=Sandra's POV=
Setelah menghantar Ikha dan Ratna ke rumah mereka, aku terus berhajat untuk ke restoran terlebih dahulu sebelum pulang ke rumah. Sudah pukul 1.45 petang. Sewaktu aku memandu, aku ternampak Emilia. Aku membulatkan mata aku. Wait, aku bermimpi ke ni? Aku terus memberhentikan kereta Carol di tepi jalan dan menampar pipi aku. Sakit. Jadi ini bukan mimpi. Aku keluar dari kereta Carol dan menghampiri Emilia yang berada di bus stop. Nampak macam khusyuk je dengan telefon tu.
"Heii.. Emilia kan? Awak buat apa kat sini?" tanya aku mesra sambil duduk di tepinya. Dia memandang ke arah aku dengan riak sedikit terkejut.
"Hm? Tak nampak aku tengah memasak ni?" tanya Emilia dengan mimik geram. Aku ketawa kecil.
"Ha? Masak? Awak masak apa? Tolong masakkan untuk saya jugak boleh tak?" tanya aku sambil menahan ketawa. Emilia menjeling aku tajam.
"Haih, saya bergurau je. Hm, jom. Saya hantar awak balik. Lagipun, bas biasanya take time." ajak aku.
"Ha? Malaslah. Aku dah biasa tunggu bas kat sini." kata Emilia. Aku sedikit terperanjat. Sepanjang hidup aku, aku tak pernah naik bas untuk ulang-alik ke rumah. Aku hanya naik bas ketika pergi ke lawatan sewaktu darjah 6 sahaja.
"Alaaa, jomlah." kata aku. Aku terus mengambil begnya dan berlari ke arah kereta aku- oops, kereta Carol. Emilia agak terkejut dengan perlakuan aku dan mengejar aku. Welp, aku dah letak beg dia dalam kereta Carol.
"Bagi balik beg akulah!" kata Emilia geram. Aku tersengih.
"Masuk dalam, or else aku tinggal je kau dekat sini tanpa beg kau." kata aku sambil tersenyum sinis. Makhluk macam Emilia ni memang degil, so aku dah malas nak berlembut dengan dia.
"Hmph..fine." kata Emilia sambil mencebik. Olololo, comelnya. Hahaha.
Setelah dia masuk ke dalam kereta aku, aku pun masuk ke tempat memandu. Sepanjang perjalanan, hanya bunyi lagu dari radio sahaja yang kedengaran.
"Boleh tak berhenti kat sini je? Lagipun rumah aku dekat je. Dekat Jalan Mawar." kata Emilia tiba-tiba.
"Jalan Mawar? Jauh lagi tu kot. Larat ke berjalan kaki ke sana? Tak payah kecoh-kecoh. Saya akan hantar awak, okey." kata aku. Mata aku melirik ke arahnya apabila lampu isyarat bertukar warna merah. Emilia hanya diam dan kelihatan gelisah. Aik? Ni dah kenapa?
"Kenapa awak nampak tak senang duduk sangat ni? Saya rasa muka saya langsung tak sama dengan penculik." kata aku.
"Takde pape." kata Emilia singkat. Ia mengambil masa selama hampir 15 minit untuk ke restoran yang sering aku kunjungi. Aku memberhentikan kereta di tempat parking lot yang telah disediakan.
"Wait..asal kau berhenti kat sini? Aku nak baliklah!" gertak Emilia. Aku hanya buat muka tuli sahaja lalu keluar dari kereta. Setelah itu aku mengetuk cermin kereta.
"Keluar jelah. Aku belanja. No worries lah." kata aku. Akhirnya Emilia keluar juga.
"Good girl." kata aku sambil tersenyum. Lalu aku menarik tangannya untuk masuk ke dalam restoran itu.
"What do you want to order, young lady?" tanya salah seorang pekerja itu. Young lady? Fyi, ini adalah salah satu restoran milik Pak Cik Joshua. Aku panggil dia Pak Cik Josh, dia merupakan adik kepada daddy.
"Hmm..saya nak hot tea jelah, then cheese cake." kata aku seraya menutup buku menu.
