Edlan menggenggam erat tangan Arianna sambil merenung wajah polos itu. Arianna kelihatan pucat. Dalam hati dia cuma berdoa supaya Arianna baik-baik sahaja.
"Boleh saya bercakap dengan suami Puan Arianna?" soal doktor yang baru masuk ke dalam bilik itu.
"Saya suami dia." sahut Edlan.
"Boleh saya cakap dengan Encik dekat luar?" Edlan hanya mengangguk sebelum berjalan keluar. Tangan Arianna dicium sekilas."Isteri saya kenapa doktor?" soal Edlan sebaik sahaja mereka berada di luar. Ferka yang berada di kerusi menunggu hanya diam, tidak mahu menyampuk perbualan itu.
"Puan Arianna tidak kritikal cuma dia exhausted. Lepas dia baru keguguran, badan dia tak cukup rehat mungkin juga pemakanan tidak dijaga. Stress juga turut menyumbang kepada keadaannya sekarang. So saranan saya , lepas ni bagi dia banyak berehat dan jangan bagi dia stress..saya minta diri dulu.." Doktor itu berlalu pergi sebelum sempat Edlan menghadam apa yang diuatarakn.
"Keguguran? " guman Edlan sendiri sebelum berpaling ke arah Ferka. "Ferka apa maksud doktor tadi? Arianna baru keguguran? Dia mengandung?" soal Edlan bertubi-tubi.
Ferka menarik nafas panjang sebelum bersuara. "Macam ni Encik Edlan, minggu lepas Puan kemalangan masa perjalanan pergi office. Disebabkan tu, Puan keguguran. Tapi Puan pun tak tahu yang dia mengandung pada masa tu."
"Bila dia cakap dia nak balik Malaysia, saya dah cuba larang tapi Encik faham sendirilah Puan macam mana.." Ferka berjeda seketika sebelum menyambung, "She may look tough, but she really weak on the inside right now.."
Edlan memegang dinding di sebelah untuk menyokong dirinya. Tiada kekuatan untuk dia berdiri saat mendengar apa yang baru diberitahu Ferka.
"Saya memang suami tak berguna Ferka. Saya tak mampu nak jaga isteri sendiri. Saya banyak sakiti dia..." ujar Edlan perlahan. Sesak dadanya.
"Apa yang saya boleh cakap, semua orang buat silap. Tapi yang membezakan adalah adakah orang itu mampu untuk perbetulkan kesilapannya. Encik berbincang la baik-baik dengan Puan. Saya tahu yang Puan sangat sayangkan Encik Edlan."
Arianna membuka matanya yang terasa berat. Dia berpaling ke arah kanannya dan melihat Edlan yang sedang tidur sambil mengeggam erat tangannya. Perlahan dia menarik tangannya kembali.
Edlan terjaga ketika merasakan ada pergerakkan. "Sayang dah bangun? How are you feeling?" soal Edlan khuatir. Arianna memalingkan mukanya dari menghadap wajah Edlan.
"Awak buat apa kat sini? Saya taknak tengok muka awak. Panggil Ferka." Ujar Arianna dingin.
"Ferka dah balik Spain semalam, urgent, ada masalah sikit dengan sana." balas Edlan.
"Awak pergi balik la, saya boleh jaga diri sendiri."
"No, im not going back without my wife. No matter what you said, i'll stay, i'll take care of you." Arianna hanya diam. "Saya keluar pergi kafe kejap." ujar Edlan sebelum keluar untuk memberi ruang kepada Arianna. Dia tak mahu terlalu mendesak isterinya.
Keesokkannya Arianna sudah dibenarkan pulang. Edlan berkeras membawa Arianna balik ke villa walaupun Arianna berkali-kali berkata dia tidak mahu. Elok la, sama-sama kepala batu!
"Mak Yam, kami dah balik." jerit Edlan semasa masuk ke dalam rumah sambil memimpin Arianna. Edlan menjeling sekilas ke arah Arianna yang asyik menepis tangannya itu.
"Ria! Allah, kenapa ni?" soal Mak Yam kerisauan. Arianna hanya tersenyum lemah.
