=Emilia's POV=
"Eh.. Sandra. Tak sangka boleh jumpa kat sini." ujar seorang lelaki. Aku terus 'usha' nametag lelaki itu. 'Ethan'?
"Haha, ye tak sangka boleh jumpa awak kat sini. Btw, sabtu ni jadi ke?" tanya Sandra. Ha? Sabtu ni?
"Oh..haha, of course jadi. Nanti awak send location 'kay. Ah, kawan saya dah panggil. Jumpa nanti." ujar Ethan.
"Wow, ada date eh Sabtu ni?" tanya aku dengan nada mengusik. Tapi entah kenapa aku rasa 'sakit hati' pulak.
"Well..hehe." Sandra tersengih.
=skip=
Waktu persekolahan sudah tamat. Debaran di dada tetap ada. Macam mana aku nak dapat duit sewa rumah tu? Aku terus menggigit bibir. Aku mengemaskan apa yang patut sementara minda aku bercelaru. Aku keluar dari kelas dan terus berjalan dengan langkah yang pantas ke arah bus stop.
Setelah bas sampai, aku masuk dan duduk di tempat yang tiada orang. Aku hanya melepaskan pandangan ke luar tingkap sepanjang perjalanan ke rumah. Aku terus menelan air liur setelah bas itu berhenti. Aku keluar dari bas itu dan menarik nafas panjang lalu menghembusnya. Sesampainya aku di rumah, Mak Cik Julia telahpun berdiri di hadapan pagar rumah aku.
"Mana duit sewa rumah?" tanyanya angkuh. Aku menghembus nafas perlahan.
"Mak Cik Julia..boleh tak duit sewa bulan ni saya bayar bulan depan? Duit saya hilang." kata aku jujur.
"Eh, budak ni. Semalam kan aku dah kasi kau warning supaya bayar duit sewa rumah tu hari ni. Eh, hilang pulak? Kau ingat aku..." tak sempat Mak Cik Julia menghabiskan ayatnya, sebuah kereta Marcedes berhenti di hadapan rumah aku. Aik? Kereta siapa pulak ni? Tiba-tiba Sandra keluar dari kereta itu.
"Emilia, kau tertinggal buku kat sekolah." kata Sandra sambil menghulur buku tersebut kepada aku.
"Ah..o-okay, thanks." ujar aku sambil terus mengambil buku tersebut.
"Budak, aku tahu kau menipu kan. Kau masuk dalam rumah pastu kasi duit tu kat aku sekarang jugak!" kata Mak Cik Julia, bengang.
"Duit? Duit sewa rumah ke? Berapa ratus?" tanya Sandra.
"Mak Cik Julia, duit saya hilang. Sumpah saya tak menipu. Erm..tiga ratus." kata aku. Sandra terus pergi dan masuk ke dalam kereta dan keluar dengan sampul di tangannya.
"Hm..Rm300 kan..." ujar Sandra lalu mengeluarkan not Rm50 sebanyak 6 keping. Lalu, dia menghulurkannya kepada Mak Cik Julia.
"Jangan cepat marah-marah makcik, nanti cepat tua hehe." kata Sandra.
"Hm..kali ni kau bertuah sebab kawan kau yang 'baik hati' ni sudi bayarkan duit sewa rumah kau. Aku pun xde apa dah nak kata dah. Aku masuk dulu." kata Mak Cik Julia lalu pergi dan masuk ke dalam rumahnya.
"Wei..thanks ah. Nanti aku bayar balik duit tu dekat kau eh." kata aku serba salah.
"Takpe. Aku ikhlaslah." kata Sandra.
"Tapi aku-" Sandra terus menghalakan jari telunjuknya ke bibir aku.
"Listen here..'no' means 'no', okay. Got it?" tanya Sandra. Aku mengangguk perlahan.
"Good girl!" kata Sandra sambil menggosok rambut aku sehingga ia sedikit serabai."Bye, see you~" kata Sandra lalu masuk ke dalam kereta Marcedes tersebut. Setelah kereta Marcedes itu pergi, aku terdiam. What kind of feeling is this? Aku terus masuk ke dalam rumah aku untuk memasak. Dah kebulur dah ni.
Tbc🌸
#519 words
YOU ARE READING
EmiDra
RomanceWarning! This is Girl×Girl story.. Siapa tak suka, sila berambus uwu Sandra Evaline x Emilia Fionatasha ~silakan vote dan komen📣~ #this is not a lesbian story, it's just 'bromance' for girls version. ^^ #diselitkan juga babak-babak 'romantik' antar...