[#1 Romance by Syaaezzi]
"How can I resist falling in love with you?" - Edlan Iskandar
"Awak adalah lelaki yang akan menjadi masa hadapan saya." - Dylan Arianna
"Aku akan menangi hati dia semula. Aku yakin, dalam hati dia masih ada rasa cinta untuk...
"Everything good, baby sihat, mak baby pun sihat..Cuma saya nak ingatkan jangan terlalu lasak. Due date puan Arianna pun dah tak lama kan.." ujar doktor.
"Baik doktor, terima kasih. Saya minta diri dulu.." ujar Arianna dan berlalu keluar dari bilik itu.
"Dah settle?" tegur Mika.
"Dah."
"Doktor cakap apa?" soal Mika sambil mereka berjalan keluar dari hospital itu.
"Dia cakap babyboy ni baik je, sihat." Arianna mengusap perutnya perlahan.
"Mesti la dia baik, macam Uncle Mika dia.." ujar Mika. Arianna menayangkan muka menyampah. Masuk lift tekan sendiri.
"Haaa buat la muka tu, turun kat anak baru tau!" usik Mika. Arianna cepat-cepat memaniskan mukanya.
"Eh, of course la dia handsome macam papa dia kan.." Arianna mengusap perutnya lagi. Mika terdiam. "Masih belum ada apa-apa ke?" soal Arianna.
"Belum." balas Mika pendek. Sejak beberapa bulan lalu, dia menawarkan Arianna untuk mencari Edlan tapi sehingga sekarang masih tiada apa-apa.
"Sayang harap sangat Abang ada masa Sayang lahirkan anak kita nanti." ujar Arianna perlahan tetapi didengari Mika. Mika hanya diam. Tidak berani dia menjanjikan apa-apa, takut lagi mematahkan hati Arianna.
"Dah , jom balik"
"Nak balik dah ke?" Arianna mencebikkan mulutnya.
"Habistu nak pergi mana?"
"Nak beli barang baby!" Ujar Arianna teruja. Mika tepuk kepala Arianna perlahan.
"Bilik kat rumah tu nak penuh dah, nak beli lagi?"
"Mana cukup...jom kita borong satu kedai terus!" Arianna laju melangkah ke kereta. Tak sabar nak shopping!
Mika menggelengkan kepalanya. Setiap kali checkup, setiap kali tu lah nak beli barang baby. Balik rumah complain sakit kaki! Eii sabar je lah...
"Mika, nanti singgah 4Fingers boleh? Lapar..." ujar Arianna semasa mereka dalam perjalanan pulang.
"Aikk baru tadi makan dah lapar balik?" soal Mika.
"Alaaa tadi sarapan, ni lunch pulak..." Arianna mencebikkan muka.
"Yelah, yelah.." Mika mengeluh kecil. Ni kalau merajuk, sampai tahun depan tak habis.
Akhirnya mereka tiba di rumah. Arianna di sebelah sibuk makan fries sampai tak sedar mereka dah sampai. Mika perasan mulut Arianna yang comot itu.
"Makan comot macam budak-budak." ujar Mika selamba dan terus mengelap tepi bibir Arianna dengan jarinya. Arianna terkedu. Mika juga terkejut dengan tindakan spontannya itu.
"Sorry.." ujar Mika. Arianna hanya diam. Dia segera turun dari kereta dan matanya bertemu dengan wajah yang sangat dirinduinya.
"Ab–Abang.." Bicara Arianna tersekat-sekat. Dia tak sangka dapat melihat lagi wajah suaminya itu.
Edlan yang menyaksikan adegan itu tadi mengorak langkah untuk meninggalkan kawasan villa itu. Arianna terkejut melihat Edlan yang ingin beredar itu. Tangan Edlan segera dicapai.
"Ab–abang, n-nak pergi mana?"
"Anywhere, far from here..Sayang dah pun bahagia, siapa Abang untuk ganggu.."
"Abang salah faham...Mika dengan Sayang takde apa-apa...cuma kawan sahaja.." jelas Arianna.
"Kawan? With someone who used to be your Fiance? I don't think thats possible..Takpa, kalau ini kebahagian yang Sayang pilih..Abang sedia undur diri.." Edlan memberikan senyuman palsu. Tangan Arianna yang mengenggam tangannya dilepaskan perlahan. Langkah dibuka semula. Arianna terkedu.
"Terpulang pada Abang untuk percaya atau tidak, tapi Abang perlu tahu, Abang satu-satunya lelaki yang ada di hati Sayang. Sepanjang Abang tiada, tak pernah sekali pun terlintas di hati Sayang untuk cari pengganti Abang. Abang adalah suami Sayang sehingga ke akhir hayat." luah Arianna sambil teresak kecil.
Edlan terharu mendengar luahan isterinya. Isteri yang dia tinggalkan bergantung tak bertali selama 7 bulan. Dimanakah lagi dia dapat mencari isteri setia seperti ini? Edlan berlari memeluk isterinya erat.
"Abang minta maaf, abang fikir Sayang dah jumpa kebahagian Sayang..Abang taknak rosakkan itu.." ujar Edlan. Arianna membalas pelukan itu.
"Kebahagian Dylan Arianna hanya bersama Edlan Iskandar.."
"Terima kasih, Sayang.." Edlan memegang kedua pipinya isterinya. Mengelap air mata berharga itu. Arianna meletakkan tangganya di atas tangan Edlan sebelum menarik tangan Edlan memegang perutnya.
"Anak kita.." ujar Arianna. Air mata Edlan mengalir perlahan. Perut Arianna diusap perlahan. "I love you, Sayang..." Dahi Arianna dikucup lama. Bersyukur atas segala kesempatan yang diberi..
"I love you too, Abang."
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Edlan leka memerhati muka dan badannya yang tidak berbaju di cermin bilik air. Terpancar parut-parut luka di dahi dan badannya.
"Meh Sayang potong rambut abang.." Ujar Arianna sambil membawa gunting, sikat, dan tuala ke dalam bilik air.
"Pandai ke?"
"Taknak sudah.." Arianna berpusing untuk keluar. Edlan segera mencapai tangannya isterinya.
"Abang gurau je lah.." Tangan Arianna dikucup lama. Arianna tersenyum kecil.
"Meh duduk sini.." arah Arianna. Edlan hanya menurut. Dia melabuhkan punggungnya di kerusi sebelum menarik Arianna duduk di atas paha dan menghadapnya. Arianna terkejut.
"Sayang tak berat ke?" soal Arianna mula menggunting rambut Edlan.
"Berat la sikit tapi takpe, Abang kan sado" usik Edlan. Arianna mencebik mulutnya. Edlan ketawa kecil.
"Biasalah Sayang, orang mengandung memang berat akan naik tapi tak jadi masalah pun untuk Abang. Abang lagi suka, Sayang comel.." Edlan mencubit pipi Arianna. Arianna kembali tersenyum. Sambil menggunting rambut Edlan, Arianna menyentuh perlahan parut di dahi itu.
"Sakit tak?"
"Tak pun, parut lama kan...tapi mesti Abang dah tak handsome kan? Parut sana sini"
"Selama ni Abang handsome ke?" usik Arianna kembali. Dia membuat gaya seperti sedang berfikir. Edlan menjeling isterinya. Kecik besar kecik besar je tengok! Arianna ketawa besar.
"Ada parut ke , takde ke, Abang tetap handsome di mata Sayang. Tapi okay jugak ada parut macam ni..hot and sexy gitu...okay, dah siap."