Bab 16🚫

833 25 0
                                        

Edlan membuka matanya dan melihat Arianna sudah tiada di sebelahnya. Jam menunjukkan pukul 12 pagi. Lama betul dia tidur.. Selepas membersihkan diri, dia turun ke bawah. Dia melihat Mak Yam sedang menyediakan makanan tengahhari.

"Mana Arianna, Mak Yam?" soal Edlan.

"Ria? Rasanya ada dekat kolam ikan dekat luar tu. Pergilah tengok. Ajak dia masuk makan."ujar Mak Yam. Edlan bergerak ke arah kolam ikan dan melihat Arianna sedang duduk di bangku berdekatan.

Arianna merenung kosong ke kolam ikan. Perkara yang terjadi masa dia diculik Ziyan dan James masih bermain di fikirannya. Lebih-lebih lagi Mika. Air mata Arianna mengalir perlahan. Dia rindukan Mika Adrian . Tapi Mika yang dia kenal sekarang lain sangat.

Mungkin mereka orang yang sama tetapi Arianna tak nak Mika yang sekarang. Dia perlukan Mika yang periang, suka buat lawak bodoh. Kata-kata Mika juga masih berlayar di fikirannya.Mungkin ni petanda yang Arianna perlu teruskan hidup tanpa Mika lagi. Hampir setahun Arianna cuba cari dia, tunggu dia tapi hasilnya bukan seperti yang Arianna harapkan.

Arianna menanggalkan cincin yang berada di jari manisku dan menggenggam cincin itu erat. Air mata mengalir deras pipiku. "I'm sorry, Mika Adrian "ujarnya sebelum menyimpan cincin itu ke dalam poket seluarnya

"Kenapa kau nangis ?"soal Edlan. Arianna yang terkejut dengan kehadiran Edlan cepat-cepat mengelap air matanya.

"Takde apa lah."ujar Arianna.

"Arianna..."panggil Edlan dengan serius. Arianna hanya diam menunggu Edlan meneruskan percakapannya.

"Kahwin dengan aku."ujar Edlan. Arianna terkejut.

"Saya dah cakap kahwin ni bukan benda main-main. Kenapa nak kena bergurau pasal benda ni?"

"Aku tak pernah main-main dengan apa yang aku cakap. " balas Edlan. Arianna terkedu.

"And for what reason you want to marry me? Saya dah cakap, kalau sebab kasihan, lupakan je lah. Saya tak perlukan belas kasihan sesiapa." Arianna bangun dari bangku tersebut untuk masuk ke dalam. Penat dah nak cakap pasal benda ni.

"Sebab..." Edlan diam. Pergerakkan Arianna terhenti. Edlan menarik nafas panjang sebelum menyambung...

"Sebab aku cintakan kau. Aku nak jaga kau.Tapi aku pendam sebab kau milik orang. Sejahat-jahat aku pun, aku bukan perampas. " Edlan bangun dan menghampiri Arianna. "Kau buat hidup aku rasa lengkap semula. Aku dah tak nak pendam lagi sebab benda ni memakan diri aku balik.Aku tahu semua ni terlalu mendadak untuk kau tapi aku takkan paksa. Kau bebas untuk buat keputusan. Aku akan terima. "Ujar Edlan .

Arianna terkedu mendengar luahan Edlan. Dia tak sangka yang selama ni Edlan cintakan dia. Tapi memang semua ini terlalu mendadak. Dia baru cuba untuk melupakan Mika and now Edlan ajak dia kahwin.

"Bagi saya masa untuk fikir."ujar Arianna sebelum masuk ke dalam rumah dan menuju ke biliknya. Fikirannya bercelaru. Edlan hanya memerhatikan Arianna sebelum dia juga turut masuk ke dalam rumah.

"Eh Ria taknak makan ke?" Soal Mak Yam.

"Dia cakap dia pening sikit. Takde selera nak makan." bohong Edlan. Mak Yam hanya mengangguk.

"Takpelah. Edlan makan dulu. Mak Yam pergi hantar nasi dekat dia."ujar Mak Yam . Mak Yam membuka pintu bilik Arianna bersama dulang di tangan. Dia melihat Arianna sedang duduk di balkoni termenung sendiri.

"Ria, ni Mak Yam bawakan nasi. "Ujar Mak Yam sambil meletakkan dulang di atas meja.

"Eh Mak Yam, tak perlu susah-susah. Nanti Ria lapar, Ria turun makan."

"Takpe. Ria okay tak ni? Daripada tadi asyik termenung je.."

"Okay je. Just pening sikit. Banyak benda nak kena fikir." balas Arianna sambil mengeluh kecil.

[C] RuffianTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang