Arianna sedang membelek bajunya buat kali terakhir ketika Mak Yam datang menegurnya."Wah cantiknya Ria. Sesuai sangat baju ni dengan Ria."ujar Mak Yam.
"Terima kasih Mak Yam. Ada apa Mak Yam naik bilik Ria ni?" soal Arianna. Pelik pula dia tiba-tiba Mak Yam naik.
"Oh ni, Edlan dengan yang lain dah ada dekat bawah. Diorang tunggu Ria je."ujar Mak Yam. Mata Arianna dah terbeliak melihat jam di tangan. Terlalu leka bersiap sampai tak tengok jam. Siang tadi dah kena marah. Ni rasa kena marah kena lagi...
"Ye ke? Adoii...agak-agak Edlan marah tak?"
"Yang nak marah pun tak jadi marah bila tengok Ria cantik macam ni." Arianna tersipu malu.
"Takpelah. Mak Yam turun dulu. Nanti Ria turun." Bila Mak Yam dah keluar dari biliknya, Arianna mencapai sesuatu dari laci meja solek dan dipakaikan ke kakinya. "Just in case."ujar Arianna sendiri. Seusai itu, dia segera keluar dari bilik.
Semua orang memandang ke arah Arianna semasa dia menuruni tangga. Lebih lagi Edlan. Dia dapat merasakan hati dia berdegup kencang melihat wajah cantik Arianna malam tu. So mesmerizing. Tanpa Edlan sedar, dia merenung Arianna lama.
"Ehem ehem. Jadi la tenung anak dara orang tu." tegur Que. Muka Arianna sudah merah.
"Dah. Jom pergi. Dah lambat ni."ujar Edlan tegas. Arianna segera mengikuti langkah Edlan ke kereta.Dalam 30 minit perjalanan, akhirnya mereka sampai di satu kelab. Mereka masuk melalui pintu VVIP.
"You all dah sampai."jerit seorang wanita sambil berjalan ke arah mereka.
"Hi sayang."ujar Danny sambil mencium pipi wanita itu. 'Mungkin ini tunang Danny.' desis hati Arianna.
"Wey, tak payah la sweet depan kitaorang. Hormat sikit yang single ni. Kan Arianna?"ujar Joey.
"Siapa cakap saya single?"soal Arianna selamba. Mereka semua berpaling ke arah Arianna. Suasana menjadi janggal seketika. Que pesrasaan perubahan wajah Edlan.
"You must be Arianna right? Danny selalu cerita pasal you dekat I."suara Lara memecahkan suasana itu.
"Apa dia cakap? Dia mengutuk I ke?"soal Arianna sambil menjeling ke arah Danny.
"Takdelah. Jom pergi duduk dekat atas. Malam ni kita enjoy puas-puas" Lara sudah menarik Arianna menuju ke kawasan VVIP di tingkat atas.
Arianna hanya merenung orang ramai yang tengah menari di tingkat bawah.Geram je tengok... Arianna yang baru berdiri nak turun ke bawah terasa tangannya ditarik Edlan.
"Where do you think you are going?" soal Edlan.
"Dance. "
"Who said you can go?"
"Please....." Arianna membuat muka comel. Edlan memandang Arianna lama sebelum melepaskan pegangan tangannya. Arianna tersenyum luas sebelum turun ke bawah.
Edlan hanya memerhatikan Arianna sedang asyik menari di bawah. Dia juga perasaan ada beberapa orang lelaki cuba menghampiri Arianna tapi membatalkan niat mereka selepas menerima renungan tajam daripada dia.
Seketika dia teringat perbualan dia dan Mak Yam tempoh hari.
Flashback...
"Masuk."ujar Edlan ketika mendengar ketukan di pintu. Dia yang sedang sibuk menyusun fail syarikat rasa malas nak pergi bukak pintu. Kelihatan wajah Mak Yam muncul disebalik pintu.
"Eh Mak Yam. Ada apa?"
"Ni Mak Yam ada buatkan kopi untuk Edlan."ujar Mak Yam sambil meletakkan cawan di hujung meja.

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Ruffian
Action[#1 Romance by Syaaezzi] "How can I resist falling in love with you?" - Edlan Iskandar "Awak adalah lelaki yang akan menjadi masa hadapan saya." - Dylan Arianna "Aku akan menangi hati dia semula. Aku yakin, dalam hati dia masih ada rasa cinta untuk...