Bab 8🚫

885 35 0
                                        

Arianna bangun dari tidur pagi tu terus bersiap dan turun ke bawah. Kelihatan Edlan, Que dan 5 Ting Tong sedang berbincang di meja ruang tamu. Serius betul tengok muka masing-masing.

"Selamat pagi Mak Yam."tegur Arianna.

"Selamat pagi Ria. Ria nak makan apa? Mak Yam ambilkan."

"Kejap lagi lah. Diorang dah sarapan ke? Awal betul diorang bangun."soal Arianna sambil memandang ke arah mereka.

"Ohh diorang dah sarapan tadi. Arianna je yang belum makan." Arianna mengangguk sebelum perlahan-lahan menghampiri mereka. Kalau mencelah lagi macam semalam, agak-agak kena marah tak?

Arianna terus duduk di tempat kosong di sebelah Edlan. Perbincangan mereka diteruskan tanpa menghiraukan Arianna yang turut berada di situ

"Okay, macam yang aku cakap tadi, aku dah berjaya crack system James semalam tapi tak lama sebab diorang recover balik with a stronger security. Apa yang sempat aku dapat ialah James akan ke Spain dalam masa dua hari untuk berjumpa seseorang di sana. Sejak sebulan yang lalu, aktiviti diorang semakin menjadi-jadi ." jelas Naim sambil mencari sesuatu di laptopnya. Semua orang mendengar dengan tekun termasuk Arianna.

"Ini orang yang James akan jumpa tu."ujar Naim sambil menunjukkan satu gambar. Semua orang tertanya-tanya siapa dalam gambar itu tetapi tidak bagi Arianna. Sungguh dia terkejut melihat gambar yang berada di hadapan matanya sekarang.

"Ziyan!" terpacul nama itu dari mulut Arianna tanpa dia sedar. Semua memandang ke arah Arianna.

"Do you know him?"soal Edlan. Arianna yang tersedar akan hal itu terus cepat menggeleng. Edlan memandang Arianna lama sebelum kembali fokus.

"Apa hubungan James dengan lelaki ini?"soal Noah.

"Pasal tu aku pun tak tahu lagi.." ujar Naim pendek.

"Apa kita nak buat sekarang? Kalau dia sampai nak jumpa mafia dari Spain, aku rasa dia ada something besar yang dia nak buat." soal Joey.

"So far kita tengok je dulu apa yang dia nak buat. Kita tak boleh cepat melatah. Nanti kita yang kena balik. Faham-faham je lah orang macam James tu. Penuh dengan tipu helah.."ujar Veron.

"Betul jugak tu. Apa-apa pun, jangan lupa malam ni birthday party Lara. Jangan tak datang pula. Kang merajuk dia, aku juga yang kena pujuk."ujar Danny. Semua dah ketawa terbahak-bahak tapi bukan Edlan.

"Siapa Lara?"soal Arianna.

"Lara tu tunang si Danny. Malam ni dia buat birthday party. Awak datang la sekali."jelas Noah.

"Serious? Nak! Nak!" jawab Arianna teruja.

"No." Ujar Edlan sebelum bangun dari sofa. Arianna dah nak bebal. Dia bangun mengikuti langkah Edlan.

"Kenapa tak boleh pula??"

"I said no means no." Keras suara Edlan.

"Alaa boleh la....sejak datang sini, saya tak pernah pun keluar dari sini."

"Kau nak cakap aku kurung kau?"

"Bukan macam tu tapi saya dah lama tak pergi party. Korang pergi malam ni confirm tinggal saya sorang-sorang kat rumah. Bosan...please.. ". Arianna cuba membuat muka comel.

Edlan berlalu masuk ke bilik nya tanpa sebarang riak. Arianna sudah menghentakkan kaki. Geram. "Dasar hati batu!" marah Arianna. Sengaja dikuatkan suara suapaya Edlan dengar.

Arianna sedang sibuk memasak makanan tengah hari bersama Mak Yam semasa ditegur oleh Edlan

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Arianna sedang sibuk memasak makanan tengah hari bersama Mak Yam semasa ditegur oleh Edlan. Edlan senyum kecil melihat wajah cemberut Arianna. 'Marah la tu..'

"Kenapa tak siap lagi?"soal Edlan.

