=Sandra's POV=
"Apa?"
Anak angkat? Emilia? Anak angkat Aunty Soffea? Apa? Seriously? Aku tak pernah tahu pasal ni sebab Emilia langsung tak buka mulut tentang hal itu.
"Yelah, Emilia tu. Tapi dia tak duduk dengan kami. Dia lebih selesa duduk di rumah sewa. Kami pun, iya kan jelah. Tak salah kalau dia nak berdikari." ujar Aunty Soffea. Aku tak tahu nak kata apa sekarang. "Ha, Sandra. Kamu form 4, kan?" aku mengangguk.
"Que form 5. Que ni sekolah kat SMK Elit Victoria (SMKEV)." aku seperti tidak percaya. SMKEV, wow. Sekolah budak pandai dan kaya. Boleh tahan. Sesuai untuk Carol. Tapi, Carol umur 23 tahun. Beza 6 tahun, tak secocok lah pulak.
"Kamu sekolah kat mana? Aunty lupa."
"Sekolah Menengah (PaL) St. Andrew." ujar aku sambil tersenyum bangga. Aunty Soffea mengangguk.
"Tapikan Aunty Soffea, macam mana Emilia boleh jadi anak angkat aunty?" tanya aku. Sebab? Aku curious. Sangat curious.
"Kami ambik dia dari rumah anak yatim waktu umur dia 7 tahun. Pendiam orangnya. Waktu tu, Qina umur 5 tahun. Dia langsung tak bertegur sapa dengan sesiapa. Waktu umur dia 13 tahun, dia kata nak duduk kat rumah sewa je. Tak mahu menyusahkan katanya. Aunty akan beri dia duit setiap bulan, tapi itu dululah. Sekarang, dia dah tak terima dah duit yang aunty bagi. Dah kerja part-time kan." terang Aunty Soffea panjang lebar. Aku hanya mengangguk.
Setelah bertanyakan tentang Emilia kepada Aunty Soffea, makanan berupa kuih-muih dan air Sunquick dibawa oleh pembantu rumah kami untuk dijamu oleh tetamu. Aunty Soffea banyak berbual dengan mommy.
Adalah juga dia bertanyakan tentang aku, tetapi aku hanya menjawab acuh tak acuh.
🌸🌸🌸
Setelah sampai di sekolah keesokan harinya, aku terus menuju ke kelas untuk bertemu dengan Emilia. Sesampainya aku di kelas, dia sudahpun berada di tempatnya sambil membaca novel. Aku tak tahu novel apa, tapi yang pasti aku tahu itu bukan novel cinta. Nampak macam novel thriller je.
"Emiliaa." aku terus meletakkan beg sandang dan duduk di sebelahnya dengan nafas yang termengah-mengah. Letih punya pasal.
"Kau ni dah kenapa. Maraton satu sekolah ke apa?" tanya Emilia.
"Wei, Aunty Soffea dengan Uncle Zach tu ibu bapa angkat kau ke? Kenapa kau tak pernah mention diorang pun?" tanya aku direct. Emilia kelihatan kelu seketika. Lalu, dia menutup novel dan meletakkannya di atas meja.
"Diorang ibu bapa angkat aku je. Buat apa aku nak mention? Btw, kenapa diorang pergi rumah kau semalam?" tanya Emilia. Aku mengeluh perlahan.
"Entahlah. Diorang tanya aku macam-macam. 'Dah ada boyfriend ke?', 'Lelaki macam mana kamu suka?' dan macam-macam lagi. Aku rimas gila tau. Rasa cam nak cabut je sanggul aku time tu." ujar aku sambil bermain dengan rambut aku yang lurus dan cantik itu. Geram rasanya.
"Hm? Takkan diorang nak jodohkan kau dengan Que kot?" tanya Emilia sambil menjongket sebelah alisnya sepersis Ziana Zain.
"Hari jadi kau bila?"
"Kenapa?"
"Jawab jelah."
"Bulan 5, dah lepas."
"Kalaulah betul diorang nak jodohkan aku dengan Que, aku akan jadi kakak ipar angkat kau!" kata aku sambil mengerdipkan mata aku. Dia memandang aku dengan pandangan tak percaya.
"Kita sama umur kot!" protes Emilia.
"Tapi kalau mengikut bulan, aku lebih tua." kata aku. Emilia hanya mencebikkan bibirnya.
"Emilia, kau ada simpan perasaan suka dekat seseorang tak?" tanya aku spontan.
"Kau tahukan aku suka perempuan?" tanya Emilia.
"Aku tahu. Tak tanya gender pun."
"Hm, buat masa sekarang, aku sukakan...." aku menanti dengan penuh kesabaran."...takde sape."
"Seriously? Okey, okey. Jadi, apa typical yang kau suka?" tanya aku.
"Kau sibuk apasal?"
"Ala, bagitau jelah."
"Okey, hish. Aku suka...hm, perempuan yang pendiam. Atau senang kata introvert. Dan comel. Susahlah nak explain. Aku suka perempuan yang simple. Btw, apa yang aku kata tu..sebenarnya first love aku." kata Emilia lalu meneguk air mineral yang nescaya dibeli di kantin.
"First love? Siapa?"
"Takyah sibuklah."
"Alright. Then, kau sempat tak tackle first love kau tu?" tanya aku.
"Tak. First love ni rare tau. Susah sangat nak dapat. Lagi-lagi bila kau bersahabat dengan first love kau tu. First love aku hanya tengok aku sebagai seorang sahabat je. Tak lebih." kata Emilia sambil mengeluh.
"Dia reject kau ke?" tanya aku.
"Nope. Aku tak ada keberanian untuk bagitahu dia yang aku suka dia. Aku lebih suka pendam je."
"Mana boleh macam tu. Mana tahu dia pun sukakan kau? Kalau pendam lama-lama, kang melepas, menyesal tak sudah! Hahaha." kata aku sambil ketawa kecil.
Emilia hanya tersenyum tipis. Entah kenapa ia kelihatan sangat pahit.
Tbc🌸
#737 words
YOU ARE READING
EmiDra
RomanceWarning! This is Girl×Girl story.. Siapa tak suka, sila berambus uwu Sandra Evaline x Emilia Fionatasha ~silakan vote dan komen📣~ #this is not a lesbian story, it's just 'bromance' for girls version. ^^ #diselitkan juga babak-babak 'romantik' antar...