Part 21

545 19 3
                                    

=Author's POV=

     "Sebenarnya..." Emilia memandang Zulaikha dengan riak serius. Entah apalah yang ingin dikatakan olehnya. "Kau kena tahu tentang ni..erm.."

     "Tentang apa ni? Cepatlah. Time rehat pun dah nak habis ni. Tak pasal-pasal kita kena denda dengan Cikgu Adam." ujar Emilia, sedikit merungut sambil memikirkan guru matematik tambahan iaitu Cikgu Adam.

     "Kau better stay away from Sandra. Dia bukan seperti apa yang kau fikirkan." kata Zulaikha dengan wajah yang tenang. Emilia mengerutkan dahi. Apa?

     "What your mean?" tanya Emilia. Dia sejujurnya tidak ingin buruk sangka terhadap Sandra. Dia turut mengakui, dia menyukai sifat Sandra yang sempoi tidak boleh dibawa bincang itu.

     "Fyi, dia tak nak pun berkawan dengan kau. Kau ingat apa? Dia tu diva tau tak. Tak rasa pelik ke kenapa dia tetiba baik sangat ngan kau? Tak rasa something ke?" tanya Zulaikha dengan senyuman sinis. Terus hilang gaya baiknya itu.

     "Apa yang kau nak kata sebenarnya ni? Straight to the point, please." Emilia berasa malas mahu lama-lama di situ.

     "Dia tahu kau lesbo. Ex kau Amyra. Si primadona tu, kan? Nasib dia dah blah dari sekolah ni. Tak sanggup aku nak layan two lesbos here tho." Emilia sudah mula mengetap gigi.

     "Okay, okay. Aku straight to the point sekarang jelah. Tak nak buat kau tertunggu-tunggu. Sandra kena dare dengan Ratna supaya buat kau suka dekat dia dalam masa 3 bulan, rasanya. So, kebaikan yang dia dah buat selama ni..FAKE , faham tak?" Emilia terpaku.

     "Apa buktinya?" tanya Emilia. Dia langsung tak percaya apa yang dikatakan oleh Zulaikha itu. Zulaikha ketawa lalu mengeluarkan telefonnya dan memberinya kepada Emilia. Emilia mengambilnya dengan perasaan ragu-ragu.

     Setelah membaca bait perkataan yang tertera, hati Emilia musnah. Jadi, apa yang dikatakan oleh Zulaikha betul belaka. Sandra sudah memusuhinya sejak pertama kali dia menjejakkan kaki di sekolah itu. Zulaikha merampas telefonnya dari pegangan tangan Emilia.

     "So, dah percaya ke belum?" tanya Zulaikha sambil tersengih. "Pasal dare tu. Seminggu lagi tempoh dia. After that, percayalah cakap aku, dia takkan berinteraksi ngan kau dah. So, enjoy!" ujar Zulaikha sebelum berlalu pergi.

     Jadi, perbualan yang dimulai dengan nama 'Ethan' ditamatkan begini. Emilia berasa sungguh kecewa. Raut wajah Sandra yang menyerupai sahabat waktu kecilnya, Eva sungguh membuatkannya tertekan. Perangai mereka berdua jauh berbeza. Emilia mengeluh buat seketika lalu bangun menuju ke kelasnya. Dia tidak mahu ponteng kelas hanya kerana hal yang kecil.

Tbc🌸

UwU mary dah ada idea untuk tamatkan cerita ni. Dan cerita ni akan berakhir tak lama lagi. ^____^

#409 words

EmiDraWhere stories live. Discover now