=Sandra's POV=
Aku hanya merenung siling bilikku sambil berbaring di atas katil sambil memikirkan tentang Emilia. Aku..pernah terserempak dengan dia ke? Rasanya tak. Lepas tu, kenapa senyuman dia familiar? Macam pernah nampak. Tapi kat mana. Tak lama kemudian, mata aku mulai berat. Perlahan-lahan aku tutup mata aku.
"...ra.. Sandra.. SANDRA!!" aku terus membuka mata aku. Aku memandang sekeling. Kosong. Aik? Mana orang yang panggil nama aku tadi? Aku sedang berada di taman bunga. Rasanya taman bunga ni aku pernah kunjungi dulu sewaktu aku masih kecil. Aku terus bangun dari tempat pembaringan aku. Aku memakai baju yang sama. Tiba-tiba aku ternampak seorang budak perempuan berlari.
Aku terus mengejar budak perempuan itu dan budak perempuan itu terus berlari. Aku sudah hampir dengan budak perempuan itu. Ketika aku mahu merentap tangannya, budak perempuan tadi hilang. Aku memandang sekeliling. Kali ini, aku nampak budak perempuan itu juga. Tapi, dia sedang bersama dengan seorang lagi budak perempuan. Mereka nampak rapat.
Mereka bergurau senda, ketawa bersama dan memegang tangan antara satu sama lain. Bagaikan tidak mahu melepaskannya. Tapi, aku tidak dapat melihat muka mereka. Mereka sedang membelakangi aku. Tiba-tiba, budak perempuan yang lari dari aku tadi memeluk erat budak perempuan yang lain.
Mereka perlahan-lahan memandang kearah aku. Aku terkedu, terkejut dan terpegun. Speechless! Budak perempuan yang dipeluk itu merupakan aku sewaktu kecil dan budak perempuan yang memeluk aku merupakan Mimi, kawan baik aku ketika aku kecil. Aku berlari kearah mereka. Mereka tidak melarikan diri dari aku, malah tersenyum. Aku mahu memeluk mereka berdua. Tapi, mereka tiba-tiba ghaib dan aku terjatuh.
"ADUH!" jerit aku. Mata aku sedikit terbeliak. Hilang terus mengantuk aku. Hampir patah pinggang aku apabila terjatuh dari katil aku yang empuk dan agak tinggi. Nasiblah tiada siapa perasan akan jeritan aku tadi.
Tbc🌸
Okaay, so this is the nine part of Emidra. Enjoy !! ^^
#307 words
YOU ARE READING
EmiDra
RomanceWarning! This is Girl×Girl story.. Siapa tak suka, sila berambus uwu Sandra Evaline x Emilia Fionatasha ~silakan vote dan komen📣~ #this is not a lesbian story, it's just 'bromance' for girls version. ^^ #diselitkan juga babak-babak 'romantik' antar...