"How about you?" tanya pelayan itu.
"Erm..saya nak orange juice jelah. Just that." kata Emilia kekok. Aku menahan ketawa. Selepas itu, pelayan itupun pergi.
"Why do you look so awkward? Calm down." kata aku. Fyi lagi, sejak aku berumur 5 tahun aku diajar menggunakan bahasa inggeris dengan betul dan fasih. Mommy pun pernah kata yang dia nak jodohkan aku dengan anak kawan dia yang menetap di Australia. Tapi, aku menolak mentah-mentah. Malas.
"Asal kau bawak aku datang sini? Kau tahu tak semua yang ada dalam menu tu bapak mahal dia." kata Emilia.
"Ha? Mahal sangat ke?" tanya aku.
"Yaa, mahal lah. Hot tea yang kau pesan tadi pun dah hampir RM10. Mahal gila. Tahu tak, biasanya kalau aku pesan hot tea, just RM2. Gila lah." kata Emilia tak puas hati. Aku tergelak.
"Biasalah tu. Saya dah biasa makan dan minum kat sini. Tak mahal pun for me." kata aku bersahaja. Seorang pelayan datang lalu meletakkan orange juice, cheese cake dan hot tea di atas meja lalu pergi. Aku segera mengambil cheese cake yang diorder tadi lalu memakan sedikit menggunakan sudu. Sedapnya!
=SKIP=
Setelah siap makan dan minum, aku segera ke kaunter pembayaran. Emilia kata dia nak bayarkan tapi aku tak benarkan. Aku dah kata aku nak belanja jadi aku takkan mungkir janji.
"Okay, so meja R6 berapa ringgit?" tanya aku seraya mengeluarkan dompet.
"Meja R6? Oh, dah ada orang bayarkan untuk cik." kata seorang gadis yang berada di kaunter. Eh? Oh, syukurlah. Selamat duit aku.
"Dah ada orang bayarkan? Siapa ya?" tanya aku.
"Saya tak tahu, cik. Dia tak bagitau nama dia. Tapi, yang pasti orang yang tolong bayarkan untuk cik tu handsome. Senyuman dia manis." kata gadis itu lagi. Ceh, ni promosi ke apa?
"O..oh, terima kasih." kata aku. Aku segera keluar dari restoran itu dan melihat ke arah kereta. Emilia sudah berada di situ. Aku segera pergi kearahnya.
"Masuklah. Buat apa tercegat lagi kat sini?" tanya aku.
"Ha? Taklah, rasa tak sopan pulak." kata Emilia. Aik? Sejak bila dia sopan? Setelah kami berdua masuk ke dalam kereta, aku terus memandu dengan cermat. Tak nak kasi kotor, nanti Carol marah. Setelah sampai di rumahnya, aku sedikit tercengang. Rumah sewa?
"Awak duduk dekat sini ke? Rumah sewa? Kenapa tak duduk dengan parents awak je?" tanya aku.
"Aku dah takde parents. Aku takde adik-beradik. So, alone jelah. Btw, thanks sebab hantar aku, belanja aku. Bye." kata Emilia sambil tersenyum lalu keluar dari kereta. Aku kaku, kenapa senyuman dia tu familiar sangat ya?
Tbc🌸
Okaay, sorry late update. Buzy sikit. So, author fikir, just nak buat 20 bab je untuk cerita ni. Maybe no season 2. Sebab susah nak cari waktu yang sesuai untuk menulis. Kalau ada pun, takde idea. Waktu idea datang, tetiba xde waktu pulak. So, susahlah. Author dah ada idea macam mana untuk tamatkan cerita ni, so doakan author boleh tamatkan cerita ni dengan jayanya. Ha-ha-ha. ^^
#1004 words
YOU ARE READING
EmiDra
RomanceWarning! This is Girl×Girl story.. Siapa tak suka, sila berambus uwu Sandra Evaline x Emilia Fionatasha ~silakan vote dan komen📣~ #this is not a lesbian story, it's just 'bromance' for girls version. ^^ #diselitkan juga babak-babak 'romantik' antar...