Part 17

566 31 0
                                    

=Sandra's POV=

Sesampainya di Kafe Emerald, Ikha dan Ratna terus menyerbu masuk ke dalam kafe tersebut. Aku menggeleng buat seketika. Tiba-tiba aku ternampak Emilda di hadapan sebuah klinik pergigian. Aku terus memanggil dan melambai ke arahnya. Apabila Emilda perasan kehadiran aku, dia terus melambai balik dan datang ke arahku dengan muka yang selalu dia buat iaitu, 'poker face".

     "Haii, apa yang kau buat kat klinik gigi? Sakit gigi eh? Tulah, haritu akak dah pesan jangan makan coklat bebanyak. Kan dah sakit gigi. Siapa yang susah sekarang?"

     "Ish, Kak Sandra ni. Orang tak sakit gigilah."

     "Pastu buat apa kat depan klinik gigi tu?"

     "Tengah tunggu Arie ni. Dia ada appointment dengan Dr. Harith. Ala, akak ingat tak..yang handsome-handsome tu. Muda lagi nampaknya, muka ala-ala orang putih pulak tu." ujar Emilda sambil tersenyum 'gatal'. Aku mencubit paha Emilda manja.

     "A..adduh..aduh, sakitlah. Apalah akak ni." Emilda mengusap-ngusap pahanya yang sakit akibat dicubit oleh aku.

     "Hish, tulah. Siapa suruh jadi gatal sangat? UPSR pun tak lepas lagi. Sahkan SPM. Tunggu lagi 6 tahun barulah boleh ber'iloveyou' and 'you labi air'." kata aku sambil mencebik.

     "Sandra.."

     Aku terus berpaling dan tersenyum. Emilia rupanya. Wajah Emilia berubah apabila terpandang Emilda.

     "Emilda? Apa yang awak buat kat sini? Lepak ngan kekawan jugak ke?" tanya Emilia pelik.

     "Taklah, tunggu Arie. Dia ada appointment dengan Dr. Paling Handsome Di Dunia." kata Emilda bangga.

     "Banyak kau punya handsome." Emilda terus memandang aku dan Arianne yang kebetulan tercakap ayat yang sama.

     "E'eleh. Mestilah. So, camne? Okay dah gigi kau tu?" tanya Emilda prihatin.

     "Bolehlah. Lepas je check gigi, dia bagi aku coklat. Sedap tau." kata Arianne yang sememangnya sudah bercinta dengan coklat. Dia suka makan coklat semenjak kecil lagi. Tetapi, nasib baiklah dia tidak menjadi 'chubby'.

     "Ha, lagi satu..takyah gedik-gedik sangatlah Emil, dia tu dahlah duda anak dua." kata Arianne lalu ketawa terbahak-bahak.

     "Ha?! Mana kau tahu ni? No way!" Emil terus membuat muka tak percaya. Aku terus tergelak sama.

     "Hahaha, btw guys. Aku ngan Emilia kena chau dulu. Pape roger eh!" kata aku lalu menarik tangan Emilia untuk masuk ke dalam Kafe Emerald. Harap-harap Ratna ngan Ikha tu tak mereput tunggu kitorang. Setelah masuk ke dalam kafe tersebut, aku duduk di hadapan Ratna manakala Emilia duduk di tepi aku.

     "Ewah ewah, nak dekat 2 jam kitorang tunggu kau tau." kata Ikha sambil membulatkan matanya.

     "Relax la, ha dah order belum?" tanya aku. Dikerling sekilas Emilia yang hanya diam tidak bersuara. Dalam mulut dia ni ada emas ke permata hah sampai nak bercakap pun susah.

     "Dah, 4 milo blanded. No bantahan. Siapa suruh datang lambat." kata Ikha sambil menaikkan alisnya.

     "Milo pun milolah. Waktu aku dahaga, semua aku minum." kata aku.

Ting!

     Aku terus mengambil telefon aku dari kocek seluar jeans aku. Aik, mesej dari siapa pulak ni.

01X-XX19 601: Can't wait to see you again!😇

Tbc🌸

Pecah kaca
Pecah gelas
Lepas baca
Harap votes 😉😂🐼

#492 words

EmiDraWhere stories live. Discover now