[#1 Romance by Syaaezzi]
"How can I resist falling in love with you?" - Edlan Iskandar
"Awak adalah lelaki yang akan menjadi masa hadapan saya." - Dylan Arianna
"Aku akan menangi hati dia semula. Aku yakin, dalam hati dia masih ada rasa cinta untuk...
Sedang Edlan, Arianna, Mika dan Mak Yam berada di ruang tamu, terdengar derapan kaki laju berlari masuk ke dalam rumah dari luar. Dah sampai pun..
"Edlan!!" jerit Naim berlari masuk ke dalam rumah dan terus memeluk Edlan. Edlan terkejut dengan tindakan Naim itu.
Dia cuba menolak tubuh Naim tapi tak berjaya, pelukan Naim terlalu erat. Edlan menayangkan wajah menyampah. Arianna ketawa besar. Jarang nak tengok lelaki peluk lelaki ni.
"Edlan, aku rindu kau...huhuhu" ujar Naim bersama tangisan dibuat-buat. Danny, Joey , Veron dan Noah menepuk dahi dan menutup muka mereka. Tah siapa mamat sewel ni, tak kenal.
"Lepas la seytan....geli bodo." marah Edlan. Dia menolak lagi tubuh Naim dan akhirnya berjaya. Naim menarik muka masam. Dia memeluk lengan Danny di sebelahnya.Danny pulak jadi mangsa.
"Sampai hati kau..Aku rindu kau, kau tak rindu aku..huhuhuhu..Danny tengok dia tu." Naim melentokkan kepalanya ke lengan Danny sambil menunjuk ke arah Edlan.
Danny menggelengkan kepalanya sambil tangannya menggosok rambut Naim. Layankan aja...nama pun yang paling muda antara mereka..dan paling playboy!
"Haish, nak rampas suami I pulak?" ujar Lara yang baru masuk ke dalam rumah.
"Lara!" jerit Arianna sambil bergerak ke arah Lara. Elok la, mak boyot jumpa mak boyot!
"Ingat Danny datang sorang je tadi." sambung Arianna.
"Ouhh I angkat call kejap tadi. I suruh Danny masuk dulu.." balas Lara. Arianna mengangguk faham.
"Haaa baguslah semua dah ada, jom kita makan. Banyak mak yam masak harini." celah Mak Yam. Mereka semua mengangguk besertuju. Perut masing-masng dah macam koncert rock!
"Errr saya minta dulu, ada urusan kejap." ujar Mika tiba-tiba. Sebenarnya bukannya ada kerja pun tapi lebih kepada kekok.
Dengan kembalinya Edlan, kehadiran 5 Ting Tong, dia rasa asing. Dia juga dapat merasakan Edlan tidak senang dengan kehadiran dia di villa itu.
"Laa makan la dulu, banyak Mak Yam buat, nanti tak habis pulak.." pujuk Mak Yam.
"Takpelah Mak Yam..saya gerak dulu" balas Mika. Dia membuka langkah ke arah pintu utama.
"Makan la sekali. Nanti balik." ujar Edlan mendatar tapi tidak memandang ke arah Mika. Dia menarik tangan Arianna menuju ke arah meja makan. Yang lain mengikut langkah Edlan dan Arianna. Satu senyuman kecil terukir di bibir Mika.
"Tambah, tambah, ambik banyak-banyak, habiskan semua ni." ujar Mak Yam. Sinar gembira terpancar di wajah tua itu Seronok melihat mereka yang selera menikmati masakkannya itu. Sudah lama mereka tidak berkumpul seperti ini.
Veron menepuk bahu Naim yang sedang mencedok udang buttermilk ke dalam pinggannya. "Makan la dalam pinggan tu dulu, dah penuh pinggan tu nak amik lagi. Tamak betul.." ujar Veron.
"Aipp, mana boleh..nanti habis...Aku dah lama takde selera besar macam ni..sejak Que..." percakapan Naim terhenti. Sedar yang dia terlepas cakap. Suasana meja makan itu diam. Mereka hanya meneruskan suapan masing-masing.
