' pulak 'Ikha'. Wait.. IKHA? Macam pernah dengar je.

     Aku terus tutup aplikasi Facebook dan letak telefon di atas meja. Aku pergi ke dapur untuk minum air. Waktu itu juga aku terdengar kekecohan di luar. Selepas minum air, aku meletakkan gelas di dalam singki dan membuka pintu.

     "Julia, aku tak bermaksud nak pukul anak kau tapi dia dah keterlaluan! Dia masuk dalam bilik aku dan suami aku pastu curi barang perhiasan aku!" kata salah seorang jiran tetangga. Aku diam je sebab dah tahu apa yang terjadi.

     "Eh..kau ada bukti ke nak kata anak aku yang curi barang perhiasan kau?" tanya Mak Cik Julia.

     "Aku takkan tuduh tanpa bukti la, Julia! Ni, Julia, ni!" wajah Mak Cik Julia terus berubah pucat."Bukan ni je. Dalam bilik aku tu aku dah pasang cctv sebelum keluar sebab sebelum ni barang-barang aku asyik hilang. Sekarang ni aku nak kau ganti rugi." aku terus menutup pintu. Malas mahu mendengar 'perbalahan' antara Mak Cik Julia dengan jiran tetangga.

     Terbongkar juga perbuatan anak dia tu. Nasib aku tak buat repot polis tentang kecurian duit tu, kalau tak..memang dah lama dia dihumban ke dalam jail. Tiba-tiba telefon aku berdering. Aku terus meraihnya dan menerima panggilan tersebut tanpa melihat siapa pemanggilnya dahulu.

Sandra: Emilia!
Emilia: apa? Rumah kau terbakar ke?
Sandra: ish, bukanlah. Cepat datang kat sekolah!
Emilia: sekolah? Kau demam ke apa? Hari ni cutilah.
Sandra: alaa..datang jelah! Cepat! Aku tunggu kau dekat kantin okay.

Tuuutt..tuuutt..

     "Baru je nak berehat. Buat apalah pergi sekolah time-time cuti ni? Baik aku cepat." kata aku seorang diri lalu terus menuju ke bilik untuk menukar baju.

Tbc🌸

#417 words

EmiDraWhere stories live. Discover now