In Spain...
"Jemput masuk Tuan Edlan, Cik Arianna."ujar bibik sambil mengangkat beg Arianna dan Edlan. Arianna tersenyum manis ke arah bibik itu.
"Awak, boleh bawa saya pergi tempat yang awak jumpa saya tu?"soal Arianna.
"Kau taknak rehat dulu ke? Tak penat?" soal Edlan.
"Tak. Saya okay je. Kalau awak penat, kita pergi esok jelah."
"Aku okay. Dah, jom." Arianna menuruti langkah Edlan. Beberapa minit kemudian mereka sampai di jalan yang dicakapkan Edlan. Arianna turun dari kereta dan memerhati sekeliling. Kemudian dia terpandang satu bangunan di atas bukit.
"Jom pergi sana. Biar saya drive. Saya ingat jalan tu." Belum sempat Edlan berkata apa-apa, Arianna sudah duduk di tempat pemandu. Edlan hanya menurut. Arianna bawa kereta kalah Formula 1. Laju betul...
Dalam sekelip mata, mereka sudah sampai di bangunan tadi. Kelihatan kesan tinggalan dari pergaduhan itu sudah tiada. Semuanya nampak seperti baru. Peristiwa itu kembali berlayar di kepala Arianna. Dia berpusing sekeliling bangunan..
"Yes miss, how can I help you?" soal seorang wanita tempatan. Mungkin manager baru yang menguruskan tempat itu.
"No sorry, I was just looking around. Sorry for disturbing." balas Arianna. "Jom la kita balik, maybe dah takde pape pun dekat sini." Edlan mengangguk. Mereka berjalan ke arah kereta.
Seketika kemudian, ada seorang lelaki datang menghampiri mereka. Mukanya bertutup. Edlan menarik Arianna supaya berlindung di belakangnya dan mengacukan pistolnya ke arah lelaki itu. Lelaki itu mengangkat kedua belah tangannya.
"Señorita Dylan? (Cik Dylan?)"ujar lelaki itu apabila melihat Arianna. Suara lelaki itu seperti sangat terkejut melihat Arianna di situ.
" Quiénes sois?(Siapa kau?)"soal Arianna. Hanya orang-orang Blood Rose yang selalu memanggilnya dengan panggilan Dylan.
" Soy yo, Ferka..(Ni saya, Ferka.)" Lelaki itu membuka topeng mukanya. Arianna terkejut melihat Ferka masih hidup. Ferka merupakan orang kanan Papa. Dia ingat Ferka dah mati selepas kejadian itu.
"Awak masih hidup? Mana yang lain? Papa macam mana?"soal Arianna bertubi-tubi.
"Tak ramai orang kita yang selamat selepas kejadian tu. Semuanya diburu Dead Mind. Mereka yang taknak mati, semua dah belot dan join Dead Mind. I hate to say this but Blood Rose is already good as dead." jawab Ferka sambil menundukkan wajahnya. Rasa kesal menyelubungi diri kerana tidak dapat pertahankan Blood Rose.
Pasal Tuan Arman, saya dah uruskan. Mari ikut saya."sambung Ferka lagi yang fasih berbahasa melayu. Arman Jay telah menetapkan syarat bahawa setiap ahli Blood Rose untuk menguasai Bahasa Melayu dan English untuk memudahkan sebarang komunikasi.
"Are you sure we can trust him?"soal Edlan sambil memegang tangan Arianna erat.
"Don't worry. He's my man. We can trust him." Mereka mula menaiki kereta dan mengikut kereta Ferka. Akhirnya mereka sampai di suatu kawasan perkuburan.
"Papa, Arianna dah datang. Arianna minta maaf sebab lambat. Arianna janji dengan papa, Arianna akan tuntut bela atas papa, dan Ziyan akan mati di tangan Arianna . Papa berehat dengan tenang dekat sana ye."ujar Arianna di depan kubur papanya. Dia mengesat air mata yang mengalir di pipinya.
Sejurus itu, mereka mengikuti Ferka sehingga sampai di satu gudang lama. Mereka memasuki gudang itu dan kelihatan terdapat beberapa orang di situ. Mereka semua pelik dengan kereta yang mengikuti kereta Ferka. Ferka merapati mereka semua.
"Siapa tu?"soal salah seorang daripada mereka.
"Just wait and see."ujar Ferka dengan bangganya. Arianna melangkah keluar dari kereta diikuti Edlan. Mereka semua terkejut melihat Arianna.
YOU ARE READING
[C] Ruffian
Action"How can I resist falling in love with you?" "Awak adalah lelaki yang akan menjadi masa hadapan saya." "Aku akan menangi hati dia semula. Aku yakin, dalam hati dia masih ada rasa cinta untuk aku." Together; they become a perfect match that even the...