Bab 5🚫

877 31 2
                                    

Knock! Knock!

"Masuk." Mendengar sahutan suara dari dalam, Arianna memusing tombol pintu perlahan-lahan dan melangkah masuk ke dalam. Arianna memerhati sekeliling, kemas and vintage! Terdapat satu meja kerja di sebelah kanan dan set sofa dia tengah-tengah ruang bilik itu.

"Nak apa?" ujar Edlan sambil matanya memerhati komputer dia hadapannya.

"Edlan right? Awak busy ke? Kalau saya menganggu takpelah, nanti dah free saya datang balik." soal Arianna.

"Busy ke tak ke, sama je, kau dah masuk dah pun. Cakaplah apa kau nak cepat."

'Eh mamat ni, aku tanya elok-elok kot.' Arianna membuat muka menyampah. "Nak kutuk aku, kutuk depan-depan" Arianna terkedu. Mamat ni boleh baca fikiran ke? Oh my god!!

"Apa yang kau nak tahu?" Belum sempat Arianna membuka mulut, Edlan bertanya. Sumpah mamat ni psychic!

"Everything." jawab Arianna pendek.

"Aku dengan Que on the way balik mansion masa jumpa kau sorang-sorang dekat tengah jalan. Unconcious. Bleeding. Aku bawak kau balik mansion aku dan Que yang rawat kau. Masa aku dan Que nak balik sini kau tak sedarkan diri lagi. So aku decide bawa kau balik sini. After 2 months, here you are." jelas Edlan ringkas. Dia sengaja tak cerita hal dia derma darahnya pada Arianna. Biarlah itu menjadi rahsia antara dia dan Que sahaja.

"Thanks sebab selamatkan saya. Ada tak sesiapa cari saya?"

"No." Balas Edlan pendek.

"Dada kanan kau kena apa?"soal Edlan. Arianna tahu Edlan bertanyakan tentang kesan tembakan itu. Arianna diam seketika sebelum menjawab.

"Saya pergi hiking dekat kawasan situ. Tak perasaan ada orang tengah hunting. Tembakan dia tersasar and terkena saya. Saya bergolek jatuh gaung and lepastu tak sedar apa dah." Jawab Arianna. Dia tahu alasan dia macam tak logik tapi biarlah. Itu je dia sempat fikir.

"Pergi hiking pakai dress?" Edlan memandang Arianna sambil menjungkitkan keningnya.Arianna menepuk dahi sendiri. Macam mana dia boleh lupa dia pakai dress masa kejadian itu terjadi.

"Kalau kau taknak cerita, aku tak paksa. Cuma jangan menipu. Aku tak suka. Faham?" ujar Edlan tegas. Arianna mengangguk laju. Seram betul mamat ni!

"Mak Yam nak masak apa?"soal Arianna apabila melihat Mak Yam sibuk menyediakan barang basah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Mak Yam nak masak apa?"soal Arianna apabila melihat Mak Yam sibuk menyediakan barang basah.

"Mak Yam ingat nak masak Ayam Masak Merah dengan Tomyam. Okay tak?"jawab Mak Yam.

"Okay je. Kalau Ria nak masak boleh tak?"

"Tak payah la . Pergi rehat. Ria kan tak sihat lagi."

"Ria okay je. Lagipun dah lama sangat Ria rehat. Mak Yam pun dah banyak jaga Ria masa Ria tak sedarkan diri. Harini Mak Yam cuti. Biar Ria yang masak." Arianna menolak tubuh Mak Yam keluar dari dapur.

"Bertuah punya budak." Mak Yam hanya ketawa melihat telatah Arianna. Dia duduk di meja makan sambil memperhatikan Arianna. Dia perasaan yang Arianna langsung tak kekok dalam membuat kerja. Dia suka sebenarnya bila Edlan bawa Arianna balik ke sini. At least dia ada peneman. Edlan dah ceritakan semua yang terjadi. Dia juga sudah anggap Edlan seperti anaknya sendiri.

"Mak Yam, tolong panggilkan diorang makan boleh? Segan pulak Ria nak panggil. Semua dah siap ni." Mak Yam terus jerit memanggil jejaka-jejakan itu untuk turun makan. Mak Yam turut membantu Ria mencedokkan nasi dan menuang air ke dalam gelas.

"Sedapnya Mak Yam. Asal macam lain je dari selalu Mak Yam masak?"soal Danny sambil tambah lauk ke dalam pinggannya. Tengah hari itu, mereka semua makan tengah hari sekali. Meriah je. Arianna tersenyum sendiri. Dah lama dia tak makan ramai2 begini sejak kematian ibunya.

"Memanglah lain sebab bukan Mak Yam yang masak. Tu ha. Ria yang masak. Mak Yam tak sentuh sikit pun."

"Seriuslah Mak Yam? Dah la cantik, pandai masak pula tu. Boleh jadi calon isteri ni."puji Naim. Arianna hanya tersenyum. Malu ah kena puji macam ni...hehehehe.

Selesai makan, Ria membantu Mak Yam mencuci pinggan sambil berbual dengan Mak Yam. "Maaf Mak Yam. Boleh Ria tanya, Mak Yam dah berapa lama kerja dekat sini?"

"Ada la dalam 20 tahun. Sejak Edlan kecil lagi Mak Yam dah kerja dekat sini bawah arwah mak ayah Edlan."

"Arwah?"

"Mereka dah meninggal dunia. Masa tu Edlan umur 18 tahun. Sejak tu dia bertanggungjawab ambil alih syarikat ayah dia." Arianna hanya mengangguk mendengar kata-kata Mak Yam.

[C] RuffianWhere stories live. Discover now