Bab 33🚫

748 24 0
                                        

"Okay, jadi macam aku cakapkan tadi, kita masuk ikut sini. Berdasarkan apa yang Naim tunjuk, Edlan mungkin ada dalam bilik ni. " Ujar Que sambil jari menunjuk ke arah pelan di atas meja.

"Kita kena masuk dengan berhati-hati. Matlamat utama kita adalah pastikan Edlan selamat dulu, then baru kita interact dengan diorang. Pastikan diorang tak sedar kita ada dekat sana." sambung Que lagi. Joey, Naim, Noah, Veron dan Danny mengangguk tanda faham.

"And lagi satu, since this mission hanya melibatkan kita sahaja,I can't guarantee we can get out alive, so if anyone wants to withdraw, please do so...Aku takkan paksa sesiapa.." ujar Que lagi. Dia tahu misi ini terlalu berbahaya. Silap langkah, nyawa yang tergadai..

"Saya ikut." ujar satu suara. Mereka segera berpaling ke arah suara itu.

"Arianna?!" jerit mereka serentak. Bila Arianna sampai ni?

"Arianna, apa awak buat dekat sini?" soal Joey.

"Saya join." ujar Arianna lagi. Soalan Joey diabaikan.

"Arianna, awak sedar tak keadaan awak sekarang? Misi ni bahaya. If anything happens to you or your baby, Edlan will never forgive me! And even I cannot forgive myself..." ujar Que.

"Edlan suami saya. I will do anything to bring him back. Sama ada saya ikut sekali atau saya pergi sendiri." Arianna memberikan kata putus. Dia nekad dengan keputusan dia sendiri. Mereka memandang ke arah Que. Que meraup mukanya. Susah betul ada adik keras kepala macam ni!

"Fine but with one condition, you gonna stick with me no matter what. Never leave my sight. Faham?" ujar Que tegas. Arianna mengangguk faham.

"Get Ready. Kita gerak at 1200hrs." Mereka mengganguk sebelum beredar dari meja itu. Ada yang bergerak tukar baju, mandi, check barang-barang dan makan. Mereka perlu siapkan diri untuk hadapi apa saja yang akan berlaku nanti.

"Aku akan selamatkan kau walaupun nyawa aku yang menjadi taruhan." ujar Que merenung gambar dia dan Edlan di telefonnya.

" ujar Que merenung gambar dia dan Edlan di telefonnya

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Edlan memerhati sekeliling bilik itu. Gelap. Telinganya dipasang tapi hanya bunyi cengkerik dan suara dua orang di luar biliknya itu yang kedengaran. Dia berfikir mungkin dia sekarang berada di kawasan hutan yang jauh dari orang ramai.

Leher dan badannya digerak-gerak untuk hilangkan rasa lenguh di tubuhnya. Tangan cuba digerakkan tapi diikat kemas. "Aku kena keluar juga dari sini." gumam Edlan perlahan.

Sekali lagi dia cuba memerhati sekeliling. Cuba untuk mencari apa-apa sahaja yang boleh bantu dia larikan diri. Mata dia terpandang beberapa serpihan kaca pecah dia penjuru bilik itu.

Perlahan-lahan dia mencapai kaca itu sambil cuba untuk tidak membuat sebarang bunyi. Kaca dicapai. Ikatan tali dia tangannya dipotong secepat mungkin.

Setelah kedua ikatan di tangan dan kakinya terlerai, dia segera berdiri di belakang pintu sebelum menjerit. "Arghh!"

[C] RuffianTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang