Alhamdulillah majlis dah selesai dengan lancar. Kaki Arianna dah sakit seharian pakai heels. Muka pun dh kejang asyik senyum je dari tadi. Badan pun dah letih. Selepas je majlis bersurai, Arianna terus ajak Edlan balik. Sampai sahaja di rumah, Arianna terus menapak menuju ke biliknya.
"Eh, kau nak pergi mana tu?"tegur Edlan.
"Balik bilik la...saya dah letih ni."ujar Arianna dengan suara kasihan.
"Bilik kau kat sini."ujar Edlan sambil menunjuk ke arah biliknya. Arianna lupa pula yang dia dah kahwin.
"Habistu barang saya?"
"Aku dah suruh budak-budak alihkan." Arianna hanya mengangguk dan menapak menuju ke bilik Edlan.
Arianna masuk dan lihat deco bilik Edlan berubah sedikit. Ada beberapa tambahan barang. Arianna terus menuju ke almari untuk mengambil tuala nak mandi sebab badan aku dah melekit .
"Awak nak mandi dulu or saya mandi dulu?" soal Arianna.
"Kau mandi la dulu." Arianna terus menuju ke bilik air. Wedding gown dibuang dan shower dibuka. Rasa lega je air shower tu kena badannya. Segar!
Tiba-tiba Arianna merasakan ada tangan yang menjalar di belakang . Dia terkejut dan terus berpaling dan melihat Edlan yang berada di belakangnya....tidak berbaju...
"Edlan apa awak buat ni?"soal Arianna. Dia cuba menutupi badannya yang terdedah dengan tangan.
"Mandi la. Buat apa lagi?" Jawab Edlan sambil mengalihkan tangan Arianna. "Kenapa ? Malu?" sambung Edlan lagi..
"Er...er..."
" Tak payah nak malu. Aku ni suami kau. Everything yours is mine."ujar Edlan sebelum merapati telinga Arianna. "Including your body"bisik Edlan menggoda. Arianna menelan air liur.
'Papa tolong!!!' Jerit dia di dalam hati. Edlan dah tersenyum dengan senyuman yang penuh bermakna...
Arianna merenung wajah Edlan yang nyenyak tidur di sebelahnya. Dia masih tak sangka yang Edlan dah sah menjadi suaminya. Edlan sangat baik kepadanya tanpa mengharapkan balasan. Sanggup menggadaikan nyawa dia sendiri..
Tetiba Mika terlintas di fikiran Arianna. Dia cepat menghapuskan fikirannya itu. Dia tak sepatutnya fikir tentang lelaki lain. Lelaki di hadapan dia ini adalah suami dia sekarang.
"Saya janji, saya akan cintai awak sepenuh hati saya. Hanya awak keutamaan saya sekarang. Saya akan sayangi awak sehingga akhir nafas saya."ujar Arianna perlahan. Dia mencium dahi Edlan lama. Tiba-tiba Edlan membukakan matanya. Arianna terkedu.
"Kau ni memang suka curi-curi kiss orang ke?"
"Sorry."
"Kenapa minta maaf? Lagi aku suka. Buat hari-hari pun boleh." Arianna menampar bahu Edlan perlahan.
"Eeyy gatal!".
"Jom."ujar Edlan tiba2.
"Nak pergi mana pagi buta ni? Baru pukul 2.30 pagi."soal Arianna kehairanan. Edlan dah tersenyum sinis memandang aku."Edlan!!!" jerit Arianna kecil sambil menyembamkan wajahnya ke dada bidang Edlan. Malu tapi mahu!
Edlan bangun perlahan-lahan dari katil cuba untuk tidak membangunkan Arianna yang masih tidur. Dia mencapai tuala dan terus masuk ke dalam bilik air.
Setelah keluar dari bilik air, dia menuju ke almari untuk mengambil pakaian. Tangan laju membuka satu laci kecil. Di dalamnya terdapat sekotak cincin . Edlan mencapai kotak tersebut. Dia meletakkan cincin tersebut bersama satu nota di atas meja sebelah Arianna sebelum perlahan-lahan keluar dari bilik.
"Wah, pengantin baru dah bangun la....." ujar Naim sebaik sahaja melihat Edlan menuruni tangga. Dah mula la tu nak menyakat..
"Mana Arianna?"soal Que .
"Tidur. Biarlah dia. "
"Uishh. Ganas betul kau sampai tak bangun Arianna dibuatnya." sakat Veron pula.
"Kau ni dah kenapa? Puas dah hidup? " Ujar Edlan dingin. Veron hanya mengangkat tanda peace. Dia tidak ambil hati langsung kerana dia tahu Edlan sekadar bergurau.
Arianna membuka mata perlahan-lahan apabila merasakan Edlan tiada di sebelahnya."Pergi mana pulak dia ni?"gumamnya sendiri. Dia berpusing ke meja di sebelah untuk mencapai handphoneku ketika dia terpandang ada satu kotak di atas meja.
Kotak itu dicapai dan dibuka. Di dalamnya terdapat sebentuk cincin. Tetiba pintu bilik dibuka dan muncul Edlan di muka pintu.
"Bila kau bangun?"
"Awak ke yang bagi ni?"
"Taklah. Pakcik tukang kebun tu yang bagi."
"Oh ye ke ? Kalau macam tu, saya nak pergi jumpa dia. Nak kiss pipi dia sebagai tanda terima kasih." Ujar Arianna loyar buruk. Dia bingkas bangun dari katil.
Edlan menangkap Arianna ke dalam pelukannya. "Who say you can leave?"ujar Edlan.
"Suka hati saya la nk pergi mana pun."
"Siapa cakap? Kau milik aku sekarang."
"Awak ni kan, dah kahwin pun still aku-kau, cuba la sweet sikit. Panggil nama lain. Ni kalau depan orang, mesti diorang tak sangka kita ni suami isteri."
"Kenapa nak kisah pasal orang? Sweet aku , aku tunjuk depan kau je." Arianna dah blushing.
"Yelah...tapi takkan sampai bila-bila nak ber aku-kau je. "Ujar Arianna.
"Okay fine. Nak panggil apa?"
"Sayang-Abang."ujar Arianna laju.
"Taknak lah. Geli."
"Jangan nak mengada. Kalau tak, saya taknak cakap dengan awak sebulan." Arianna mengugut.
"Baiklah sayang...abang akan turut kemahuan sayang."ujar Edlan lembut. Sehari tak cakap dengan Arianna pun boleh gila, ni kan sebulan. Arianna tersenyum sendiri. Hati dah rasa berbunga-bunga.
"Macam ni lah suami saya." Arianna memberikan satu ciuman di pipi Edlan. Edlan ketawa kecil.
"Dah, pergi mandi. Kejap lagi kita keluar. Beli barang dapur. Mak Yam tak berapa sihat. Abang tunggu kat bawah."
"Baik Abang...by the way, thanks for the ring."
YOU ARE READING
[C] Ruffian
Action"How can I resist falling in love with you?" "Awak adalah lelaki yang akan menjadi masa hadapan saya." "Aku akan menangi hati dia semula. Aku yakin, dalam hati dia masih ada rasa cinta untuk aku." Together; they become a perfect match that even the...