"Sayang, ni je kan barang yang perlu beli? Ada apa lagi tak yang kita tertinggal?"soal Danny.
"Rasanya semua dah cukup. Cuma mama pesan nanti jangan lupa ambil baju pengantin dekat butik."jawab Lara.
"I tak sangka kita dah nak kahwin, sayang. But, mama you tahu tak pasal pekerjaan I?"
"What do you mean? Of course la mama I tahu yang you kerja as Executive Manager dekat company Edlan tu... "jelas Lara.
"What I mean is---- about my 'other' job."
"Ouhh, mama tak perlu tahu pasal tu. Cukup I sorang je yang tahu. Biar hal ini jadi rahsia kita berdua je. I terima you seadanya. I can't afford to lose you..." Lara mencium pipi Danny.
"Thanks sayang."ucap Danny.
"By the way, rasanya kita dah boleh hantar kad undangan to all our friends and family." Sambung Lara.
"Jangan lupa pos satu ke Spain. For Arianna."
"Arianna masih ada dekat sana? Diorang tak berbaik lagi? Its been weeks since that incident..."soal Lara.
"Entahlah sayang. I pun malas nak masuk campur rumah tangga diorang. Edlan ada juga cuba pujuk Arianna but nothing...Jumpa Edlan pun Arianna taknak. Serabut I tengok Edlan tu. Asyik busy kan diri dengan kerja. Kadang makan, kadang tak."
" I harap diorang cepatlah berbaik and attend our wedding together."
"I hope so too. Eh, dah jom gerak. Karang lambat pulak nak sampai rumah mama."ujar Danny. Mereka berjalan menuju ke kereta meninggalkan mall itu.
In Spain...
Knock! Knock!
"Masuk." ujar Arianna tanpa mengalihkan padangan dari file di tangannya.
"Puan Arianna, ni ada beberapa surat." ujar Lylia.
"Okay takpe letak situ. Nanti saya tengok." balas Arianna.
"Puan Arianna taknak balik rumah ke, dah 2 hari saya tengok Puan Arianna tak rehat, nanti cik jatuh sakit..."
"Tak perlu nak risaukan saya, saya pandai jaga diri sendiri..."
"Takpelah saya keluar dulu...". Pintu ditutup. Arianna meletakkan file di atas meja. Dahinya dipicit perlahan. Serabut nak selesaikan masalah yang dihadapai AJ Corps sekarang.
Arianna melirik ke arah surat-surat di atas meja yang diberi Lylia tadi. Dia mecapai surat tersebut dan dibelek satu persatu. Semuanya surat mengenai bil-bil yang perlu dibayar kecuali ada satu sampul yang lain dari lain.
Arianna mengoyak sampul tersebut mendedahkan satu kad. "Jemputan Perkahwinan' tertulis di hadapan kad tersebut. Jantung Arianna berdegup kencang. Tidak sanggup membuka kad itu. Tak mampu menerima kenyataan kalau itu jemputan perkahwinan Edlan dan Emily.
Arianna menarik nafas panjang sebelum membuka kad itu perlahan. "Danny & Lara". Arianna menarik nafas lega. Kenapa dia lega? Kerana hati masih sayang tapi ego menguasai diri.
Malaysia..
"Sorang lagi kawan aku dah nak kahwin, aku ni bila lagi?"ujar Naim. Mereka semua sedang sibuk membantu Danny mempersiapkan dewan untuk majlis nanti, termasuklah Edlan.
"Kau tak payah nak sedih sangat. Tulah, sapa suruh jadi playboy sangat. Habis semua perempuan tinggalkan kau."ujar Veron. Yang lain ketawa mendengar kata-kata Veron.
"Tu dulu, sekarang dah tak playboy. Misi aku nak cari calon isteri yang baik lagi muslimah."ujar Naim bersungguh-sungguh.
"Perangai kau pun macam setan, ada hati dah isteri solehah" ujar Noah.
"Aku serius. Aku janji depan korang semua, bila aku kahwin nanti, aku hanya akan setia pada isteri aku, aku sayang dia sorang je, takkan sakitkan hati dia. Aku akan buat dia wanita paling bahagia dalam dunia ni." ujar Naim sambil mengangkat tangan seperti berikrar..
Edlan terdiam. Seolah-olah kata-kata Naim itu ditujukan khas buat dia. Que hanya memandang Edlan yang termenung jauh itu. Sudah berminggu Edlan dan Arianna tidak bercakap. Dengan perangai Emily yang dah macam madam besar kat villa tu, Que sendiri pun pening. Edlan dah halang dia dari datang ke villa tu, tapi tulah, Emily buat pekak je.
Danny menghanpiri mereka. "Edlan, aku nak cakap kau sikit." ujar Danny. Semua memandang ke arah Danny dan Edlan sebelum mereka bergerak ke tempat yang lebih privacy.
"Kenapa?" soal Edlan.
"Aku ada jemput Arianna untuk datang wedding aku nanti." ujar Danny.
"Kenapa nak bagitau aku? Ni kan wedding kau, ikut kau la nak jemput sesiapa pun."ujar Edlan dingin.
"Kau dengan Arianna sampai bila nak macam ni?."
"Entah. Aku sendiri pun tak tahu. Aku buntu macam mana lagi nak pujuk dia."
"The only problem here is Emily. Dia takde, I guess everything will be back to normal." nasihat Danny. Perbualan mereka terganggu dengan jeritan Naim.
"Danny, aku lupa beli mask la, nak kena pakai jugak ke?"soal Naim.
"Kena la kambing, kan aku dah tulis tema kat kad jemputan tu. Nanti Lara halau kau dari majlis, aku tak tahu " Balas Danny. Tema wedding yang diambil Danny ialah Masquerade.
"Alaaaa, Joey nanti teman aku beli ?"
"Malas aku. Kau pergi la sendiri." ujar Joey dingin.
"Dasar kawan tak boleh harap..."Naim menarik muncung. Merajuk kononnya. Mereka ketawa terbahak-bahak melihat kelakuan Naim yang kebudak-budakan itu.
YOU ARE READING
[C] Ruffian
Action"How can I resist falling in love with you?" "Awak adalah lelaki yang akan menjadi masa hadapan saya." "Aku akan menangi hati dia semula. Aku yakin, dalam hati dia masih ada rasa cinta untuk aku." Together; they become a perfect match that even the...