"Nak bersiap pergi mana? Saya bukannya boleh keluar pun." ujar Arianna dengan suara yang bebal. Edlan cuba menyembunyikan senyuman dia. Ingatkan tough sangat Arianna ni. Baru kena marah sikit dah merajuk.

"Aku bagi kau masa lima minit nak siap. Aku tunggu dekat kereta. Pakai baju biasa je. Lambat aku tinggal."ujar Edlan.

"Nak pergi man..."belum sempat Arianna menghabiskan ayatnya, dipintas oleh Edlan.

"4 minutes 58 seconds.." Edlan dah mula countdown.

Arianna cepat-cepat membasuh tangannya dan berlari naik ke atas. Edlan ni bukan boleh buat main-main.. Mak Yam dah ketawa tengok gelagat Arianna.

"Edlan ni suka sangat menyakat Arianna tu. Kesian dia." tegur Mak Yam.

"Bukan selalu, Mak Yam." Edlan segera mencapai kunci kereta dan bergerak ke garaj.

5 minit kemudian, Arianna masuk ke dalam kereta dalam keadaan termengah-mengah.

"Kau lambat lima saat."

"Alaaa lima saat je pun. Tu pun nak berkira."

"Aku tak suka orang tak punctual."

"Yelah yelah, sorry." balas Arianna acuh tak acuh. Malas nak gaduh.

"Kita nak pergi mana ni?"soal Arianna ketika kereta sudah bergerak. Edlan hanya diam.

Setengah jam kemudian mereka tiba di satu shopping mall. Setelah memarkirkan kereta, mereka berjalan masuk ke dalam mall. Arianna hanya mengikuti langkah Edlan. Malas nak tanya banyak-banyak. Buat sakit hati je. Akhirnya mereka tiba di hadapan satu kedai yang menjual dress wanita.

"Masuk la pilih baju apa kau nak." arah Edlan.

"Nak buat apa?"

"Habis tu malam ni kau nak pergi party tu tak pakai baju?"sindir Edlan.

"Tadi kata tak bagi pergi."sindir Arianna pula.

"Taknak sudah. Jom balik." Cepat-cepat Arianna menarik tangan Edlan yang ingin beredar tu supaya masuk ke dalam kedai tu. Edlan agak terkejut dengan tindakan Arianna namun dibiarkan saja.

Arianna berpusing-pusing satu kedai tu untuk cari baju yang dia berkenan. Edlan hanya duduk di sofa sambil membaca majalah.

Pusing punya pusing akhirnya dia jumpa satu baju yang di berkenan. Dia membelek harga baju tu. Bapak mahal! Bukan dia takde duit tapi tulah, memang takde duit pun. Semua barang peribadinya ,entah ke mana sejak kejadian itu.

"Kau nak baju ni ke?" tegur Edlan dari belakang. Jarak mereka sangat rapat. Arianna boleh mendengar deruan nafas Edlan di telinganya.

"Tak yah la. Mahal sangat. Saya pakai je lah nanti baju mana yang ada kat rumah tu. Takpun pinjam baju Mak Yam je..."

Tanpa banyak cakap, Edlan terus mengambil baju yang dipegang Arianna itu dan dibawa ke kaunter. Belum sempat cakap apa, Edlan dah bayar baju tu. Arianna turut membeli beberapa pasang baju casual lagi. Setelah puas berjalan, mereka pun balik ke villa.

"Awak,nanti kita pergi take note tau berapa saya guna duit awak harini, nanti bila dah balik Spain, saya bayar balik duit awak."ujar Arianna semasa perjalanan pulang.

"Nak buat apa? Aku mampu lagi nak tanggung kau. Bahkan lebih dari cukup."

"Saya tahu. Tapi sampai bila awak nak tanggung saya. Lambat laun saya kena pergi juga dari villa tu."

"Ada aku suruh kau pergi? Sampai bila-bila pun aku boleh tanggung kau. Aku tak kisah. By the way, nah, pakai phone ni, senang apa-apa aku nak contact kau. Jangan banyak soal" Kata-kata Edlan membuatkan Arianna terdiam. Edlan tersenyum sendiri sambil menjeling ke arah Arianna. Perjalanan pulang itu hanya ditemani bunyi radio.

[C] RuffianTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang