=Sandra's POV=
Aku tak pergi ke kantin hari ni. Malas. Itu alasan utama aku. Lagipun, aku dah bawa sandwich sardin buatan kakak kesayanganku, Carol. Kesayangan ke? Lantak la.
Setelah melihat Emilia masuk ke dalam kelas, aku terus memanggilnya,"Emiliaaaa." hampa, tak ada balasan langsung. Dia menuju ke tempat duduknya, iaitu di sebelah aku lalu mengeluarkan buku teks bahasa inggeris dan berpura-pura membacanya. Sedangkan aku tahu, dia memandang ke arah lain.
"Emilia." takde respon.
"Emiliaa." masih tiada respon.
"Kalau kau nak jauhkan diri dari aku, kata jelah. Tak payahla baca buku inggeris secara terbalik camtu. Sape ajar kau ni?" ujar aku sambil menuding ke arah buku teksnya yang terbalik.
Dia yang baru menyedari hal itu terus menerbalikkan bukunya dengan segera. Aku hanya menahan tawa.
"Emilia, aku ada benda nak bagitau kau ni."
"Hm." itu je dia respon? Hampeh.
"Kau ingat tak dulu.." dan cikgu bahasa inggeris terus masuk. Setelah memberi salam dan dipersilakan duduk, aku mencari buku latihan BI aku di dalam beg sandang. Jap, mana buku latihan BI aku ni?
"Emilia, hari ni hari apa?" tanya aku sambil tanganku ligat mencari buku itu.
"Hm, Rabu." eh? Bukan Khamis? Jap, aku dah tersilap salin jadual. Ah, sudah.
Dan akhirnya? Aku didenda berdiri di luar kelas bersama beberapa orang budak lain yang tak bawa buku juga. Aku rasa diorang sengaja. Sebab semalam kerja sekolah BI memang banyak. Tapi masalahnya, aku dah siap. Huwarghh. Subjek BI la yang paling aku minat.
Tiba-tiba bahu aku ditepuk dari belakang. Hm? Aku terus berpaling. Pengawas? Ah, sudah. Apa pulak kali ni.
"Cassandra Evaline?" aku terus mengangguk. Aku sorang je yang bernama 'Cassandra Evaline' kat sekolah ni.
"Oh, saje nak kenal pasti je." lalu dia tersenyum. Oh? Itu je alasan kau tanya nama aku? Bagusla.
"Qina." dia menghulur tanganya. Kau tak nampak ke aku tengah kena denda ni? Nak berjabat tangan bagai.
"Sandra." aku menyambut juga huluran tangannya.
"Hm, keadaan nampak 'awkward' la pulak kat sini kan? Takpe, nanti kat rumah okey la sikit. Tak sabar saya nak ada bakal kakak ipar secantik Kak Sandra." ujar Qina lalu beredar sambil tersenyum. Aku turut tersenyum. Jap, apakah? Kakak ipar? Rumah? Aku menghiraukan kata-kata Qina itu. Junior rupanya.
🌸🌸🌸
Setelah tamat waktu persekolahan, aku menghampiri Emilia. Emilia masih lagi menghiraukan aku. Dan aku sendiri tak tahu kenapa. Ada sape-sape tahu tak?
"Emilia, kenapa kau macam nak lari dari aku je? Aku ada buat salah ke?" tanya aku disertai dengan puppy eyes.
"Sandra, Sandra. Kalau kau nak berbaik dengan aku hanya sebab permainan 'T or D', baiknya tak payah terus. Aku dah malas nak layan permainan kau tu. Sorry la." ujar Emilia yang mahu beredar dari kelas.
"Hah? Maksud kau?" Emilia memandang aku dengan mata yang mencerlung manakala aku masih memasang puppy eyes. Akhirnya, dia mengeluh. Selepas itu dia menceritakan dari A sampai Z. Aku terdiam.
"Oh! Memang pun. Aku memang main 'T or D' ngan diorang. Tapi aku sendiri pun dah lupa ngan permainan tu. Untuk pengetahuan kau, aku dekat ngan kau bukan sebab 'T or D' tau." kata aku.
"Lepas tu, sebab apa?" tanya Emilia. Aku tersenyum. Lalu mendekatinya sedikit demi sedikit. Laa, dia mengundur ni dah kenapa? Akhirnya dia dah tak undur sebab ada dinding. Aku mendekatkan muka aku ke arah telinganya. Comel la pulak muka dia bila takut. Dia menutup matanya. Eh? Ingat aku nak cium dia?
"Mimi."
Tbc🌸
Otak author gila sikit hari ni, hahahaha 😂😌🔫
#570 words
YOU ARE READING
EmiDra
RomanceWarning! This is Girl×Girl story.. Siapa tak suka, sila berambus uwu Sandra Evaline x Emilia Fionatasha ~silakan vote dan komen📣~ #this is not a lesbian story, it's just 'bromance' for girls version. ^^ #diselitkan juga babak-babak 'romantik' antar...