=Sandra's POV=
Sambil berjalan menuju ke arah kelas aku, aku masih berfikir tentang mesej yang aku terima kelmarin. Setibanya aku di kelas, semua orang sedang mengelilingi meja Emilia. Aku pelik. Sebaik sahaja kaki aku ingin bergerak, Ikha telah menghampiri aku.
"Sandra, come, follow me." aku hanya menurut perintah. Aku berasa terkejut apabila meja Emilia penuh dengan kesan contengan.
*B*tch
*Go die
*F*ck you
*Useless
*A**holeDan macam-macam lagi. Aku terus memandang Emilia yang hanya berdiam diri. Aku segera menghampirinya.
"Emilia, what happened?" tanya aku setelah meletakkan beg di atas kerusi. Dia hanya menggeleng. Aku lantas memegang tangannya. Erat.
"Jangan risau. Sekarang maybe kau dalam bahaya. Jangan pergi memana seorang diri. Aku tak nak kawan aku murung. Aku akan cuba untuk siasat siapa dalang semua ni. So, stay safe eh. Klau ada orang buli kau, inform kat aku. Okay?" aku memberikannya senyuman yang hangat, sehangat hot chocolate yang baru sahaja aku minum semalam. Emilia hanya mengangguk.
Setelah Cikgu Ed masuk, semua terus beredar ke tempat masing-masing. Aku dan Emilia bergegas mengeluarkan buku teks Geografi.
"Baiklah, hari ni ada seorang pelajar baru masuk dalam kelas ni. So.." seorang gadis yang cantik dengan rambut sekerat bahu berwarna perang masuk ke dalam kelas. Kulitnya sangat putih dan mulus. Aku hanya membuat derk sahaja. Asyik-asyik kelas ni, dah takde kelas lain ke nak masuk?
"Sila perkenalkan diri kamu." kata Cikgu Ed
"So erm, nama saya Puteri Nur Amyra Ez-Zehra. Saya murid pindahan dari SMK Crystal. Selamat berkenalan!" katanya. Aku perasan matanya asyik melirik ke arah aku.
"Okay so, kamu boleh duduk-"
"Cikgu!"
"Ye??" Cikgu Ed terpinga-pinga apabila pelajar baru tersebut mencelah.
"Saya nak duduk tepi dia, boleh tak?" tanya 'Amyra'. Wait, asal dia point ke sini? Dia nak suruh aku pindah ke acamne ni?
"Eh? Tapi.." Cikgu Ed sudah tak tahu nak kata apa. Aku memandang Emilia sekilas. Kenapa wajahnya pucat? Amyra terus berjalan sambil tersenyum ke arah aku. F*ck, ingat kau ni cantik sangat ke? Pandangannya aku balas dengan jelingan.
"Awak yang kat tepi tingkap tu, boleh pindah duduk sana tak? Saya nak duduk tepi dia." arah Amyra kepada Emilia. Eh eh budak ni.
"Eh awak ni dah kenapa? Dia elok-elok duduk kat sini tetiba awak datang halau dia. Awak tak kenal pun dia siapa." kata aku sambil mencebik.
"Emilia..saya kenal dia." kata Amyra sambil tersenyum sinis. Emilia dijelingnya."Baik kau berambus, Emilia."
Tak sempat aku menahan, Emilia telahpun bangun dan mengemas apa yang patut serta mengambil begnya lalu pergi duduk di sebelah Jennifer. Aku mengetap gigiku geram. Amyra langsung mengambil tempat di sebelah ku. Aku hanya buat tak tahu sahaja.
Tbc🌸
#441 words
YOU ARE READING
EmiDra
RomanceWarning! This is Girl×Girl story.. Siapa tak suka, sila berambus uwu Sandra Evaline x Emilia Fionatasha ~silakan vote dan komen📣~ #this is not a lesbian story, it's just 'bromance' for girls version. ^^ #diselitkan juga babak-babak 'romantik' antar...