Bab 32🚫

691 19 0
                                    

"Hoi, bangun."

Edlan membuka mata apabila merasa mukanya ditampar kuat. Matanya berasa pedih dan badannya sakit-sakit.

Perkara akhir yang dia ingat, dia dalam perjalanan ke tempat baru yang dikongsi Rina untuk berjumpa dengan clientnya dari Japan itu, dan tidak semena-mena, kereta dia bertembung dengan kereta dari arah bertentangan sebelum terbabas.

"Look who's here.... Edlan Iskandar...." ujar James dengan lagaknya.Gembira akhirnya dia berjaya menangkap Edlan. Tapi dia tidak akan berpuas hati selagi dia tidak bunuh lelaki itu. Edlan hanya memandang James tanpa berkata apa-apa.

"Mesti kau pelik kan macam mana kau boleh ada kat sini?" soal James.

"Come in."James memanggil seseorang. Edlan mengalihkan pandangan ke arah pintu. Dia melihat sosok yang muncul di situ dengan riak tenang.

"Hi Boss, it's me, Rina. Opss sorry, lupa pula. You are not my boss and never ever will be..."ujar Rina menanyangkan muka menyampah.

"Why?" Soal Edlan dengan tenangnya.

"For your information, aku tak pernah berpihak dengan kau. Aku kerja dengan kau pun sebab arahan James untuk aku jadi spy dalam syarikat kau. Selama ni, kau ingat siapa yang bocorkan rancangan kau kalau bukan aku."

"Habistu, kenapa sekarang kau nak dedahkan semua ni?"

"Sebab kau bunuh adik aku, Emily!!" jerit Rina.

"Emily is your sister?" soal Edlan berpura-pura.

"Kau ingat tak masa mula-mula kau kenal dengan Emily dulu? Dia hampir mati pastu kau selamatkan dia. What a lovely story. Tapi sayang, tu semua plan aku. Plan nak jadikan Emily spy di rumah kau. Tapi tak sangka adik aku bodoh boleh jatuh cinta dengan orang yang tak guna macam kau! Jadi aku rancang untuk pisahkan kau dengan Emily by making you lose your trust on her. Fortunately, my plan works. Bijakkan aku?"

"HAHAHAHAHA" Edlan ketawa dengan kuat. Rina dan James memandang Edlan pelik.

"Kau ingat aku bodoh? Aku dah lama tahu pasal benda ni. Cuma aku nak tengok sejauh mana rancangan ni akan pergi. To be honest, I'm impressed. Tak sangka rancangan kau akan bertahan selama bertahun-tahun. Segala plan aku yang kau tahu sebelum ni, semuanya dah ada plan B. Sebab tu apa saja yang James cuba buat untuk halang aku, semua tak menjadi. Am i right, James? " Edlan tersenyum sinis. Tapi ya, dia jatuh cinta dengan Emily memang diluar jangkaannya.

James terdiam seketika. Baru dia tahu perkara sebenar kenapa plan dia untuk jatuhkan Edlan selama ni selalu tak menjadi. Dia tahu Edlan seorang yang bijak tetapi dia tidak sangka Edlan sebijak ini. Hatinya menjadi lagi panas.

"Let's me remind you, mungkin kau lupa kau kat mana sekarang." Ujar James seraya melepaskan satu tumbukan di perut Edlan. Berkerut muka Edlan menahan kesakitan itu. "Kau dekat tempat aku. Jadi jangan cuba nak tunjuk pandai kau kat sini. Takde siapa yang kisah!" James melepaskan tumbukan kedua dan ketiga dan keempat dan seterusnya...

"Dah la tu, James. You nak dia mati ke?!"

"Yes. Memang aku nak dia mati. Kalau ikutkan hati, sekarang jugak aku nak bunuh setan ni."

"Wait. You sendiri cakap nak gunakan dia untuk perangkap Dylan. Lepas plan kita dah berjaya, you nak bunuh dia, I sendiri akan tolong you." ujar Rina. Edlan tersentak mendengar nama isterinya disebut. James dan Rina yang ingin berlalu dari situ terhenti apabila Edlan bersuara.

"Kau sentuh isteri aku.......Seluruh keturunan kau aku akan cari." Perlahan tetapi cukup didengari James dan Rina. Mata Edlan tajam merenung James.

"Arianna, you dah sedar?" soal Lara apabila perasan Arianna membuka matanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Arianna, you dah sedar?" soal Lara apabila perasan Arianna membuka matanya.

"I kat mana ni?" soal Arianna.

"You dekat hospital. Semalam you pengsan. Danny minta I temankan you. " jawab Lara.

"Mana yang lain?"

"Diorang ada hal kejap. Dah selesai nnti diorang datang sini melawat you."

"Edlan?" Lara terdiam.

"Eh Arianna, you lapar tak? I keluar pergi beli makanan kejap. Nanti I datang balik.." Lara segera keluar dari wad tersebut untuk mengelakkan dari menjawab soalan Arianna.


15 minit kemudian...

"Ni I ada belikan bubur. Makan sikit okay. " Lara mengeluarkan bubur yang dibelinya dan menyuap Arianna. Baru beberapa mulut, Arianna sudah menggeleng.

"Sikitnya. Makan la sikit lagi."

"Taknak. Dah kenyang. By the way, you tak jawab lagi pertanyaan I, Edlan mana?" Lara terdiam. Buntu untuk menjawab pertanyaan Arianna.

"Eh, you nak tahu something tak? I ada good news for you." Lara cuba mengalih topik perbualan.

"Apa?"

"You're pregnant, Arianna. 6 weeks." Arianna terkedu.

"Are you serious?" soal Arianna. Lara mengangguk. Mata Arianna berkaca. Gembira dengan berita yang diterimanya. Tangannya mengusap perlahan perutnya yang masih kempis itu.

Tetiba Lara memegang perutnya. "Aduh sakit perut la pulak. I pergi tandas kejap." Lara dengan lajunya pecut ke bilik air. Beberapa minit berselang, telefon Lara berbunyi minta diangkat.

Arianna memandang telefon Lara, dan tertera nama Danny disitu. Telefon dicapai dengan hasrat untuk memberitahu Danny yang Lara berada di tandas. Butang hijau ditekan.

"Dann--"

"Sayang, I nak bagitahu you, kitorang dah jumpa lokasi Edlan kena culik. Nanti I akan cerita details. Apa-apa pun, ingat, jangan sampai Arianna tahu pasal hal ni. I gerak dulu. Nanti I contact you balik." Ujar Danny dengan terburu-buru lalu terus mematikan panggilan. Arianna diam. Telefon ditangannya diletak kembali ke tempat asalnya.


10.00 pm..

Arianna membuka matanya dan mengintai Lara yang sedang tido di sofa di hujung katilnya. Sebenarnya dari tadi dia berpura-pura tido, hanya menunggu masa untuk Lara terlelap. Perlahan dia bangun dari katilnya dan mencapai kunci kereta Lara di atas meja.

Dia keluar dari wad dan melepasi beberapa orang jururawat yang sedang bertugas dengan berhati-hati. Setelah menjumpai kereta Lara, dia terus menghidupkan enjin dan meninggalkan perkarangan hospital itu.

[C] RuffianWhere stories live. Discover now