"Kebetulan kau sebut pasal Que, mana dia? Aku tak nampak dia pun.." soal Edlan. Mereka hanya berpandangan sesama sendiri.
"Esok Abang ikut Sayang eh..Sayang nak tunjukkan sesuatu." ujar Arianna. Edlan hanya angguk dan meneruskan suapannya.
"Eh Edlan, macam mana kau tetiba boleh balik sini? Puas kitorang cari kau, tapi hampeh..." soal Joey mengubah topik.
"Masa aku kena culik tu, aku ada larikan diri, beberapa orang James kejar aku, then masa aku lintas jalan dekat kawasan tu, aku kena langgar lori dan aku dah tak sedarkan diri"
"And one day, aku sedarkan diri, aku ada dekat satu perkampungan orang asli, diorang selamatkan aku, but unfortunately, I lost all my memories. Nama sendiri pun tak ingat. Aku pun biasakan diri hidup dekat kampung tu.." sambung Edlan.
"Until yesterday, something happened and ingatan aku datang balik. Aku terus gerak balik sini."
"Oh my god, tragiknya kisah you.." Lara menuturp mulutnya. Terkejut mendengar cerita itu.
"Patutlah masa kitorang pergi selamatkan kau, kau takde dekat sana." ujar Veron.
"James macam mana?" soal Edlan.
"Selamat dalam tanah dah." ujar Naim selamba dengan mulut dipenuhi makanan.
"Bagus." puji Edlan. Senang kerja dia. Tak perlu susah-susah lagi nak peningkan kepala pasal setan tu.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Petang itu mereka membuat aktivit masing-masing di sekitar villa. 5 Ting Tong sudah keliling meja snooker. Sekarang perlawanan antara Noah dan Naim. Joey, Danny dan Veron menjadi pemerhati.
Manakala Arianna dan Lara sibuk bersembang di kolam luar rumah. Entah apa lah yang di gossip kan diorang berdua itu.
"Edlan."
Edlan yang sibuk memeriksa keretanya di garaj terhenti apabla namanya di panggil. Dia berpaling ke arah pemanggil itu. Mika.
"Apa?" soal Edlan dingin.
"Aku nak cakap dengan kau sikit." ujar Mika. Edlan meletakkan spana di kotak perkakasan di tepinya sebelum bergerak ke arah sofa yang tersedia di garaj itu. Dia mengambil tempat duduknya begitu juga Mika.
"Speak."
"Aku tahu kau tak suka aku ada dekat sini, but let me clarify few things.." Mika berjeda seketika. Edlan tidak menunjukkan apa-apa respon.
"Aku dengan Arianna memang dah takda apa-apa. Aku datang balik sebab aku memang dah tiada sesiapa, not even friends bahkan family. Arianna lah satu-satunya yang aku ada. Perasaan cinta aku kepada Arianna sebagai seorang kekasih dah lama berakhir, and that's the truth. Satu-satunya lelaki yang Arianna cintai adalah kau, Edlan."
"If you don't like it, I'll stop showing my face here but I'm begging you, please don't stop Arianna from being my family." ujar Mika panjang lebar. Dia memandang Edlan yang tidak memberikan reaksi.
"Ill leave now." ujar Mika sambil menunduk. Dia sudah dapatkan jawapannya. Edlan berhak menentukan apa yang terbaik untuk Arianna.
"No need." balas Edlan pendek. Dia bangun ke arah Mika yang sedang berdiri itu.
"What?"
"Tak perlu kau buat macam tu. Kau masih boleh jumpa Arianna, datang villa ni, but know your boundaries."
"For real?" soal Mika terkejut.
"Kau tanya lagi, aku tarik balik apa yang aku cakap tadi." ugut Edlan. Banyak tanya betul mamat ni. Mika cepat-cepat menutup mulutnya.
"And, thanks sebab jaga Arianna dengan anak aku masa aku takde." sambung Edlan sambil menghulur tangannya untuk bersalam. Mika sambut salam itu dengan senyuman. Edlan kembali menyambung kerjanya yang terhenti tadi.