"Mak Yam tolong angkat beg dari kereta boleh? Edlan bawa Arianna naik ke atas dulu." Mak Yam hanya mengangguk dan terus berjalan ke arah kereta.
Edlan hanya memerhati Arianna yang terkial-kial menapak anak tangga satu per satu. 'Bini sapa la yang degil sangat ni...dah tahu tak boleh bukannya nak minta tolong' desis hati Edlan. Dia terus mencempung Arianna gaya bridal style dan terus menapak ke atas.
"Put me down!" jerit Arianna. Dia memukul badan Edlan.
"Duduk diam-diam. Jatuh nanti Abang tak tahu.."
"Biar jatuh pun, biar patah riuk" Edlan menjeling Arianna tajam.
"Menjawab. Menjawab." marah Edlan. Arianna diam.
Edlan meletakkan tubuh Arianna di atas katil perlahan-lahan. Dia membetulkan selimut dan menyelubungi tubuh Arianna. "Sayang tidurlah dulu. Abang nak turun bawah kejap. Nak minta Mak Yam masakkan makan tengahari."
Edlan menuruni tangga dan terus menuju ke dapur. "Mak Yam" panggil Edlan.
"Ya, ada apa Edlan? Kenapa dengan Arianna tu?" sahut Mak Yam.
"Edlan nak minta Mak Yam masakkan makanan orang berpantang boleh? Edlan tak berapa tahu sangat bab-bab ni..." minta Edlan sambil menggaru kepalanya.
"Makanan berpantang?" soal Mak Yam kehairanan. Edlan terus menceritakan apa yang terjadi kepada Mak Yam. Riak wajah Mak Yam jelas terkejut dengan berita itu. "Takpa, nanti Mak Yam masakkan. Edlan jangan risau, nanti Mak Yam ajar Edlan apa yang patut."
"And lagi satu, Mak Yam tolong hantarkan makanan ke atas sekali. Pastikan Arianna makan. Kalau Edlan yang bawakkan, mesti dia taknak makan. Sorry banyak susahkan Mak Yam."
"Takpelah, Korang berdua dah macam anak Mak Yam. Takde susahkan.."
"Terima kasih, Mak Yam" Edlan memberikan senyuman manis ke arah Mak Yam.
"Arianna bangun, makan dulu, nanti sambung rehat balik" ujar Mak Yam lembut. Arianna menggerakkan badanya dan bersandar di kepala katil.
"Susah-susahkan Mak Yam je.." ujar Arianna perlahan.
"Apa cakap macam tu, Mak Yam lagi suka masak untuk kamu...ni Mak Yam ada masakkan Ikan tenggiri masak singgang...sedap tau... Arianna kena habiskan.." Mak Yam menyuakan sudu ke arah Arianna. Ariana membuka mulutnya dan menikmati makanan itu.
"Dah Mak Yam, Ria dah kenyang dah"
"Kenyang apanya...ni ada lagi nasi ni..." Arianna menggeleng kepalanya. Mak Yam meletakkan pinggan dia atas meja sebelum mengenggam tangan arianna.
"Ria, Mak Yam minta maaf tau.."
"Eh Mak Yam ni, nak minta maaf kenapa pulak?"
"Mak Yam minta maaf sebab takde dengan Ria masa Ria perlukan seseorang...pasal baby...." belum sempat Mak Yam habis bercakap, Arianna memeluk Mak Yam erat. Terdengar esakkannya.
"Anak Ria, Mak Yam....anak Ria dah takde..." Semakin kuat esakan Arianna.
"Shushhh, Ria jangan macam ni...Ria kena redha sayang...Semua ni qada dan qadar Allah.." Mak Yam mengusap badan Arianna sambil air mata yang juga di tahan.
YOU ARE READING
[C] Ruffian
Action"How can I resist falling in love with you?" "Awak adalah lelaki yang akan menjadi masa hadapan saya." "Aku akan menangi hati dia semula. Aku yakin, dalam hati dia masih ada rasa cinta untuk aku." Together; they become a perfect match that even the...