Bab 39🚫

767 24 0
                                        

"Aku nak bubarkan Black Pawn."

"WHAT?!" jerit Joey, Danny, Noah , Veron dan Naim serentak. Betul ke apa yang diorang dengar ni?

"Wait, aku tak salah dengar kan? Korang pun dengar benda yang sama kan? Soal Joey. Mereka yang lain mengangguk.

"Kau biar betul, Edlan?" soal Danny pula. Dia seperti tidak percaya dengan apa yang disampaikan. Black Pawn ditubuhkan sendiri oleh Edlan sejak Edlan berumur 20 tahun, dan mereka berlima antara orang terawal yang join termasuk Que.

"Korang pernah nampak ke aku main-main bila aku buat keputusan?" soal Edlan kembali. Mereka menggeleng. Ya, Eldan tak pernah bergurau bila dia dah capai satu kata putus.

"After 13 years...kenapa sekarang?" soal Veron.

"Sebab aku nak berubah. Aku dah taknak bermain lagi dengan darah. Korang dah lupa? sebab kan apa yang kita buat la, kita dah hilang Que.." ujar Edlan.

"Kami takkan pernah lupa.." gumam Noah perlahan. Mereka yang turut terdiam.

"Aku nak mulakan hidup baru. Aku dah penat musuh cari kita, ganggu family aku, ganggu korang. Aku dah taknak kehilangan sesiapa lagi..cukuplah cuma Que." jujur Edlan. Arianna mengenggam erat tangan suaminya. Dia tahu, ini bukan satu keputusan yang mudah.

Joey, Danny, Veron, Noah dan Naim memandang sesama sendiri. Mereka tidak menyangka kehadiran mereka memberi erti yang begitu besar bagi Edlan Iskandar.

"Kalau itu keputusan kau, aku terima. Aku hormat keputusan tu. Walau apa pun yang terjadi, kau tetap ketua aku, sahabat aku." ujar Joey. Joey menepuk bahu Edlan perlahan.

"Aku pun"

Aku pun"

Aku pun"

"Aku nak kerja mana lepas ni?" Ujar Naim tiba-tiba. Mereka menepuk dahi. Spoil la mamat ni!

"Aku bubarkan Black Pawn je, bukannya tutup Amethyst Corporation sekali." Edlan menepuk kepala Naim.Umur dah 25, tapi pemikiran macam budak-budak.

"Aku? Kerja dalam office? Duduk tekan-tekan keyboard? No way!! Bosan siot. Aku kerja action-action baru syok!" balas Naim. Tak dapat membayangkan dirinya kerja pejabat yang membosankan itu.

"Tadi complaint takde kerja, dah bagi kerja, memilih pulak, kau nak apa kambing?" ujar Veron. Naim mengangkat bahunya. Dia pun tak tahu dia nak kerja apa.

"Kau jadi bodyguard anak aku." ujar Edlan. Mereka memandang Edlan tak percaya.

"Bodyguard eh? Boleh la tu..Janji aku tak duduk kat office yang bosan tu.." ujar Naim. Dia kemudian berpaling ke arah Arianna dan menunjukkan ke arah perut Arianna yang memboyot itu. "You, boss baby, keluar cepat sikit!"

Arianna ketawa besar mendengar kata-kata Naim. Edlan tersenyum kecil sambil meraup mukanya. Betul ke keputusan dia jadikan Naim ni bodyguard anak dia?

"Sakai la kau ni, kau ingat boleh suka-suka je ke suruh dia keluar bila?" Noah mengetuk kepala Naim kuat. Otak budak ni nak kena betulkan ni!

"Betul apa aku cakap? Kalau dia tak keluar, aku nak jaga siapa?"

"Diam la kau. Simpan sikit bodoh tu." balas Veron pula.

" balas Veron pula

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
[C] RuffianTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang