Bab 6🚫

945 35 0
                                        

Pejam celik sudah sebulan berlalu. Harini genap 3 bulan Arianna dibawa ke sini. Si Edlan macam tu la, sibuk dengan kerja. Jarang nak ada dekat rumah.

Arianna berdiri di hadapan pintu bilik kerja Edlan. Mak Yam bagitahu Edlan berada dalam bilik ini. Arianna mengetuk perlahan.

"Siapa?"kedengaran suara Edlan dari dalam. "Its me. Ria." Seketika kemudian pintu bilik dibuka.

"Ada apa?"

"Saya nak cakap dengan awak sikit." ujar Arianna. Pintu dibuka luas.

"Masuk." pelawa Edlan. Arianna masuk dan duduk di satu sofa. Edlan duduk di hadapannya.

"Speak."ujar Edlan pendek.

"Saya nak balik Spain."

"For?"

"Ada beberapa perkara yang saya perlu selesaikan and there is someone that I have to find."

"Who?" soal Edlan walaupun dia sudah tahu sebabnya. Sejak sebulan lalu, dia sudah menyuruh anak buahnya selidik mengenai Arianna. Sedikit sebanyak dia tahu akan latar belakang gadis itu walaupun tidak semuanya.

"Awak tak perlu tahu. Thats my matter. Cukuplah saya dah susahkan awak dengan tinggal dekat sini. I don't want to cause any trouble anymore.".

"Tak boleh."

"Why?!" Soal Arianna hairan. Dah kenapa mamat ni?

"I save your life, remember?". Arianna mengangguk. "So from that moment onwards, your life is mine. Your matters are my matters. If you need to go there desperately, You have to go with me. "

"Okay." Edlan memandang Arianna pelik.

"No objection?"

"Kenapa awak tanya? Bukan awak memang tak suka kalau orang bantah cakap awak?" bidas Arianna.

"Sebab kau tak nampak macam perempuan yang senang ikut cakap orang lain. Sebaliknya, orang yang kena ikut cakap kau." Arianna terkejut tetapi dikawal ekspresi mukanya. Edlan tahu ke siapa dia sebenarnya?

"Macam yang awak cakap tadi, my life is yours. So nak tak nak kena ikut la." Edlan hanya mengangguk sambil tersenyum kecil. Arianna terpaku dengan senyuman itu.

"Okay. Kalau takde apa-apa lagi, you may leave."ujar Edlan. Arianna yang ingin bangun terhenti kemudian duduk semula.Edlan memandang Arianna pelik. Eh minah ni, tadi nak keluar. Ni duduk balik.

"Can I ask one more thing?"

"Apa?"

"Saya nak menembak. Haritu saya ada nampak beberapa orang awak berlatih dekat belakang villa... Edlan seakan terkejut. Tak pernah dibuat orang perempuan nak menembak. Selalu minta barang kemas.

"Pandai ke?"soal Edlan. Arianna hanya tersengih sambil memandang Edlan.

"Korang nak pergi mana?"soal Que yang sedang menonton televisyen bersama 5 Ting Tong

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"Korang nak pergi mana?"soal Que yang sedang menonton televisyen bersama 5 Ting Tong. Dia hairan melihat Edlan mengikuti langkah Arianna dari belakang. Edlan memandang sekilas ke arah mereka. Penuh meja ruang tamu itu dengan kudapan. Mentang-mentang harini weekend, goyang kaki diorang ni ye...

"She wants to shoot."ujar Edlan pendek. Mereka semua terus terpacak dan memandang ke arah Arianna dengan wajah yang terkejut. Arianna tersenyum ke arah mereka.

"Biar betul?!"soal Veron. Arianna mengangguk. Mereka semua dah berlari ke tempat latihan. Excited nak tengok Arianna menembak.

Kini mereka sudah berada di meja yang menempatkan pelbagai jenis senjata. Arianna tengok dengan mata yang bersinar-sinar. Macam budak dapat coklat.

"Nak aku ajar ke?"soal Edlan.

"No need. Besides, saya nak cabar awak." Semua orang di situ terkejut dengan kata-kata Arianna. Gila ke apa nak cabar the best shooter in Black Pawn?! Diorang yang dah bertahun duduk dalam group ni pun takut nak cabar seorang Edlan Iskandar.

"If I win? "Soal Edlan bererti dia menyahut cabaran Arianna. Arianna hanya tersenyum kecil. Edlan terpana dengan senyuman manis itu.

"You can ask anything you want. But if I win, you have to grant me three wishes. Deal?" cabar Arianna.

"Deal." Mereka berdua mula memilih senjata. And coincidentally both of them choose the same gun. Magnum 372A. Ia adalah sejenis senjata yang agak berat bagi kategori pistol. Tak semua orang mampu control pistol tu. Plus with its heavy weight, without perfect training, akan makan diri balik.

Mereka mula menembak ke arah target yang menyerupai sosok manusia. Yang lain sudah terkejut melihat kehebatan Arianna. Semua tembakan dia headshot. Headshot memiliki point yang paling tinggi.

"Ria ni headhunter ke apa?"bisik Naim kepada Que.Que hanya tersenyum. Dia tahu ada sesuatu yang misteri pasal Arianna.

Setelah selesai menembak, markah diorang mula dikira. Arianna mendapat 100 point manakala Edlan mendapat 99 points kerana satu tembakan terkena bahagian bahu. Arianna sudah tersenyum kegembiraan.

"So what are your three wishes?"soal Edlan.

"My first wish is I want you to answer all my questions honestly." Edlan mengangguk.

"First, what is your real job? Saya tahu syarikat pelancongan awak tu just your other job. I mean, villa awak ni dipenuhi banyak benda, garaj yang besar, shooting training court and so on. So please tell me what your real job. "

"Mafia.". Arianna terkejut. Straightforward terus mamat ni!. Edlan tersenyum sinis melihat Ariana hanya menayang riak biasa. Mungkin sudah biasa dengar perkataan itu..

"Second, why did not you just let me leave and go back to Spain?"

"Aku dah cakap sebelum ni. Your life is mine. You are mine." Arianna terdiam.

"Okay, last question. Kenapa awak selamatkan saya ? You can just let me die there since we were nobody. You barely know me. "

"Because I feel like I have to help you." Edlan masuk ke dalam rumah selepas menjawab soalan meninggalkan Arianna yang masih berdiri di situ.Yang lain dah masuk semula ke dalam rumah untuk menonton tv.

"Aku pelik. Takkan senang-senang macam tu je Edlan kalah. Tak masuk akal langsung."ujar Joey.

"He let her win." jawab Que ringkas.

[C] RuffianTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang